Selasa, 3 Julai 2018

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 4)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang keempat..

Dalam siri pertama saya kongsikan tentang Aktiviti menanam Pokok Rock Melon ke dalam Pollybag.. Dalam Siri yang kedua saya kongsikan tentang aktiviti Team Building di Swiss Garden Beach Resort, Lumut, Perak.. Dalam Siri yang ke 3 pula saya ada kongsikan aktiviti kami pada 14 Januari, 27 Januari dan 12 Februari 2018 

Kali ni saya nak kongsikan pula tentang aktiviti kami pada 14 dan 16 Februari 2018 

14 Februari 2018
Aktiviti Penjagaan Pokok, Buah dan Ujian Kemanisan
"14 Februari 2018Alhamdulillah... 17 hingga 20 brix..Rangup dan manis..Buah nampak tak sempurna di luar.. tapi cantik di dalam..#Psis#rockmelon#rockmelonpsis"

Kami memilih buah yang nampak kurang sempurna jika dilihat dari luar (kulit) untuk dijadikan sebagai sample ujian kemanisan buah

Inilah hasil kedua-dua buah ini apabila dibelah..
Nampak buruk diluar, tapi sebenarnya cantik di dalam..
Macam saya lah tu.... Cia... Cia... Cia... Hahaha.. ;)

Hasil ujian Brix (sekala kemanisan) juga cukup mengejutkan..

Ujian skala kemanisan buah pertama lebih 20 brix..
Ujian skala kemanisan buah kedua dalam 17 brix..

Masa ni tengah cuti Mid Sem satu minggu. Ada dua orang student lelaki tak balik kampung tolong saya jaga kebun Rock melon PSIS.
Raziq sedang menyembur pokok
 Ni Fahim kalau tak silap.. Masa ni dia baru datang ke PSIS setelah balik semula ke PSIS setelah bercuti beberapa hari di kampung

Nilah dia pengorbanan terbesar kami..

Ketika orang lain seronok bercuti sempena cuti pentengahan semester dan cuti Tahun Baru China, kami pula kena stay dekat PSIS untuk jaga kebun kami..


16 Februari 2018
Aktiviti Pemantauan Pokok dan Buah Rock Melon

"16 Februari 2018Persiapan utk hari Isnin..#TeamRockMelonPsis#RockMelon#RockMelonPsis#Psis"



Menyiapkan Tag Team Rock Melon PSIS untuk digantung pada buah... 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra