Khamis, 7 Ogos 2014

SPA Buka Peluang Kedua – Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

with 0 Comment
Syukur Alhamdulillah.... Pihak SPA memberi Peluang Kedua kepada Calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27..

Sudah tentu ramai Calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 berasa lega apabila mendengar berita ini... Diharap berita ini dapat mengubati kekecewaan mereka kerana tidak dapat menjawab semua soalan, terutamanya pada Seksyen C semasa peperiksaan Secara Online ini diadakan pada 5 Ogos yang lalu..


Testimoni kekecewaan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27


Hampir kesemua calon memberikan maklum balas negatif semasa mereka sedang menduduki peperiksaan tersebut... Dan syukur Alhamdulillah kebanyakan calon tahu menggunakan saluran yang betul, untuk menyampaikan maklumbalas tersebut kepada pihak SPA... Dan hasilnya...

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (Klik untuk paparan yang lebih jelas): 

kenyataan rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tentang  Peluang Kedua – Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Terima kasih dan Tahniah saya ucapkan kepada Pihak SPA kerana telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan mesyuarat hasil maklumbalas yang diterima daripada calon peperiksaan. Ringkasannya;

  • Peperiksaan Ulangan akan dilangsungpada 13 OGOS 2014
  • Calon perlu hantar aduan sebelum jam 12 tengahari 8 OGOS 2014 untuk dimasukkan ke sesi peperiksaan ulangan
  • Aduan boleh dilakukan di Aduan SPA (Klik Di Sini) 

kepada semua calon yang terlibat dalam peperiksaan ini, saya syorkan anda ambil peluang ini untuk buat aduan kepada pihak SPA... supaya anda juga berpeluang untuk menduduki semula Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 pada 13 Ogos nanti.. Ambil peluang ini, sebab peluang  ini adalah hak anda...

Sumber : Klik Di Sini


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra