Sabtu, 12 Mac 2011

Menjejaki jetty 2002

with 0 Comment
Pada tahun ini saya terlibat dengan beberapa aktiviti kem pelajar.. Sebenanrnya dah lama tidak terlibat dengan aktiviti seumpama ini.. Akhir sekali terlibat pada tahun 2008 semasa membawa pelajar-pelajar kelab kayak berkhemah dalam program Xplorasi Kayak PMU dari Kem Belia Mukah ke kampung Penat..

Tetapi pada tahun 2011 ini sahaja dah ada 2 kem yang telah berjaya laksanakan.. Ada 1 kem yang saya dijemput secara tidak langsung dan saya terpaksa menolaknya atas sebab-sebab tertentu.. Dan akan ada satu kem yang saya terlibat secara langsung pada bulan April nanti..

kebetulan pada pagi ini sedang saya berkemas-kemas terpandang sebuah buku yang menyimpan banyak nostalgia untuk menghasilkannya..

Buku ini dihasilkan oleh beberapa orang pelajar dan pensyarah KUiTTHO
Nama saya turut berada dalam senarai ;)

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang kehidupan masyarakat orang asli di Malaysia, saya syorkan anda mendapatkan buku tersebut.. Harganya tak sampai RM20..

Bagaimana buku ini dihasilkan??

Buku ini dihasilkan bermula dengan "pengembaraan" kami menyusuri banjaran titiwangsa selama 11 hari bermula dari Cameron Highland sehingga ke Kuala Lipis Pahang.. (tempat Datuk Siti Nurhaliza)..
program tersebut dikenali sebagai Program menjelajah Titiwangsa atau singkatannya Jetty 2002

Untuk menyertai program ini setiap peserta akan di "interview" terlebih dahulu oleh para pegawai dari KUiTTHO.. Peserta yang berjaya untuk mengikuti program ini akan ditampal di papan kenyataan.. Syukur alhamdulillah saya berjaya.. Dan nama saya termasuk dalam kumpulan Sosio Ekonomi..

Selain daripada sosio ekonomi, terdapat beberapa skop kajian lain lagi yang dijalankan sepanjang program ini seperti:

  1. Bentuk Muka Bumi
  2. Merentas Budaya
  3. Tradisi dan Peradaban
  4. Amalan Dan Kepercayaan
  5. Pendidikan
  6. Teknologi dan Impaknya
Buku Program ini masih saya simpan sehingga sekarang.. ;)

Jauh juga perjalanan kami.. Sepanjang perjalanan kami selama 11 hari, kami singgah di beberapa perkampungan orang asli seperti kampung Tiat, Kuala Misung, Jeram Perahu, Kg Harung, Kuala Medang, Sg Ular dan sebagainya.. sehinggalah tiba di Kuala Lipis, Pahang..
Peta perjalanan Jetty 2002

Sebelum program ini dijalankan, kami terlebih dahulu diberi taklimat dan latihan tentang bagaimana untuk mengumpul data melalui sesi temuramah.. Maklumlah kami akan berhadapan dengan masyarakat orang asli.. yang berkemungkinan ada "miss Comminication" dalam aktiviti mengumpul data..

Jadi ada satu hari tu semasa berada di Cameron Highland, kami dikehendaki menemuramah mana-mana orang yang kami jumpai tentang Cameron Hghland.. Dengan syarat orang yang kami temuramah tersebut bukan orang melayu.. ;) 

Selepas majlis Pelancaran Jetty 2002 di Cameron Highland..
Saya duduk di baris hadapan no. 2 dari kanan..

Sempat singgah di Strawbaerry farm.. Selepas menikmati ais krim strawberry..

Perjalanan sebenar kami untuk mengumpul data bermula sebaik sahaja selepas perasmian pembukaan tamat.. Dengan diiringi oleh 6 orang komander yang siap dengan M16, kami pun bertolak ke kampung Tiat..

Di kampung tiat, penyelidikan kami bermula.. kami menjalankan penyelidikan mengikut pecahan bidang masing-masing.. Namun begitu semasa penyelidikan dijalankan, sekiranya kami terjumpa sesuatu perkara yang menarik perhatian kami dikehendaki merekodkan penemuan kami.. untuk diberikan kepada kumpulan pengaji yang berkenaan..

Mingikuti acara sewang di kampung Tiat..
Sekadar untuk bersuka-suka.. bukan mengikuti keercayaan mereka..
Saya berbaju biru dan memakai jam tangan.. (masa ni badan fit)


Bergambar bersama kanak-kanak orang asli di Sek. Keb. Lanai, Kg Kuala Boh

Sempat bermain gendang sewang di kampung kuala Boh ;)


Di Kuala Misung

Sepanjang perjalanan kami, kami sempat merasa beberapa jenis makan yang tidak pernah kami makan sebelum ini seperti landak, kancil dan rusa.. Biasanya kami makan ayam atau ikan yang ditangkap oleh abang-abang komander.. ;)..

Landak yang di panggang oleh abang komander.. ;)

Kancil/Pelanduk yang sedang disiang oleh abang komender..

Menaiki bot dari jeram Perahu ke Kuala Medang..
Saya tukang ambil gambar ;)

Semasa di Kuala Lipis semua orang dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan.. Darah kami diambil untuk memastikan kami bebas daripada penyakit demam malaria disebabkan kami minum air sungai ;) 

Bagi saya program seumpama ini memang menyeronokkan.. Selain menimba pengalaman, kami juga berpeluang untuk menimba banyak perkara baru dalam kehidupan kami.. Sekiranya ada peluang untuk mengikuti program seumpama ini di lain masa, insya Allah sekiranya ada kelapangan masa saya akan turut serta..

Bergambar semasa majlis penutupan jetty 2002 di Kuala Lipis,  Pahang
Saya berada dihadapan.. No. 1 dari kiri..

Walaupun program ini telah lama berlalu (hampir 10 tahun), namun begitu nostalgianya masih segar dalam ingatan.. lebih-lebih lagi apabila terpandang buku "Kenali kami masyarakat orang asli di Malaysia".. Kebanyakan peserta program ini sudah berkerjaya dan telah pun mendirikan rumah tangga..

Setakat ini hampir separuh peserta program ini telah berjaya saya jejaki.. Dan separuh lagi, tak dapat dikesan.. Justeru itu, sekiranya anda ada pernah mendengar cerita daripada adik beradik anda, sahabat anda, saudara mara anda atau kenalan anda tentang program jetty 2002, sila maklumkan kepada saya..

Saya sedang menjejak kasih rakan-rakan jetty 2002.. banyak cerita-cerita atau kisah-kisah yang dapat dikongsikan sepanjang mengikuti program ini..

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra