Jumaat, 4 November 2016

Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016

with 22 comments
Exam PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan diadakan pada 23 November 2016. Ini merupakan maklumat terkini yang saya terima menerusi laman web SPA dan sumber-sumber lain yang boleh saya percayai.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) 2016
Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) Versi Terkini 2016

Jadual Peperiksaan PTD 2016
Jadual Peperiksaan PTD 2016

Kepada para graduan (Pemegang Ijazah) yang pernah memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang diiklankan pada bulan September 2016 yang lalu, bolehlah menyemak status permohonan anda.

Setakat ini, dah ada beberapa orang calon yang telah mendapat panggilan untuk menduduki peperiksaan online PTD yang akan diadakan pada 23 November 2016, bermula pada jam 8.00 malam.

EXAM online PTD 23 November 2016
Panggilan untuk menduduki peperiksaan online PTD yang akan diadakan pada 23 November 2016

Seperti yang tertera dalam gambar di atas, Exam Online PTD 2016 pada kali ini melibatkan 2 seksyen sahaja iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am
  • Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah 
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua soalan objektif dalam seksyen A ialah 40 minit, manakala masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua soalan objektif dalam seksyen B ialah 45 minit. 

Bermula dari sekarang, semua calon sudah boleh mula membuat persediaan untuk menjawab peperiksaan Online PTD pada 23 November nanti.

Nak tahu lebih lanjut bagaimana pihak SPR membuat pemilihan Pegawai tadbir dan Diplomatik daripada puluhan ribu calon yang memohon jawatan ini?

Jawapannya ada dalam Video di bawah... Selamat menonton..


Video Penilaian Pemilihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

So, macamana?
Selepas menonton video ini apa yang anda nampak?

Cabaran yang bakal anda lalui, untuk melayakkan anda menjadi seorang pegawai PTD.

Serius! Sekiranya anda benar-benar berminat untuk mendapatkan jawatan ini, anda perlu berusaha keras ke arah itu.

Pesanan saya, jangan buat persediaan di saat-saat akhir! Nanti tak sempat nak cover semua topik, terutamanya dalam Seksyen A yang memerlukan anda tahu serba sedikit tentang isu-isu semasa.

Untuk itu, anda boleh mendapatkan rujukan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) melalui laman web berikut:
Semoga sedikit info yang saya kongsikan ini, dapat membantu anda untuk membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan Online PTD nanti. Good Luck!

22 ulasan:

  1. Ramai le yang nak ambil exam ni nanti kan

    BalasPadam
  2. Fuh..mmg ramai la ambik exam tu nti..

    BalasPadam
  3. Tq for sharing...sangat membantu :-)

    BalasPadam
  4. orang yang betul2 hebat memang layak.

    BalasPadam
  5. pernah ambil exam ni dulu tp tak berjaya ;)

    BalasPadam
  6. Semoga memberi manfaat kepada mereka yang ambik exam tersebut

    BalasPadam
  7. 10 thn lepas pernah dpt panggilan utk exam PTD ni..perghh memang mencabar..masa tu tak jumpa pun material utk persediaan mcm ni..kalau tak, mungkin aku dh jadi PTD kt putrajaya kihkih

    BalasPadam
  8. Semoga berjaya buat calon yang terlibat..

    BalasPadam
  9. Semoga berjayabuat calon yang terbabit dengan exam ni

    BalasPadam
  10. mantap tu. info yang sangat bermanfaat. Semoga dapat membantu calon2 exam online PTD nanti.

    BalasPadam
  11. mesti berbondong-bondong nak ambik...semoga berjaya je semuanya yang join..

    BalasPadam
  12. SS pernah minta dulu tapi xdak rezeki huhu

    BalasPadam
  13. Wah siapa yang bakal amik exam ni good luck!! Saya pernah amik dan takdak rezeki. Tabik kpd mereka yang pernah berjaya lulus dan dah jadi PTD.

    BalasPadam
  14. tahniah kepada yang berjaya, goodluck kepada yang masih mencuba

    BalasPadam
  15. pernah ambik exam ni..10 tahun dahulu :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra