Isnin, 20 Oktober 2014

Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD

with 4 comments
Ramai calon yang berminat untuk mendapatkan tips dan Contoh Soalan Psikometrik (Seksyen C), dalam Peperiksaan Online PTD pada kali ini.

Ini merupakan maklumbalas yang telah saya terima daripada beberapa orang calon, yang telah mengisi nama dan email di borang opt in yang telah saya sediakan di laman web Tips Exam SPA.


Tetapi sayangnya terdapat beberapa masalah yang timbul semasa calon mengisi nama dan email diborang tersebut, antaranya:
  1. Terdapat masalah "html coding" pada borang Opt-In menyebabkan email tersebut tidak dapat masuk ke dalam "email database" laman web Tips Exam SPA
  2. Calon yang telah berjaya menghantar nama dan email tidak menyemak mail box untuk membuat pengesahan email
  3. Tips dan Contoh Soalan Psikometrik (Seksyen C) berada dalam senarai email yang ke 4, dalam sistem penghantaran email secara automatik kami. Jadi, calon perlu menunggu sehingga hari yang ke 4 selepas pengesahan email dilakukan, baru boleh menerima tips dan Contoh Soalan Psikometrik (Seksyen C) 


Jadi, untuk memuaskan hati semua calon dan juga atas permintaan beberapa orang calon, di sini saya akan "copy dan Paste" isi kandungan email berkaitan Tips dan Contoh Soalan Psikometrik (Seksyen C).


Tetapi sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit info tentang ujian Psikometrik, sehinggakan penilaian ini dapat menjadi satu penilaian terbaru dalam siri peperiksaan Online SPA termasuk dalam Exam PTD pada kali ini.

Sebenarnya penilaian psikometrik turut dilaksanakan di peringkat sekolah.. iaitu dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012.



Pentaksiran Psikometrik
Sumber : Klik Di Sini



Melalui perlaksanaan ujian Psikometrik, pengendali ujian akan dapat mengenalpasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan seseorang. Hasil daripada ujian psikometrik ini dapat digunapakai dalam pelbagai situasi contohnya dalam pembelajaran dan pekerjaan.

Kepada para calon  Peperiksaan Online PTD yang bakal menduduki ujian Psikometrik pada 1 November nanti, saya syorkan supaya anda menjadi diri anda sendiri sewaktu menjawab Soalan-soalan seksyen C : Ujian Psikometrik.


Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD 



Baiklah seperti yang dijanjikan, di sini saya akan kongsikan Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD yang sepatutnya anda dapat melalui email dalam tempoh beberapa hari lagi.


=========== Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD melalui email ===========

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Terima kasih kerana terus setia membaca Info terkini daripada saya... Berkaitan Peperiksaan Online PTD 2014..


Seperti yang saya janjikan, dalam email kali ini saya akan kongsikan sedikit Info tentang Seksyen C: Ujian Psikometrik..


Untuk pengetahuan anda Seksyen C : Ujian Psikometrik baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini untuk menggantikan Seksyen C dan Seksyen D.


Dalam Exam Online PTD pada kali ini, tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab Ujian Psikometrik cuma 15 minit sahaja, untuk menjawab 30-50 soalan.


Saya percaya seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 1 November ini.


Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda, tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

- Tempoh: 15 minit
- Jumlah Soalan: 30-50 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.


Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda. Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.


==========================================

Contoh Soalan Seksyen C: Ujian Psikometrik
===========================================


1.Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.


A. Setuju       B. Tidak setuju



2.Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.


A. Ya           B. Tidak



3.Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.


A. Ya           B. Tidak



4.Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.


A. Ya           B. Tidak



5.Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.


A. Setuju       B. Tidak setuju



6.Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.


A. Setuju       B. Tidak setuju



7.Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.


A. Setuju       B. Tidak setuju



8.Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.

A. Ya           B. Tidak


9.Pemalu adalah sifat saya.


A. Ya           B. Tidak



10.Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan saya rasa tidak selesa.


A. Ya           B. Tidak



11.Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur.


A. Setuju       B. Tidak setuju



12.Buku psikologi boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengawal orang.


A. Setuju       B. Tidak setuju




Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain';



13. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

A. Setuju       B. Tidak setuju


14.Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana  saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.

A. Setuju       B. Tidak setuju


15. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

A. Setuju       B. Tidak setuju


16.Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

A. Setuju       B. Tidak setuju


17. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

A. Setuju       B. Tidak setuju


========================================

Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda!
========================================

JANGAN IKUT CARA INI!


Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.


Kami setuju dengan    pernyataan    tersebut,    tetapi    ramai    yang    salah    erti    yang    membawa    kepada     kesimpulan    ini;


"Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!"


Bahagian 'jangan tinggal satu pun' itu betul TETAPI jangan hentam/tembak. Memang ianya akan membunuh anda. Kenapa? Dalam tip ringkas yang saya kongsikan di atas, paling penting adalah KONSISTEN. Sekiranya jawapan yang anda berikan tidak konsisten terhadap soalan yang "hampir sama tetapi tak serupa", pemeriksa jawapan anda akan melihat diri anda seumpama lalang, yang mudah melentok ke kanan atau ke kiri pada bila-bila masa..


Jadi, sila Fokus.. Dan berpegang teguh pada satu pendirian, sebelum menjawab bahagian ini.. Sebaiknya anda perlu menjadi diri anda sendiri, supaya memudahkan anda untuk menjawab secara konsisten.. ;)


Itu sahaja info yang dapat saya berikan dalam email saya pada kali ini.. In Shaa Allah kita akan berjumpa lagi dalam email yang akan datang...


Salam kejayaan daripada saya..


Terima kasih.



MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB

Admin
http://www.tipsexamspa.com
https://www.facebook.com/rujukanExamOnlinePTD

=========== Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD melalui email ===========








Hmmm.. Macamana? Boleh faham info yang saya kongsikan berkaitan dengan Contoh soalan Psikometrik Exam PTD. Semoga informasi ini dapat memberi manfaat kepada anda, terutamanya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Online PTD pada 1 November nanti.


Rujukan Psikometrik



P/S : Boleh dapatkan lebih banyak Info tentang Tips menduduki Exam Online SPA, Tips menghadiri Temuduga dan Tips menulis Resume menerusi laman web TipsPsikometrik.com

4 ulasan:

  1. Nak kena berjaya dalam exam kena ada panduan dan usaha yang betul..

    Fokus tu juga penting..

    BalasPadam
  2. Ada jawapan x utk soalan bahagian c sy nak semak jawapan saya.terima kasoh

    BalasPadam
  3. Hi! I am not robot. I just voted you! I found similar content that readers might be interested in: Create a Contact Group/Distribution List In Outlook

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra