Rabu, 4 Julai 2018

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri Akhir)

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang ketujuh atau siri yang terakhir...

Kali ni saya nak kongsikan pula tentang ganjaran/rewards yang kami terima daripada pihak FAMA dan Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di atas kejayaan kami dalam Menjayakan Projek Fertigasi Rock Melon musim yang kedua.

Tak sangka kami berjaya mendapatkan ganjaran ni... Syukur Alhamdulillah..

11-13 April 2018
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN AGRO-TECHNOLOGY PARK MARDI, CAMERON HIGHLANDS PAHANG


11 April 2018


Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata..
Betapa gembiranya para pelajar yang terlibat dengan projek ini setelah mereka dapat tahu yang mereka akan pergi ke Cameron Highlands Pahang secara percuma sebagai ganjaran di atas hasil usaha mereka selama ini..

Walaupun tujuan utama lawatan ini adalah lawatan sambil belajar... 
Tapi tetap ada peluang untuk makan angin disamping menikmati keindahan berada di Tanah Tinggi dengan udaranya yang cukup nyaman.. hehehe..

Kami bertolak dari PSIS ke Cameron Highland dalam pukul 9.00 pagi dengan menaiki bas sewa.. Perjalanan kami pergi ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai.

Singgah rehat dulu di Lavender Garden Cameron Highland

Sepatutnya kalau ikut perancangan kami boleh sampai ke tempat penginapan kami di Apartment Puncak Arabella (homestay) pada pukul 1.00 petang.

Tapi disebabkan kami singgah di beberapa tempat termasuk Lavender Garden Cameron Highland menyebabkan kami sampai ke sana dalam pukul 4.00 petang.. 

Sebaik sahaja sampai di tempat penginapan kami, kami buat aktiviti team building.. Ronda-ronda di kawasan sekitar dengan berjalan kaki menikmati keindahan kawasan Tanah Rata..

Cadangan asal nak menjejakkan kaki ke Air Terjun tercantik dan tertinggi di Cameron Highland terpaksa dibatalkan walaupun terletak berdekatan dengan penginapan kami... Adalah kisah disebaliknya.. Tak dapat untuk saya ceritakan dalam artikel ni..

Malam tu kami juga ronda-ronda cari makanan di kawasan tanah rata.. Bagi peluang dekat student ronda-ronda dulu, sebelum pergi ke aktiviti sebenar kami pada keesokan harinya.. 

12 April 2018

Sebaik sahaja selepas solat subuh, persiapan diri dan bersarapan, para pelajar berkumpul di kawasan lapang di tempat penginapan kami untuk senaman ringan dan agihan tugas dalam kumpulan..
Aktiviti senaman ringan

Para pelajar diagihkan kepada empat kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing perlu mencari maklumat berkaitan dengan:
  1. Cara penanaman Pokok-Pokok
  2. Cara Pengawalan Pokok-Pokok daripada serangan serangga (jenis-jenis racun dan sebagainya)
  3. Cara Penjagaan Pokok (jenis-jenis baja dan sebagainya)
  4. Cara Pendebungaan Pokok

Setiap kumpulan perlu mendapatkan maklumat-maklumat di atas mengikut tugasan kumpulan masing-masing  semasa lawatan ke Taman Agro-Technology Park Mardi, Cameron Highlands Pahang

Tiba di Taman Agro-Technology Park Mardi, Cameron Highlands Pahang dalam pukul 9.00 pagi

Aktiviti pertama di Taman Agro-Technology Park Mardi, mendengar penerangan ringkas daripada encik Nor Azly Bin Abdul Rahman, Ketua Unit Perancangan Strategik & Agroprenuer Muda, Agrosis FAMA Negeri Selangor

Ucapan dan kata-kata aluan daripada encik Nazam Hussin, wakil  FAMA Selangor 
Semua peserta tekun menonton Video Dokumentari berkaitan Agro-Technology Park Mardi, Cameron Highlands, Pahang

Gambar kenangan Team Fertigasi Rock Melon PSIS bersama dengan pegawai-pegawai FAMA di Agro-Technology Park Mardi, Cameron Highlands Pahang

Selepas sesi bergambar beramai-ramai kami mula menjelajah di setiap tempat yang terdapat dalam Taman Agro-Technology Park Mardi, cameronds Highland, Pahang



Pokok Tomato di belakang saya..
Pokok Terung Bulat dan Pokok... di belakang saya..
Pokok Strawberry

Tapak Semaian
Taman Arnab
Ladang Teh
Laman Rama-rama

Terdapat Banyak lagi info-info menarik yang terdapat dalam Taman Agro-Technology Park Mardi, cameronds Highland, Pahang ni... Cuma tak dapat nak kongsikan semuanya.. Contohnya seperti tempat pemprosesan teh dari mula hingga habis, penggredan teh, tempat membeli anak-anak pokok, bunga, baja dan sebagainya..

Selepas selesai melawat Taman Agro-Technology Park Mardi, kami bergerak pula ke BOH Sungai Palas Tea Garden. Nak ke sana kami terpaksa menaiki kenderaan lain iaitu bas sekolah (bas pendek). Bas Express sedia ada yang kami naiki tidak dapat membawa kami ke sana disebabkan jalan untuk ke sana agak sempit dan curam.


Syukur ALhamdulillah... Kami selamat sampai ke BOH Sungai Palas Tea Garden dengan menaiki bas sekolah

Memang seram weh naik bas sampai ke sini.. Saya rasa ni antara pengalaman ngeri yang pernah saya rasai.. Terutamanya apabila bas membelok betul-betul di selekoh tepi gaung.. kedudukan saya di atas bas masa tu rasa dah terlalu senget... Tengok ke bawah rasa seram semacam..  Tawakal jerlah masa tu... Dalam hati saya banyak-banyak berdoa supaya tayar bas tidak tergelincir dan driver bas dapat mengawal bas dengan baik..

Gambar-gambar kami sepanjang berada di BOH Sungai Palas Tea Garden

Selepas tu kami pergi pula ke Mossy Forest

Masa ni bas sekolah dah tak ada dah... Servis bas sekolah kami gunakan hanya setakat sampai di Boh Sungai Palas Tea Garden sahaja.. Jadi, untuk perjalanan yang seterusnya kami terpaksa menaiki kenderaan (kereta) yang disediakan oleh pihak FAMA secara bergilir-gilir.. Sebahagian naik kereta, sebahagian lagi berjalan kaki terlebih dahulu...
Kemudian baru driver kereta patah balik ambil student yang sedang berjalan kaki satu kumpulan demi satu kumpulan sehingga habis..

Mujur saya jadi pegawai pengiring kan??
Jadi dapatlah naik kereta terlebih dahulu..
Kalau ikutkan saya lebih selesa mendaki... Sebab boleh tengok view kawasan sekitar yang cantik macam dalam gambar di bawah ni...
Sedih sebab tak dapat nak join jalan kaki macam ni..

Tapi takperlah... Bagi peluang kepada student.. Lagipun saya pernah join aktiviti macam ni semasa sertai Program Jetty 2002, kira-kira 15 tahun yang lalu..  

Siapa sampai dulu, kami daki dulu..

Berdasarkan info yang saya dapat dari pelajar saya.. Puncak (menara) tertinggi di Mossy Forest ni baru sahaja di dirikan. Sebelum ni masa mereka pergi tak ada..

Aktiviti mendaki Mossy Forest bersama anak-anak

Sampai dah pun ke atas... Memang tinggi!!
Boleh nampak puncak gunung dan pemandangan Cameron Highlands..

Anak saya dua orang ni jer yang berani... Dua orang kecik lagi, takut nak bawa naik ke menara ni..


Bergambar kenangan dengan pegawai FAMA di Mossy Forest

Selepas turun dari Mossy Forest, sempat bagi peluang kepada student jalan-jalan sekejap di Brinchang sebelum balik ke tempat penginapan kami di Apartment Puncak Arabella (homestay), Tanah Rata..

Sampai sahaja dekat homestay masing-masing dah kepenatan..
Sepatutnya malam tu kami ada program lagi dengan pihak FAMA..
Tapi disebabkan masing-masing dah penat, FAMA terpaksa batalkan program pada malam tersebut..

Jadi, kami ambil peluang tu untuk buat sesi LDK ringkas untuk mengumpul data (tugasan pelajar)
Aktiviti LDK terpaksa buat di kawasan parking kereta sahaja disebabkan tiada tempat lain yang lebih sesuai..

13 April 2018

Lawatan Sambil Belajar Team Projek Fertigasi Rock Melon Politeknik Sultan Idris Shah bersama FAMA Negeri Selangor ke pusat pengredan tomato di FAMA Brincang
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai FAMA Brinchang

 Bergambar kenangan dengan Pegawai FAMA Brinchang

Sebelum memulakan perjalanan pulang dari Cameron Highlands, kami sempat singgah di Strawberry Farm..
Masa ni kami cuma beli ais krim strawberry dan makan-makan jer..
Kalau teringin nak petik Strawberry sendiri, boleh jer petik dekat sini... Tapi kena bayar.. Bukan percuma yer... Kebetulan hari sebelumnya dah pergi petik buah strawberry, jadi kami tak petik strawberry dekat sini disebabkan kesuntukan masa



Naila bukan main seronok lagi dapat bersama dengan kakak-kakak..

Syukur Alhamdulillah... Aktiviti Lawatan/percutian sambil belajar ke Cameron Highlands Pahang berjalan dengan lancar...

Semoga selepas lawatan ini akan dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar team Rock PSIS, terutamanya pelajar-pelajar lelaki yang akan meneruskan aktiviti penanaman seterusnya pada musim ke 3 nanti... Doakan kejayaan kami.. 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FAMA, pihak pengurusan politeknik, pegawai keusahawanan PSIS, mantan pengarah PSIS, Puan Mastura dan Encik Zawawi serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek Rock Melon PSIS dari peringkat awal sehingga sekarang. Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada kami selama ini..

4 ulasan:

  1. tak sangka tuan suka berselfie..

    memang terbaik jika berpeluang untuk buat lawatan sambil belajar

    BalasPadam
  2. Mesti mereka gembira dapat ganjaran ke cameron hehe.

    BalasPadam
  3. lama dah tak pergi cameron highland. Mesti makin banyak tempat menarik kan..

    BalasPadam
  4. Wah terbaik.. dulu biasa join program macam ni .. sekarang tak berkesempatan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra