Rabu, 23 Oktober 2013

Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate....

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inilah rupa salah satu rak buku yang terdapat di rumah saya... Penuh dengan buku dan majalah, sampai tak muat nak susun semua buku dekat rak ini... 



Sampaikan terpaksa beli rak buku yang lain dan sebahagian buku terpaksa disimpan di dalam kotak... Maklumlah hobi saya membeli buku, manakala hobi isteri saya membeli majalah... 

Disebabkan hobi saya dan isteri saya, anak-anak saya pun turut suka membeli buku... Tetapi beli buku kartun jerlah... Antara koleksi buku kartun yang digemari oleh anak-anak saya ialah koleksi buku Disney Magic, Ben 10, Ultraman, Spiderman dan sebagainya... Kadang tu saya rasa buku anak-anak saya lebih banyak daripada buku yang dibeli oleh saya dan isteri saya.... 

Kesemua buku-buku ini saya sayang... Terutamanya buku-buku tentang Agama, Motivasi, blog, keusahawanan, pemasaran internet, pengurusan kewangan dan buku berkenaan tips-tips buat duit... 

Buku Buat Duit Dengan Blog..

Buku Buat Duit dengan Blog yang di beli pada tahun 2009... Saya masih ingat lagi buku ini saya beli di kedai buku Public Book, Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak... Masa tu kalau tak silap saya, pada bulan Ramadhan... Biasanya pada bulan Ramadhan, keinginan untuk membeli adalah tinggi..  Jadi, bila ternampak buku yang menarik pehatian saya, saya terus jer sambar buku tersebut, untuk di bawa ke kaunter bayaran...

Buku buat Duit Dengan Blog, hasil tulisan Yazid Yahaya... 

Saya beli buku ini pada harga RM16.50, maklumlah beli dekat Sarawak... 

Sementara menanti bot penumpang penuh untuk membawa kami ke Dalat, Sarawak... Saya sempat lagi membaca buku ini.... hehehe..

Seronok membaca buku ini... Melalui buku ini secara tidak langsung telah membuka minda saya tentang cara menbuat duit melalui Blog... Jadi, masa tu mula tanam cita-cita nak menghasilkan sebuah blog sendiri, untuk mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyara keluarga yang semakin membesar dengan kehadiran cahayamata yang ke dua... 

Dalam buku ini, ada menceritakan tentang blog-blog popular, antaranya blog Mantan Perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad, Blog Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi, Blog kepunyaan penulis buku ini iaitu Yazid Yahaya, Blog Tanya Sifu dan beberapa blog lain lagi...  

Lebih menarik lagi Blog Otai Affiliate iaitu Encik Titan pun ada terdapat dalam buku ini... Berada pada halaman ke 34 dan dan halaman ke 43...  Kalau tak percaya, cubalah beli buku ini dan baca... Tak rugi melabur ke atas ilmu... Sebab pelaburan ke atas ilmu, merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman...  ;)



Buku Buat Duit Dengan Affiliate..

Buku seterusnya bertajuk Buat Duit Dengan Affiliate, juga saya beli di Wisma Sanyan (Kedai buku yang sama)... 

Buku Buat Duit Dengan Affiliate, hasil tulisan Azahar Abdul Rahman..

buku ini juga dijual pada harga RM16.50, di Sibu, Sarawak... 

Melalui buku ini, saya dapat mengetahui apa dia Affiliate.. Bagaimana nak mendaftar menjadi ejen Affiliate?, Dan Bagaimana proses Affiliate berfungsi sehingga boleh memberi keuntungan kepada kedua belah pihak iaitu ejen affiliate dan pemilik perniagaan... 

Antara isi kandungan lain yang menari terdapat dalam buku ini ialah:
  • Cara Mencari dan memilih program affiliate
  • Cara menjadi Super Affiliate
  • 18 strategi promosi terbaik
  • 20 kesilapan yang perlu dijauhi dalam mempromosikan link affiliate
  • dan lain-lain... 

Tak rugi saya membeli buku ini.. Labur duit sebanyak RM16.50, hasilnya sehingga kini saya telah berjaya menganjurkan beberapa contest melalui blog dengan menggunakan komisyen affiliate yang pernah saya perolehi... Syukur Alhamdulillah...

Senarai Contest yang pernah dianjurkan oleh blog Coretan Anuar sehingga kini:

Tak sangka.. Dalam tak sedar, dah banyak rupanya Contest/segmen/Pertandingan yang telah berjaya saya anjurkan melalui blog ini... Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi memberi sokongan kepada blog ini.... In Shaa Allah, kalau ada lebihan rezeki, mungkin saya akan menganjurkan lebih banyak Contest/segmen/Pertandingan lagi selepas ini... 

Buat Duit Dengan Freelance Blogging..

Buku ketiga yang saya baca berkaitan dengan isu yang dibincangkan ialah Buat Duit Dengan Freelance Blogging, hasil tulisan tuan Aqif Azizan... 

Buat Duit Dengan Freelance Blogging, hasil tulisan tuan Aqif Azizan

Buku yang ditulis oleh seorang penulis berbakat besar yang juga merupakan seorang blogger dan penulis sepenuh masa.. 

Saya membeli buku ini, pada awal tahun 2013... Secara jujurnya saya belum berjaya membaca buku ini sehingga tamat... Maklumlah masa begitu mencemburui saya.. Tetapi saya akan cuba juga mencuri-curi masa untuk membaca buku ini, dalam masa terdekat ini... 

Walaubagaimanapun, ada juga isi kandungan menarik tentang buku ini yang sempat saya baca... Antaranya bagaimana untuk menjadi seorang Freelance blogging yang berjaya... Dekat Malaysia ni, Freelance Blogging belum lagi menjadi satu budaya seperti di US.. 

Dekat US, Freelance Blogging sangat diperlukan oleh syarikat-syarikat ternama... Mereka mengupah blogger untuk menulis artikel atau rencana tentang perkembangan syarikat atau produk keluaran terbaru syarikat mereka, untuk disiarkan di internet... Blogger akan mendapat bayaran yang lumayan untuk setiap tugasan yang berjaya diselesaikan... 

Konsepnya hampir serupa macam kerja Part Time yang ditawarkan oleh laman web Job Di Rumah..  Tetapi dekat sana, banyak syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan tersebut... Tidak seperti di Malaysia yang peluang pekerjaan untuk blogger Part Time masih agak terbatas... 

Diharapkan satu hari nanti, lebih banyak syarikat-syarikat gergasi yang ada di Malaysia menggunakan perkhidmatan blogger untuk mempromosikan perniagaan mereka... Supaya lebih ramai blogger boleh 'cari makan' dan merubah profesyen asal mereka, daripada bekerja makan gaji kepada Full Time Blogger...  

Setakat ini sahaja, ulasan buku-buku koleksi peribadi saya yang dpat saya kongsikan pada kali ini... In Shaa Allah, kalau ada kesempatan saya akan cuba berkongsi maklumat tentang koleksi buku-buku lain yang terdapat dalam simpanan saya... Selamat membaca... Bangsa membaca, Bangsa Berjaya...


11 ulasan:

  1. Oh kita ada minat yang sama! Beli buku... nak baca je susah sikit. Selalu rasa tak sempat, sehari dua tiga bab je dapat baca itu pun kalau buku yang ringan pengisiannya

    lagi satu, dek kerana sayang dengan buku, saya balut :-)

    BalasPadam
  2. Perghh maknanya dah lama lah encik titan berjaya dengan affilfiate ni ekkk..haha

    BalasPadam
  3. Wah banyak betul koleksi buku bro.

    BalasPadam
  4. akak pun sangat suka membeli buku dan majalah, rak tak cukup untuk buku, masuk dalam laci, manakala majalah terpaksa buang, simpan yang bercorak agama je sebab boleh buat rujukan, buku blog setakat ni tak ada lagi

    BalasPadam
  5. minat beli buku ada kena mengena dengan investing je sekarang ni..tapi belum sempat nak abiskan..:D

    BalasPadam
  6. bila dah ada koleksi puluh tahun, rak dah tak muat dah.

    BalasPadam
  7. Buku fizikal lebih menarik berbanding ebook kan.

    BalasPadam
  8. Hoho..dah lama dah buku tu..tapi sampai hari ini..masih terjual lagi kat kedai buku. Maksudnya..buku jenis macam ni..masih relevan.

    BalasPadam
  9. Paling last kau beli buku, 2 tahun lepas, buku pasal SEO. Sekarang cume beli ebook je

    BalasPadam
  10. Anuar. ..

    Rak buku tu berapa rm? ..hik3

    Kak sumi nak cr mcm tu..mana nak beli?

    Http://sumijelly.com

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra