Selasa, 3 Julai 2018

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 2)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang kedua..

Dalam siri pertama saya kongsikan tentang Aktiviti menanam Pokok Rock Melon ke dalam Pollybag.. Kali ni saya nak kongsikan pula tentang aktiviti kami pada 7 Januari 2018 di mana kami ada mengadakan aktiviti Team Building di Swiss Garden Beach Resort di Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Program Team Beulding ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan sesama ahli kumpulan, disamping memberi ganjaran kepada setiap ahli di atas usaha keras dan kesungguhan mereja dakan menjayaklan Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim Pertama.


7 Januari 2018

Team Building Projek Fertigasi Rock Melon PSIS di Swiss Garden Beach Resort di Teluk Senangin, Lumut, Perak.


Aktiviti kami sepanjang program team Building tersebut adalah aktiviti "Santai Tapi Sampai"

Antara pengisian aktiviti Team Building kami adalah seperti berikut:
  • Sukaneka
  • Mandi laut
  • Main pasir
  • BBQ - Masak sendiri
  • Masak sarapan pagi sendiri (Gotong royong)
  • Mandi manda di kolam renang
  • Berangkat pulang


Team kami Champion dalam aktiviti Sukaneka... Alhamdulillah.. hahaha
Team Amran dan Sarah
Team Khatijah, Mukriz dan Wala
Team Fahim..
Walaupun muka masing-masing penuh dengan tepung... Tapi yang penting mereka Happy.. 

Aktiviti mandi laut..

Dalam bergembira ada juga cerita sedihnya progmran kami pada kali ni..
Nak dijadikan cerita saya, Mai dan Amar (anak Encik Fauzi) terkena sengatan Obor-obor... Pada malam tu juga kami pergi ke klinik swasta berhampiran untuk mendapatkan suntikan..

Alhamdulillah.. Selepas menerima suntikan bisa obor-obor beransur-ansur hilang... Pada pagi keesokan harinya keadaan kami sihat seperti sediakala... Cuma ada rasa gatal sikit-sikit jer lagi... 
"Alhamdulillah...

Selesai aktiviti team Building bersama Team Rock Melon PSIS...
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pengurus projek encik Fauzi Che Pa dan puan Elly Mustapa kerana berjaya merealisasikan program ini..
Semoga semakin bersemangat team Rock Melon selepas ini..."
- Anuar, 7 Januari 2017-

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra