Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Setelah hampir 75 hari mengusahakan Projek tanaman Rock Melon di bumi bertuah PSIS, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba..
Masa di mana buah sudah cukup matang dan boleh dituai untuk menikmati hasilnya..
Untuk makluman, Projek Fertigasi Rock Melon PSIS merupakan Projek Printis FAMA. Jadi, pada 25 September (Isnin) kami telah mengadakan Majlis rasmi bersama pihak FAMA dan Pengarah PSIS untuk merasmikan acara memetik buah Rock Melon yang kami tanam.
Dari segi netting juga berjaya mencapai Gred Premium..
Ciri-ciri Buah Rock Melon Gred Premium
Betapa gembiranya kami semua dengan keputusan tersebut. Rasa tak sia-sia usaha kami selama ini. Pada petang tersebut juga, jualan ladang mula dilakukan. Mengikut tarikh yang dirancang jualan Ladang Rock Melon sepatutnya dilakukan pada 28 September 2017.
Tapi disebabkan ramai dah tak sabar nak membeli buah-buah rock Melon PSIS, ditambah pula dengan keadaan buah yang sudah cukup matang untuk dipetik, maka jualan telah dimulakan pada petang tersebut.
Alhamdulillah... Para pelanggan berpuas hati dengan buah-buah rock melon yang mereka pilih sendiri. Pelanggan-pelanggan awal sudah tentu mengambil peluang untuk mendapatkan buah-buah yang paling besar dan terbaik di mata mereka.
Kepada pihak pengeluar Liguano, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana menyediakan produk yang terbaik untuk tanaman kami.
Masa di mana buah sudah cukup matang dan boleh dituai untuk menikmati hasilnya..
Untuk makluman, Projek Fertigasi Rock Melon PSIS merupakan Projek Printis FAMA. Jadi, pada 25 September (Isnin) kami telah mengadakan Majlis rasmi bersama pihak FAMA dan Pengarah PSIS untuk merasmikan acara memetik buah Rock Melon yang kami tanam.
Projek Fertigasi Rock Melon PSIS merupakan Projek Printis FAMA
Wakil FAMA Encik Mohd Radzi Muhamad Hanafiah (Pengarah Bahagian Ladang Kontrak FAMA) menyempurnakan acara perasmian memetik sebiji buah Rock Melon
Diikuti dengan Pengarah PSIS, LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HJH. NOREHAN BINTI MD. SHARIFF memetik sebiji lagi buah Rock Melon
Sekarang 2 biji buah Rock Melon telah pun dipetik. Saat paling mendebarkan ialah apabila nak tahu Gred buah-buah rock Melon tersebut. Saat ni memang cukup mendebarkan!!
Nak tengok sejauh mana hasil usaha kami selama lebih 70 hari... Adakah berbaloi dengan hasil yang kami harapkan?
Team Rock Melon PSIS bergambar kenangan bersama Pengarah PSIS, Wakil Fama, Puan Mastura dan 2 biji buah Rock Melon yang baru dipetik.
Pertama sekali ujian berat : Alhamdulillah mencapai status berat Gred Premium
Kedua Ujian Kemanisan : Alhamdulillah juga mencapai status kemanisan Gred Premium
Malah boleh mencapai sehingga 15.3 Brix sekiranya buah dibiarkan agak lama sedikit
Dari segi netting juga berjaya mencapai Gred Premium..
Ciri-ciri Buah Rock Melon Gred Premium
- Berat : 1.5 kg - 3kg
- Brix manis : 13 ke atas
- Netting : penuh dan sempurna
- Tangkai : T
- Rupa kosmetik yg cantik
Sesi Ujian rasa Buah Rock Melon PSIS oleh para hadirin... Fuhhh!! Sedapnya..
Syukur Alhamdulillah Buah Rock Melon kami berjaya mencapai Gred Premium - Pengarah PSIS
Betapa gembiranya kami semua dengan keputusan tersebut. Rasa tak sia-sia usaha kami selama ini. Pada petang tersebut juga, jualan ladang mula dilakukan. Mengikut tarikh yang dirancang jualan Ladang Rock Melon sepatutnya dilakukan pada 28 September 2017.
Team Rock Melon Melon PSIS sedang menguruskan jualan Ladang. Para pengunjung boleh pilih, kemudian kami petik dan pelanggan bayar di kaunter
Customer pilih, kami petik
Alhamdulillah... Para pelanggan berpuas hati dengan buah-buah rock melon yang mereka pilih sendiri. Pelanggan-pelanggan awal sudah tentu mengambil peluang untuk mendapatkan buah-buah yang paling besar dan terbaik di mata mereka.
Pilihan pelanggan : Berat 3.12 kg
Pilihan pelanggan : Berat 3.10 kg
Rekod buah rock Melon PSIS paling berat 3.70 kg
Malah, pihak FAMA juga tidak lepaskan peluang untuk memborong buah-buah Rock Melon terbaik dari ladang PSIS
Buah-buah Rock Melon PSIS yang telah diborong oleh pihak FAMA.
Terima kasih diucapkan kepada pihak FAMA yang telah memberi sokongan secara berterusan kepada kami. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Berita yang cukup menggembirakan!!
Buah-buah rock Melon kami telah habis dijual dalam tempoh 4 hari sahaja setelah jualan di buka.
Sebelum ini kami beranggapan, kami akan hadapi masalah untuk memasarkan buah rock melon yang kami tanam.
Rupanya kami silap!!
Realiti sebenar yang berlaku..
Permintaan melebihi pengeluaran.
Buah dekat pokok dah habis licin.. Tapi masih ramai lagi yang berminat nak beli..
Takper.. ada rezeki kita tunggu musim yang kedua nanti..
Kamilah TEAM ROCK MELON PSIS. Ladang kami mengeluarkan Buah Rock Melon pada Gred Premium
Kami mengesyorkan kepada petani di luar sana yang ingin mendapatkan hasil pertanian yang memuaskan, bolehlah cuba produk ini.. In Shaa Allah, anda akan berpuas hati dengan hasilnya..
Kami juga sangat berterima kasih kepada Mentor kami iaitu puan Mastura kerana mencadangkan produk ini kepada kami. Jadi, setelah mendapat hasil yang cukup memuaskan, kami juga mengesyorkan produk ini kepada mereka yang memerlukan..

Info Berkaitan:
- Pengalaman Berniaga Rock Melon di Tapak pesta Konvo PSIS
- Majlis Doa Selamat dan Aktiviti Menaman Pokok Rock Melon di PSIS
- Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
- Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin
- RM100 ribu untuk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
- 17 Langkah Memulakan Bisnes - Dr Azizan Osman
- 10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Tahniah . Berbudi pada tanah mesti mengeluarkan hasil yang bernas . Tanam dalam poly beg macam ni pun buah rock melon hidup subur .
BalasPadamAlhamdulillah.. Tahniah tuan dan FAMA, permintaan melebihi pengeluaran. Ini menunjukkan potensi buah rock melon PSIS berjaya mencapai sasarannya. Teruskan berusaha dan sebarkan manfaatnya juga.
BalasPadamBesar juga buah rock melon ni ya.
BalasPadambestnya, kalau dekat dgn saya nak je gi beli
BalasPadamsedap banget tuh buah melonnya
BalasPadamsangat berbaloi dgn hasil penat lelah..besar tu 3.7kgs..manis tak?
BalasPadamwah tahniah, dan wah lagi rupanya ada alat untuk ukur kemanisan buah.
BalasPadamterbaik la tuan..
BalasPadamkalau berdekatan memang saya juga nak beli satu..
biar berapa pun harga...
in shaa Allah akan dibeli...
namun doakan saya untuk mendapat rezeki yang melimmpah ruah dulu la..
nak kaya yang berkat 7 keturunan
aamiin
Buah rock melon ni sedap dimakan sejuk-sejuk.
BalasPadamcomel tengok buah ni. aku plak jenis tak makan buah mampu tengok je. hehe
BalasPadampeh.
BalasPadammemang sedap wehh kalau jenis nih.
manis ni. sedapnya. bahagia kalau dapat makan sebiji. nak-nak makan sejuk. yumm!!
BalasPadam