Khamis, 5 Jun 2014

Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014

with 0 Comment
Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 Secara Online masih lagi dibuka..

Di jemput calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan tersebut secara Online melalui laman web SPA sebelum atau pada 8 Jun 2014. Paling menarik sekali, pelajar tahun akhir pengajian di Universiti juga boleh memohon.

Iklan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41


Para pemohon tidak perlu menghantar resume untuk memohon jawatan ini. Memadai hanya perlu mengisi permohonan jawatan ini secara online, dan dan tempoh sah laku permohonan adalah 5 tahun. 

Ini bermaksud calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan sebelum ini, tidak perlu mengisi semula borang permohonan secara online, sekiranya tempoh permohonan yang dibuat belum melebihi 5 tahun. Tetapi sekiranya tempoh permohonan telah melebihi 5 tahun, para calon perlu memohon semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku!  


Panduan Permohonan Secara Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 

1) Anda perlu mengunjungi laman web SPA dengan klik Di Sini

2) Kemudian klik pada button Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), ataupun anda boleh klik di sini untuk melihat paparan seperti berikut muncul di Screen komputer anda:



Nota : Untuk memudahkan anda mengisi borang ini, anda boleh mendapatkan Panduan Pengguna Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dengan klik di sini

3) Untuk memohon jawatan kerajaan kelulusan akademik anda perlu diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Anda boleh membuat semakan senarai pengiktirafan IPTA/IPTA dan program poengajian anda dengan klik di sini

4) Untuk maklumat berkaitan dengan jawatan - Gaji, Syarat Lantikan Dan Deskripsi Tugas boleh Klik Di Sini


Semoga info ringkas ini dapat memberi panduan kepada anda untuk Mengisi borang Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online.

Exam Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 secara online

Exam Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) pada tahun ini akan diadakan pada 28 Jun 2014. Peperiksaan tersebut akan dilaksanakan secara online seperti mana peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat yang telah diadakan pada 27 Mei yang lalu.


Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pihak SPA telah mengadakan peperiksaan secara Online sebanyak 2 kali iaitu Penolong Peg Arkib yang diadakan pada Awal Mei 2014 dan  Pegawai Pembangunan Masyarakat yang telah diadakan pada 27 Mei 2014.

Dari segi teknikalnya peperiksaan secara online kelihatan bagus, dapat menjimatkan masa, kos percetakan kertas dan memudahkan pihak SPA untuk memeriksa ujian calon. Dengan hanya menggunakan aplikasi secara online, pihak SPA sudah boleh memproses markah Objektif calon dalam masa satu hari sahaja. Bukankah ianya sangat memudahkan urusan pihak SPA.

Bagi calon pula, ianya masih belum 100% mesra pengguna. Masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak SPA untuk memastikan sistem peperiksaan secara Online ini betul-betul mantap. Saya harap ianya telah dapat diperbaiki untuk peperiksaan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online nanti.

Untuk mendapatkan gambaran peperiksaan secara online, saya syorkan anda menonton Video berikut:  


Video Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

CONTOH FORMAT DAN SOALAN PEPERIKSAAN JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 SECARA ONLINE

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian personaliti

Seksyen A – Pengetahuan Am
Jumlah Soalah : 50
Tempoh Masa : 20 Minit

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.


Contoh Soalah Seksyen A

1. Berapakah bilangan Ahli Dewan Negara?
A) 56
B) 65
C) 70
D) 75

2.Perkataan berikut adalah istilah-istilah yang digunakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 KECUALI
A) Kaveat
B) Torrens
C) Rizab
D) Penimbang Tara

3.Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun
A) 1948
B) 1957
C) 1963
D) 1984

4. Nomenclature adalah perkataan yang mengambarkan jawatan :
A) Majistret
B) Pesuruhjaya
C) Pemilik Tanah
D) Gelaran Jawatan


5.Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) adalah merupakan inisiatif kerajaan yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mempromosikan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Pernyataan berikut adalah TIDAK BENAR mengenai peranan MHTC KECUALI:

A) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital swasta dan hospital kerajaan yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian untuk menjana pendapatan industri kesihatan negara

B) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital swasta sahaja yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementrian untuk menjana industri Kesihatan negara

C) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital kerajaan sahaja yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian untuk menjana industri kesihatan negara

D) Mempromosikan ke dalam dan luar negara perkhdimatan hospital swasta dan hospital kerajaan yang telah diiktiraf dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh phak Kementerian untuk menjana  pendapatan industri kesihatan negara



Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Jumlah Soalah : 40
Tempoh masa : 20 minit

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Contoh Soalah Seksyen B

1. Amran membuat pesanan pembelian 15 unit komputer riba bernilai RM15,000 setiap satu dan 40 unit thumb drive yang bernilai RM100 setiap satu daripada syarikat ABC Sdn. Bhd. Berapakah yang perlu dibayar oleh Amran sekiranya syarikat berkenaan memberi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian komputer riba melebihi 10 unit dan 10% bagi thumb drive yang melebihi 45 unit? 
A) RM74,850
B) RM75,250
C) RM79,000
D) RM80,000

2. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar
A) RM680
B) RM880
C) RM980
D) RM990

3. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?
A) 15
B) 75
C) 60
D) 65

Format peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tahun 2013

Format peperiksaan pada tahun 2013 adalah seperti berikut:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am 
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah  
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu   
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris 
L
Walaubagaimanapun, Format Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (2014) Secara Online, masih belum lagi dikeluarkan oleh pihak SPA. Saya akan update status format dan contoh soalan tersebut di Group Tips Lulus Exam SPA dari masa ke semasa. 



Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan update terkini tentang maklumat berkaitan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 saya syorkan anda menyertai Group Tips Lulus Exam SPA menerusi pautan berikut:



P/S : PTD merupakan jawatan paling hot dalam senarai jawatan SPA. Dijangka ramai yang akan memohon jawatan PTD pada kali ini..







0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra