Rabu, 13 Ogos 2014

Perubahan tarikh dan Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014

with 0 Comment
Sebelum ini saya ada menulis satu artikel Berjudul Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Dalam artikel tersebut, saya ada menyatakan tentang Exam Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) pada tahun ini akan diadakan secara Online pada 28 Jun 2014. 

Kesannya, ramai calon yang berdebar-debar menantikan tarikh peperiksaan tersebut. Saya percaya ada diantara calon yang sudah mula berusaha mencari bahan rujukan untuk membuat persediaan bagi menduduki Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD).


Perubahan Tarikh Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 

Tetapi, rupa-rupanya pihak SPA telah menunda tarikh peperiksaan tersebut kepada tarikh yang baru iaitu pada Penghujung Ogos 2014 (Tarikh sebenar masih belum diumumkan oleh pihak SPA). Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada jadual di bawah


Jadual Terkini Peperiksaan SPA 1
Sumber : Klik Di Sini

Kemudian yang terbaru... Tarikh tersebut dipinda lagi daripada penghujung Ogos kepada penghujung Oktober 2014.. Tentu ramai calon yang benar-benar ingin menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) berasa resah dan gelisah dengan setiap perubahan tarikh yang berlaku.. Tak per sabar.. Kalau dah ada rezeki, tak kemana..


Jadual Terkini Peperiksaan SPA 2
Sumber : Klik Di Sini

Saya rasa tentu ramai calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 pada kali ini. Ini disebabkan dalam Iklan permohonan Jawatan ini yang dibuka pada Bulan Jun yang lalu, pelajar tahun akhir pengajian di Universiti juga boleh memohon.

Iklan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Kita ada 20 Universiti (Institut Pengajian Tinggi Awam) di Malaysia. Setiap Universiti ada menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Hampir semua Lulusan bagi Program pengajian tersebut layak memohon Jawatan  Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, termasuk juga lulusan kejuruteraan. 


Sumber : Klik Di Sini

Cuba anda bayangkan berapa ramai calon yang telah memohon jawatan ini? Sudah tentu pegawai-pegawai SPA tak sempat untuk memproses permohonan tersebut dan seterusnya untuk mengadakan peperiksaan secara Online pada 28 Jun 2014. Keadaan ini telah menjadi faktor utama kenapa Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014 ditunda daripada 28 Jun 2014 kepada penghujung Ogos 2014. Bila tarikh peperiksaan sebenar? Masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang..

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau.. Sekiranya anda ingin menjadi antara individu terawal yang ingin mengetahui tarikh sebenar Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014, anda boleh menyertai Group Tips Lulus Exam SPA, dengan klik pada banner di bawah:





In Shaa Allah, saya akan update maklumat terkini berkaitan dengan peperiksaan SPA di Group tersebut dari masa ke semasa.


Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2013

Format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada tahun 2013 adalah seperti berikut:
  • Seksyen A – Pengetahuan Am 
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah  
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu   
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 
Masa : 45 Minit 
Bilangan Soalan : 50 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan 
pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. 

Contoh Soalan: 

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali:

A. menangani kos sara hidup. 
B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. 
C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. 
D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. 


2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada 

I. kanak-kanak. 
II. balu askar dan polis. 
III. orang kelainan upaya. 
IV. mangsa bencana alam. 

A. I, II dan III 
B. I, II dan IV 
C. I, III dan IV 
D. II, III dan IV 


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 
Masa : 45 Minit 
Bilangan Soalan : 40 

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut: 

i) Kemahiran Menggunakan Logik 
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan. 

Contoh Soalan: 






ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. 


Contoh Soalan: 

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac. 




Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April. 

A. 20 orang 
B. 40 orang 
C. 60 orang 
D. 80 orang 


2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4. 



Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah 

A. 30 
B. 60 
C. 80 
D. 140 


iii) Konsep Matematik 
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).


Contoh Soalan: 

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A. 



Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B. 

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2


2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya? 

A. RM100 
B. RM150 
C. RM200 
D. RM250 



SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU 
Masa: 1 jam 
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1) 
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.” 

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.


SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS 
Masa: 1 jam 
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1) 
Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan 

Dalam seksyen ini calon, dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” 

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. 






Perubahan Format Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41? 

Sebenarnya tiada sesiapa yang dapat mengetahui dengan tepat tentang perubahan Format Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) 2014 Secara Online, melainkan pegawai-pegawai SPA sendiri. 


Walaubagaimanapun Tim Infokerjaya sentiasa membuat analisis dengan merujuk kepada perbandingan contoh-contoh soalan Peperiksaan SPA pada tahun 2013 dengan contoh-contoh soalan peperiksaan SPA Online yang diadakan pada tahun 2014. 

Sebagai Contoh, kita boleh lihat dalam peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang telah diadakan pada 27 Mei 2014 yang lalu.




Apakah perbezaan diantara Format Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2013 dengan Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2014?

Untuk makluman anda tiada perbezaan pada Seksyen A dan Seksyen B. Tetapi terdapat perbezaan pada seksyen C dan Seksyen D. Seksyen C - Esei Bahasa Melayu dan Seksyen C - Esei Bahasa Inggeris telah ditukarkan kepada satu seksyen sahaja iaitu Ujian Personaliti dalam Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 tahun 2014.

Untuk mendapatkan gambaran peperiksaan secara online, saya syorkan anda menonton Video berikut:  


Video Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41



Peperiksaan Online SPA masih belum 100% mesra pengguna. Masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak SPA untuk memastikan sistem peperiksaan secara Online ini betul-betul mantap. 

Kelemahan paling ketara berlaku dalam Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 yang telah diadakan pada 5 Ogos yang lalu. Disebabkan terlalu banyak aduan yang diterima oleh para calon, Pihak SPA telah mengadakan semula peperiksaan ini pada 13 Ogos 2014. Untuk maklumat lanjut, boleh baca dalam artikel berikut:

Dalam peperiksaan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online nanti, saya berharap keadaan seperti ini tidak akan berulang lagi. Semoga pihak SPA telah berjaya memperbaiki kelemahan tersebut. 



CONTOH FORMAT DAN SOALAN PEPERIKSAAN JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 SECARA ONLINE

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian personaliti

Seksyen A – Pengetahuan Am
Jumlah Soalah : 50
Tempoh Masa : 20 Minit

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.


Contoh Soalah Seksyen A

1. Berapakah bilangan Ahli Dewan Negara?
A) 56
B) 65
C) 70
D) 75

2.Perkataan berikut adalah istilah-istilah yang digunakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 KECUALI
A) Kaveat
B) Torrens
C) Rizab
D) Penimbang Tara

3.Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun
A) 1948
B) 1957
C) 1963
D) 1984

4. Nomenclature adalah perkataan yang mengambarkan jawatan :
A) Majistret
B) Pesuruhjaya
C) Pemilik Tanah
D) Gelaran Jawatan



Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Jumlah Soalah : 40
Tempoh masa : 20 minit

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Contoh Soalah Seksyen B

1. Amran membuat pesanan pembelian 15 unit komputer riba bernilai RM15,000 setiap satu dan 40 unit thumb drive yang bernilai RM100 setiap satu daripada syarikat ABC Sdn. Bhd. Berapakah yang perlu dibayar oleh Amran sekiranya syarikat berkenaan memberi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian komputer riba melebihi 10 unit dan 10% bagi thumb drive yang melebihi 45 unit? 
A) RM74,850
B) RM75,250
C) RM79,000
D) RM80,000

2. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar
A) RM680
B) RM880
C) RM980
D) RM990

3. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?
A) 15
B) 75
C) 60
D) 65


Berdasarkan penelitian saya terhadap perubahan Format Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2013) kepada Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2014), ada kemungkinan Format Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (2014) Secara Online, mirip kepada Format Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Tahun 2014)

Saya akan update status format dan contoh soalan tersebut di Group Tips Lulus Exam SPA dari masa ke semasa. 



Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan update terkini tentang maklumat berkaitan Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014 saya syorkan anda menyertai Group Tips Lulus Exam SPA menerusi pautan berikut:




P/S : PTD merupakan jawatan paling hot dalam senarai jawatan SPA. Dijangka ramai calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 pada kali ini

Info Berkaitan :





0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra