Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang kelima..
Kali ni saya nak kongsikan pula tentang aktiviti kami pada 19 Februari 2018 di mana buah-buah Rock Melon kami sudah boleh mula dipetik / "Havest"...
Sememangnya inilah masa yang dinanti-nantikan oleh semua orang... Bukan sahaja kami... Malah termasuk warga PSIS, Pihak FAMA, Konsultan kami, rakan-rakan kami di Facebook dan penduduk sekitar Parit Baharu yang turut mengikuti perkembangan Projek Rock Melon kami..
19 Februari 2018
Mesyuarat dan Majlis perasmian memetik buah dan Uji Rasa Buah Rock Melon PSIS untuk Musim yang kedua.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar Team Fertigasi Rock Melon PSIS di atas komitmen yang diberikan. Tanpa sumbangan tenaga dan komitmen yang anda berikan, mungkin kita tidak akan mendapat hasil kejayaan seperti ini..
Terima kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan PSIS di atas sokongan yang diberikan... Tidak lupa juga kepada pihak FAMA dan pakar rujuk kami Puan Mastura dan Encik Zawawi dari Teras maju Resources yang terlalu banyak membantu kami dari segi khidmat nasihat..
Doakan semoga kami mampu meneruskan projek ini dengan hasil yang lebih baik lagi pada masa akan datang.. In Shaa Allah..

Mesyuarat dan Majlis Uji Rasa buah Rock Melon ini turut dihadiri oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Sr Harith Fadzillah Bin Abd Khalid, Pengarah FAMA Selangor Dato’ Abdul Gariff Bin Ramin, Timbalan Pengarah Akademik PSIS, serta pegawai-pegawai FAMA Selangor, wakil-wakil media, staf-staf PSIS dan pelajar-pelajar MyAgrosis Projek Rock Melon Politeknik Sultan Idris Shah.
Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengarah PSIS untuk mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai dari FAMA..
Setelah selesai slot:
- Ucapan Pengarah PSIS - Sr Harith Fadzillah Bin Abd Khalid
- Ucapan Pengarah FAMA - Pengarah FAMA Selangor Dato’ Abdul Gariff Bin Ramin
- Pembentangan Projek Fertigasi Rock Melon PSIS oleh Saudara Raziq (Ketua Team)
- Penyampaian Cenderamata
- Minum Pagi
Kami semua bergerak ke kebun Rock melon PSIS yang terletak berhadapaan dengan bangunan pentadbiran (tempat berlangsungnya mesyuarat diantara pihak PSIS dan FAMA)
Majlis diteruskan dengan aktiviti perasmian memetik buah Rock Melon oleh Pengarah FAMA Selangor Dato’ Abdul Gariff Bin Ramin
Aktiviti perasmian memetik buah Rock Melon oleh Pengarah PSIS Sr Harith Fadzillah Bin Abd Khalid
Selepas selesai aktiviti memetik buah Rock Melon oleh para VVIP, kini tiba pula ujian kemanisan dan ujian rasa buah rock melon..
Waktu ni memang cukup mendebarkan.. Lebih mendebarkan lagi dengan kehadiran dua orang wartawan masing-masing dari akhbar Sinar Harian dan Kosmo. Buatnya buah tak manis ke? Buah rosak ke? hahaha...
Takper tawakal jer..
Buah-buah dipotong untuk ujian rasa dan ujian kemanisan..
Ujian kemanisan... Alhamdulillah 18.5 brix.. Manis tu!!
Ujian Rasa..
Alhamdulillah... VVIP banyak Happy..
"Selesai sesi ujian Brix Rockmelon PSIS oleh Ketua Pengarah FAMA Selangor dan Tuan Pengarah PSIS....."
Syukur Alhamdulillah...
Hasil buah Rock Melon kami pada musim yang kedua lebih berjaya berbanding pada musim yang pertama..
Team Fertigasi Rock Melon PSIS bergambar kenangan dengan VVIP dan tetamu-tetamu terhormat dari FAMA, PSIS serta pakar rujuk kami Puan Mastura
Inilah keadaan buah-buah rock Melon di kebun kami yang sedang menunggu masa untuk dipetik..
Sebahagian buah-buah rock melon yang telah dipetik..
Gambar buah rock melon kami berserta Tagging di atas pokok..
Sepatutnya jualan mula dibuka pada sebelah petang...
Tapi pada tengahari tu dah ada pembeli yang tak sabar nak membeli buah-buah rock melon kami..
Tahniah diucapkan kepada para pelajar Team Fertigasi Rock Melon PSIS di atas komitmen yang diberikan. Tanpa sumbangan tenaga dan komitmen yang anda berikan, mungkin kita tidak akan mendapat hasil kejayaan seperti ini..
Terima kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan PSIS di atas sokongan yang diberikan... Tidak lupa juga kepada pihak FAMA dan pakar rujuk kami Puan Mastura dan Encik Zawawi dari Teras maju Resources yang terlalu banyak membantu kami dari segi khidmat nasihat..
Doakan semoga kami mampu meneruskan projek ini dengan hasil yang lebih baik lagi pada masa akan datang.. In Shaa Allah..
Info Berkaitan:
- Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 4)
- Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 3)
- Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 2)
- Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 1)
- Buah Rock Melon PSIS berjaya mencapai Gred Premium. Syukur Alhamdulillah!
- Majlis Doa Selamat dan Aktiviti Menaman Pokok Rock Melon di PSIS
- Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
- Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin
0 comments:
Catat Ulasan