Sabtu, 18 Oktober 2014

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diminati lulusan Universiti

with 0 Comment
Semenjak pihak SPA mengumumkan tarikh peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) secara rasmi, ramai calon terutamanya graduan-graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian, mula mencari bahan-bahan rujukan dan contoh-contoh soalan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan tersebut. 

Keadaan ini bertepatan dengan keratan akhbar bertajuk "PTD diminati lulusan Universiti" yang ditulis oleh Dr Mohamad Yahya, yang merupakan Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan, Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.  

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diminati lulusan Universiti 
Sumber : Klik Di Sini

Ianya turut dibuktikan melalui statistik Permohonan jawatan PTD bagi tahun 2010/2011 berbanding statistik permohonan Jawatan ini bagi tahun 2013.



Statistik Calon Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2011
Statistik Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 2010/2011
Sumber : Klik Di Sini

Pada tahun 2010/2011 bilangan permohonan untuk jawatan ini cuma seramai 716 orang sahaja. Sebahagian besar daripadanya (656 calon) telah dipanggil temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan sebanyak 300 kekosongan dan 100 calon simpanan yang diperlukan. 

Tetapi apabila pihak SPA membuka iklan permohonan Jawatan ini pada tahun 2013...

Statistik Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 2013
Sumber : Klik Di Sini

Jumlah Permohonan yang diterima oleh pihak SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ialah sebanyak 84,963. Iaitu 80 ribu kali ganda berbanding tahun 2010/2011. Apabila bilangan calon yang terlalu ramai macam ni, pihak SPA perlu menapis calon-calon yang benar-benar layak untuk dipanggil menghadiri temuduga. Disebabkan itu para calon perlu menghadapi peperiksaan bertulis SPA (Tahun lepas peperiksaan bertulis, tahun ini diubah kepada peperiksaan secara Online)  

Melalui peperiksaan bertulis tersebut, seramai 4,561(5.37%) calon yang berjaya lulus dan telah di panggil menghadiri sesi Temuduga oleh pihak SPA. Walaupun peratus calon yang lulus exam bertulis PTD sangat kecil, tetapi bilangaan calon yang menghadiri temuduga masih terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan jumlah kekosongan jawatan yang ada pada ketika itu iaitu sebanyak 200 kekosongan dan 200 calon simpanan.


Kenapa jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sangat diminati Lulusan Universiti?


Satu soalan yang pernah bermain-main difikiran saya pada suatu masa dahulu. Nak tahu ceritanya, jom baca sedikit kisah saya setelah menamatkan penajian dari Universiti 

Semasa saya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2004, saya tak pernah terfikir pun nak memohon jawatan PTD. Mungkin disebabkan pada masa tu saya dah terikat dengan kerajaan disebabkan saya pemegang Biasiswa KPM semasa saya belajar, jadi tak terfikir untuk memohon jawatan kosong SPA. 

Tetapi bukan saya seorang sahaja.. Saya lihat rakan-rakan saya yang lain yang menggunakan pinjaman PTPTN semasa belajar juga tiada yang memohon jawatan PTD. 

Selepas saya menamatkan pengajian Sarjana Pendidikan pada tahun 2006, saya terus bekerja di sektor kerajaan. Pada masa tu saya pun masih tak tahu tentang kewujudan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Pada tahun 2010, setelah lebih 4 tahun bekerja dalam sektor kerajaan, baru saya tahu ada seorang rakan saya semasa belajar di Universiti dahulu bekerja sebagai   PTD. Pada masa tu saya jadi sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jawatan ini, disebabkan rakan saya dah naik pangkat ke M48. Sedangkan saya dah bekerja lebih 4 tahun dalam sektor kerajaan baru berada di DH41. 

Lihat jurang perbezaan dalam jawatan saya di sektor kerajaan dalam skim "DH" berbanding rakan saya dalam skim "M". Rakan saya mendapat gred jawatan M48 dalam tempoh 5 tahun, sedangkan saya masih di gred jawatan DH41 setelah bekerja melebihi 4 tahun.  

Walaupun skim perkhidmatan bagi DH sekarang ini telah diperbaiki, tetapi peluang untuk naik gred masih belum setanding dengan jawatan PTD. Begitu juga untuk skim perkhidmatan yang lain, kecuali skim "U" untuk para graduan lulusan Perubatan.

Disebabkan itu, semakin ramai lulusan Universiti pada hari ini sangat berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ialah siapa yang tak nak rebut peluang untuk memohon jawatan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding jawatan-jawatan dalam sektor kerajaan yang lain. Walaupun lulusan kita sama, tetapi skim jawatan yang berbeza, boleh menyebabkan pebezaan gaji yang agak ketara. Dan tentu kita akan memilih peluang yang lebih baik.. Betul tak? 

Selain cepat naik pangkat, terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang diperolehi oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), sama seperti pekerja-pekerja di sektor kerajaan lain iatu:
  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Hmmm.. Memang banyak kelebihan yang disediakan untuk jawatan ini 

Tetapi harus diingat. Nak dapatkan jawatan PTD ni, persaingannya juga tersangat hebat. Sehebat kelebihan yang terdapat pada skim tersebut.

Sebagai persediaan untuk menduduki Peperiksaan Online PTD 2017 pada 3 November ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya sebuah rujukan yang tepat. 


Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2014
Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2017
Sumber : Klik Di Sini


Tanpa mempunyai sebarang rujukan, anda masih boleh menjawab soalan-soalan Peperiksaan Online PTD 2017. Disebabkan soalan-soalan dalam bentuk Objektif aneka pilihan. Anda boleh pilih mana-mana jawapan yang anda suka, tetapi peluang nak menjawab soalan dengan betul tentu sangat tipis.

Selain itu, anda juga boleh menghasilkan nota sendiri dengan mendapatkan bahan-bahan rujukan melalui buku, laman web, dan sebagainya. Tetapi anda terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk mencari dan mengumpul bahan rujukan sendiri. 

Untuk menjimatkan masa anda, anda boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2017, daripada Tim Infokerjaya. Pakej Rujukan ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan rujukan ini, sila isikan nama dan email anda di laman web berikut:



Pihak admin laman web tersebut akan memaklumkan kepada anda menerusi email, sekiranya Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD 2017, sudah bersedia untuk dijual.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan info-info terkini berkaitan dengan Peperiksaan Online PTD, menerusi Group Facebook dan Fanpage berikut: 

Sertai kami di Group Tips Lulus Exam SPA


P/S: Terdapat beberapa info dan contoh-contoh soalan Peperiksaan PTD yang boleh anda perolehi menerusi pautan-pautan di atas. ;)

Salam kejayaan daripada saya dan Tim Infokerjaya. Semoga anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD 2017 pada 3 November nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra