Selasa, 3 Julai 2018

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 3)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang ketiga..

Dalam siri pertama saya kongsikan tentang Aktiviti menanam Pokok Rock Melon ke dalam Pollybag.. Dalam Siri yang kedua saya kongsikan tentang aktiviti Team Building di Swiss Garden Beach Resort, Lumut, Perak..

Kali ni saya nak kongsikan pula tentang aktiviti kami pada 14 Januari, 27 Januari dan 12 Februari 2018 

14 Januari 2018
Aktiviti Penjagaan Pokok dan Putik Buah Rock Melon

Aktiviti membuang sulur2 air dan buah rock melon yang tidak diperlukan...
Untuk buah yang dipilih untuk disimpan, hanya perlu tinggalkan satu daun sahaja selepas buah... daun yg selebihnya dan sulur bagi buah tersebut perlu dibuang

Aktiviti membuang sulur-sulur air..
Sulur-sulur air dibuang dengan menggunakan gunting
 
 Buah-buah Rock Melon yang telah dipilih sebesar Telur Ayam.

Buah-buah yang telah dipilih sebiji atau 2 biji sepokok kemudiannya akan dibalut.
(Sebaiknya hanya sebiji buah sahaja yang ditinggalkan untuk setiap pokok)


27 Januari 2018
Aktiviti Pemantauan Pokok dan Buah Rock Melon

Setelah pokok-pokok Rock Melon kami berumur 52 hari..


Masa ni pokok dah besar... Buah-buah yang terdapat pada pokok juga dah semakin besar..

Cuma ada isu yang agak kritikal pada masa ni berbanding pada Musim yang pertama, iaitu keadaan pokok-pokok Rock Melon kena serangan Hama..

Selain tu kami juga turut berhadapan dengan isu banjir. Polybag ditenggelami air, terutamanya pada bahagian belakang yang terletak berhampiran dengan bangunan pentadbiran...
Keadaan Pokok-pokok Rock Melon yang telah berumur 52 hari

"Gembira hati.... titik peluh team fertigasi rockmelon psis berhasil bagi fasa 2.... terima kasih kepada YB Pengarah PSIS.... Hjh Norehan..... sokongan semangat yg diberi... Nanti team hantar buah ke rumah puan..."
-Encik Fauzi, 27 Januari 2018- 

Bacaan berat buah Rock Melon yang masih berada di pokok 2.050 kg

Bacaan berat buah Rock Melon yang masih berada di pokok 1.845 kg
Bacaan berat buah Rock Melon yang masih berada di pokok 2.160 kg


12 Februari 2018
Aktiviti Penjagaan Pokok dan Buah Rock Melon
"Alhamdulillah..Kembali semula ke pangkal jalan....Hujan emas di tempat orang,Hujan batu di tempat sendiri,Lebih baik di tempat sendiri....Buah rock Melon PSIS akan di tuai pada 19 Feb 2018 (Isnin minggu depan)Kami akan mengadakan jualan ladang bermula pada jam 5.30 ptg sehingga semua buah habis dijual.. Berminat nak buat tempahan, boleh tulis di ruangan komen.. atau PM tepi..#RockMelon#RockMelonPSIS#PSIS#PetaniModen"
-Anuar, 12 Februari 2018-

Dengan memakai baju kemeja juga boleh turun sembur pokok di kebun Rock melon.. Petani Moden.. Hehehe


Alhamdulillah.. Dalam bidang pertanian cabaran tetap ada..
Seperti kata mentor saya... Selagi kita jaga benda hidup (tumbuhan), selagi itu risiko tetap ada.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra