Selasa, 14 Oktober 2014

Saya Mahu Rujukan Exam Online PTD 2014 - Graduan UTHM

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 2 hari lepas, bersamaan dengan 12 Oktober 2014.. saya, isteri dan anak-anak berkesempatan menemani adik ipar saya menghadiri majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke 14..

Tahniah, saya ucapkan kepada adik ipar saya dan juga para graduan Konvokesyen UTHM yang lain, kerana berjaya menggenggam segulung Ijazah.. 

"Bukan senang Wei, nak menggenggam segulung Ijazah.. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i.. Bila dah berjaya menamatkan pengajian, hilang rasa penat lelah masa belajar dulu.. Semuanya hanya tinggal kenangan, kisah suka duka sebagai seorang pelajar Universiti akan ku kenang sampai bila-bila"  

Adik Ipar saya dan rakan-rakannya di Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke 14


Selepas berjaya menggenggam segulung Ijazah, cabaran yang seterusnya ialah untuk melangkah ke alam pekerjaan..

Nak dapat kerja pada zaman sekarang ni jauh lebih mencabar berbanding semasa zaman saya muda-muda dulu.. 

Pada zaman sekarang ni graduan yang keluar dari Universiti semakin ramai.. Semua orang nak segera mendapat pekerjaan, bila dah habis belajar.. Sebabnya nak kena bayar hutang PTPTN.. Kalau tak ada kerja, macamana nak bayar?

Tapi, nak dapatkan kerja yang Tip-Top sekarang ni bukannya mudah.. Kalau ada 100 kekosongan jawatan yang Tip-top, bilangan calon yang memohon biasanya sampai beribu-ribu orang..

Inilah yang sedang dihadapi oleh adik ipar saya sekarang ini.. dan saya kira turut dihadapi oleh para graduan yang lain... 

Pada bulan Jun yang lalu, adik ipar saya ada mengisi borang permohonan online untuk Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41.. Adik ipar saya memohon jawatan tersebut dengan menggunakan result semester akhir pengajian Ijazah dalam bidang Kejuruteraan..

Syukur Alhamdulillah.. Ada rezeki beliau di situ, apabila turut dipanggil untuk menduduki peperiksaan Online PTD 2014..

Sebaik sahaja beliau mengetahui perkabaran gembira tersebut, melalui semakan secara Online, beliau terus menghubungi isteri saya.. 

Mula rungsing memikirkan macamana beliau nak study? 

Apa yang perlu beliau baca sebagai persediaan untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) ?

Penyebab utama beliau berasa gelisah, sebab beliau tidak mempunyai sebarang rujukan.. Nak study apa pun tak tahu? Sebab dah tak ada lagi nasihat daripada pensyarah yang suruh kita study chapter itu dan chapter ini sebelum menduduki peperiksaan..

"Saya Mahu Rujukan Exam Online PTD 2014" - Graduan UTHM

Fuhh!! Nasib baiklah saya ada sedikit nota dan rujukan berkaitan Exam PTD.. Dapatlah saya pinjamkan nota dan rujukan  tersebut kepada adik ipar saya..


Sumber : Klik Di Sini


Betapa gembiranya hati adik ipar saya, apabila mendengar berita tersebut.. Setidak-tidaknya beliau sudah boleh mula membaca apa yang patut sebagai persediaan untuk menduduki Peperiksaan Online PTD 2014.. 

Saya doadakan semoga beliau berjaya lulus dalam Peperiksaan Online tersebut.. Good Luck!!


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra