Selasa, 29 April 2014

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Akauntan Gred W41

with 6 comments
Pada minggu lepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah pun mengeluarkan surat panggilan menduduki Peperiksaan Pegawai Akauntan Gred W41



Para calon yang telah menerima surat tersebut akan menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Akauntan yang diadakan pada 6 MEI 2014. 

Sekiranya anda, rakan-rakan anda atau kenalan anda merupakan salah seorang daripadanya, saya ucapkan Tahniah!

Ini merupakan peluang baik kepada anda untuk bekerja di sektor kerajaan. Begitu ramai yang memohon jawatan ini, tetapi anda merupakan salah seorang yang terpilih. Oleh itu, anda sepatutnya tidak mensia-siakan peluang keemasan ini, dengan membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan tersebut.


Dekat mana nak dapatkan panduan Untuk Menduduki Peperiksaan Akauntan Gred W41?

Setakat hari ini terdapat beberapa orang yang bertanya kepada saya menerusi Facebook dan komen di blog tentang dekat mana nak dapatkan Tips atau panduan untuk menduduki Peperiksaan Akauntan Gred W41?

Salah satu soalan yang saya terima menerusi blog 

Salah satu pertanyaan yang saya terima melalui Mesej di Facebook

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang bertanya. Ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk untuk lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Akauntan Gred W41 yang bakal mereka duduki tidak lama lagi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, bukannya senang nak dapatkan Tips atau Rujukan peperiksaan SPA ini. Ianya tidak ada dijual di mana-mana kedai buku. Setakat ini Tips atau Rujukan peperiksaan SPA hanya dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu lebih daripada 60,000 calon sejak dari tahun 2009 lagi.

Disebabkan itu tidak ramai calon yang berjaya dalam tapisan SPA sebelum ini. Dalam tempoh 3 tahun sebelum ini, jumlah pemohon yang berjaya melepasi tapisan SPA adalah seperti berikut:
  • Tahun 2010 seramai 35,061 (2.11%) orang calon sahaja yang berjaya daripada 1,661,687 permohonan
  • Tahun 2011 seramai 36,810 (3.28%) orang calon yang berjaya daripada 1,123,692 permohonan
  • Tahun 2012 seramai 47,335 (4.36%) orang calon  yang berjaya daripada 1,085,877 permohonan
  • Statistik untuk tahun 2013 masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak SPA..

Antara punca kegagalan calon SPA adalah disebabkan:
  • Mereka tidak membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan; dan
  • Tidak tahu dari mana nak dapatkan rujukan yang tepat untuk menduduki peperiksaan

Jadi, sekiranya anda benar-benar serius untuk lulus dalam Peperiksaan Akauntan Gred W41, saya syorkan anda dapatkan  Rujukan Peperiksaan Akauntan Gred W41 yang disediakan oleh Tims Info Kerjaya di link berikut:



Jenis Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Daripada beberapa sumber rujukan yang saya perolehi, terdapat 4 bahagian soalan yang dibangunkan bertujuan untuk menguji tahap pemikiran calon iaitu:

  • Bahagian A (Pengetahuan AM) - Soalan Objektif
  • Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah) - Soalan Objektif
  • Bahagian C (Esei Bahasa Melayu)
  • Bahagian D (Esei Bahasa Inggeris)

Bahagian A 
Lebih menjurus kepada pemikiran secara global dan pemahaman berbentuk soalan berkaitan fakta termasuk yang berkaitan di seluruh dunia. Contoh Soalan Bahagian A Klik Di Sini

Bahagian B 
Bahagian ini menguji tahap pemikiran yang biasanya melibatkan perkiraan yang agak mengelirukan. Soalannya tampak mudah tetapi sebenarnya jauh daripada perkiraan biasa.

Soalan ini biasanya terdiri daripada jenis soalan yang memerlukan pemikiran logikal calon untuk menguji sejauh mana calon boleh berfikir secara kritis dan kreatif dengan menggunakan helah. 

Calon disarankan agar tidak terlalu mengharapkan soalan mudah kerana soalan peperiksaan biasanya tidak menjurus terus kepada jawapan yang mudah.

Sekyen C (Karangan Esei Bahasa Melayu)
Bahagian ini mungkin tampak lebih mudah berbanding seksyen yang lain kerana anda boleh melontarkan segala idea bernas mengikut kreativiti penulisan anda. 

Namun, harus diingat penulisan dan teknik format juga harulah menepati ciri-ciri yang diinginkan pihak SPA sendiri. Pada tahap ini, calon diuji sejauh mana penulisan anda itu menggambarkan kebolehan anda berfikir jika menghadapi sesuatu situasi yang berbeza nanti.

Seksyen D (Karangan Esei Bahasa Inggeris)
Seperti mana soalan karangan esei Bahasa Melayu, apa yang membezakan di sini ialah bahasa yang digunakan iaitu bahasa inggeris. Ulasan anda haruslah mantap dari segi penulisan dan tatabahasa yang betul.


Tips Untuk Lulus Peperiksaan Akauntan Gred W41 

  • Buat persediaan AWAL
  • Buat persediaan RAPI
  • Buat persediaan TERSUSUN
  • Buat Persediaan dengan lebih SISTEMATIK

Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, link ini mungkin dapat membantu anda;


Tinggalkan nama dan email anda di laman web tersebut. Kemudian pemilik laman web tersebut akan menghubungi anda, sekiranya terdapat Tips atau rujukan terbaru berkaitan dengan Peperiksaan Akauntan Gred W41 

Nasihat saya, Buat persediaan awal dan tinggalkan mereka yang masih leka menunggu sehingga tarikh peperiksaan tanpa sebarang persediaan!

Salam kejayaan untuk anda!



Info Berkaitan :

6 ulasan:

  1. Ramai jugak yang cari pasal tips ni

    BalasPadam
  2. ujian yang mencabar perlu ada usaha

    BalasPadam
  3. Ooo dah nak start ekk..Semoga ramailah calon yang mendapatkan panduan ni.hehe

    BalasPadam
  4. susah Gred W ni..banyak kena ingat kod-kod bayaran bagai..apapun good luck pada calon yang menduduki exam nanti.

    BalasPadam
  5. saya pasti siapa yang dapatkan panduan ini mesti dapat jawab ujian dengan tenang

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra