Khamis, 28 Ogos 2014

Sukan Mini 2014 SK Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada Bulan Jun yang lalu, saya dijemput sama oleh guru-guru SK Parit Baharu untuk memeriahkan Sukan Mini 2014 antara kelas-kelas SK Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor..

Berikut merupakan tentatif acara sukan mini ini diadakan:

Tarikh : 26 Jun 2014
Hari : Khamis
Masa : 7.30 Pagi Hingga 1.00 Tengahari
Acara : 12 acara murid berkumpulan dan satu acara guru

Sebagai salah seorang AJK PIBG sekolah ini, saya berusaha meluangkan masa untuk menerima jemputan tersebut... Nak meluangkan sepenuh masa untuk aktiviti ini memang tak boleh.. Sebab saya ada kelas pada hari tersebut, dan juga ada urusan lain yang perlu saya lakukan.. 

Tetapi syukur Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, dapat juga saya sampai ke sekolah tersebut dalam pukul 9.00 pagi dan mohon mengundur diri pada jam 10.30 pagi.. 


Berdasarkan tentatif yang dirancang semasa mesyuarat, terdapat 12 acara yang dipertandingkan dalam Sukan Mini 2014 SK Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor iaitu:

Acara Sukan:

  • Lari berhalangan berganti-ganti Tahun 1
  • Lari membawa 2 biji bola berganti-ganti Tahun 2
  • Lari membawa 3 biji bola berganti-ganti Tahun 3
  • Lari sambil menggolek tayar tahun 4
  • Lari membawa guni berganti-ganti Tahun 5
  • Lari cari gula-gula di dalam tepung berganti-ganti Tahun 6
  • Aiskrim Gergasi Tahun 1
  • Susun Tin Pantas berganti-ganti Tahun 2
  • Bawa bola kriket didalam sudu berganti-ganti tahun 3
  • Isi air dalam bola menggunakan span berganti-ganti tahun 4
  • Bawa belon berisi air tak pecah berganti-ganti Tahun 5
  • Tiup belon sampai pecah berhalangan berganti-ganti Tahun 6
  • Perbarisan antara kelas hadiah tempat 1,2,3 & 4
  • Acara Guru : Tuju tin kumpul mata individu

Tetapi, saya hanya sempat meyaksikan sebahagiannya sahaja... Terutamanya acara sukan yang melibatkan penyertaan anak-anak saya yang berada di tahun 1 dan Pra sekolah.. Dan berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika Sukan Mini 2014 SK Parit Baharu diadakan..

Acara Lari berhalangan berganti-ganti Tahun 1

Dalam setiap acara Pelajar lelaki dan perempuan bergabung dalam satu kumpulan mengikut kelas


Tiba Giliran haikal berlari

Bersungguh-sungguh Haikal berlari..

Haikal berjaya menamatkan larian..



Tiba giliran Acara Sukan untuk Murid Pra Sekolah

Sempat buat Peace lagi.. ;)

Adam juga menunjukkan kesugguhan ketika berlari..

Ini merupakan acara sukan Pertama untuk Adam.. Dan pertama kali saya berpeluang melihat haikal bersukan... Kedua-duanya rasa seronok sebab menank kalah semua dapat hadiah.. Hehehe
Adam sewaktu sedang beratur untuk mengambil hadiah

Gelagat Adam sewaktu menerima hadiah..
Adam bergambar kenang-kenangan bersama rakan sekelas..

Saya tak sempat nak tunggu sampai Haikal pula ambil hadiah.. Sebab saya perlu bergegas ke kelas sebelum pukul 11.00 pagi... Huhuhu... 

Walaubagaimanapun, saya ucapkan Tahniah kepada guru-guru kerana berjaya menganjurkan Sukan Mini 2014 SK Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor.. Terutamanya kepada Tuan Guru besar sekolah tersebut iaitu Cikgu Baharuddin B. Ibrahim.. Terima kasih kerana sudi menjemput saya dan AJK PIBG yang lain untuk memeriahkan Sukan Mini ini.. ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra