Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang diberikan.. Membolehkan saya terus bernafas di muka bumi untuk melihat insan-insan yang saya sayangi dan cintai... Emak, Ayah, Isteri, Anak-anak, adik beradik, adik-adik ipar, rakan sekerja, bos-bos sekerja, para pelajar, ex pelajar dan seluruh rakyat Malaysia yang mengenali saya samada secara online ataupun secara offline...

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan rakan-rakan sekerja saya, sehingga membolehkan saya terus bekerja selama hampir 7 tahun (bermula April 2006) sebagai seorang penjawat awam...


Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan oleh para pengunjung blog-blog saya sehingga saya mampu bertahan dalam bidang ini selama 3 tahun (Disember 2009-Januari 2013)... Dan hasilnya... Janganlah segan silu untuk mengunjungi blog-blog saya yang disenaraikan di bawah:

Begitu cepat masa berlalu... Rasanya baru semalam saya menyambut tahun Baru 2012.. Tidak sangka betul, begitu cepat 12 bulan berlalu pergi... Pergi tanpa kembali... Patutlah ada orang mengatakan, Masa umpama emas.. Ia begitu berharga dalam hidup kita... Sungguh beruntung orang yang bijak memanfaatkannya... Dan betapa rugi orang yang mempersia-siakannya... Sementara kita masih lagi diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini, hargailah masa yang masih ada dengan sebaik-baiknya... ;)

Pada malam ini kedengaran dentuman das demi das bunga api dilepaskan.. menandakan esok kita akan memasuki tahun baru 2013.. Itu juga menandakan Tahun 2012 hanya tinggal sejarah dalam hidup kita..  Segala kenangan, Cerita gembira, suka dan duka yang kita lalui sepanjang tahun 2012 hanya tinggal nostalgia dalam hidup kita...

Semenjak saya terlibat dalam penulisan blog... Tentu banyak khazanah yang tersimpan di blog ini... Khazanah tersebut seumpama sebuah arkib yang boleh dijadikan rujukan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang berminat untuk membacanya... Jadi, saya syorkan anda membaca entri-entri blog Coretan Anuar paling diminati sepanjang tahun 2012:

Terima kasih saya ucapkan kepada sokongan anda, sehingga membolehkan blog Coretan Anuar terus bertahan sehingga ke hari ini.. Tanpa sokongan yang anda berikan, tentu blog ini sepi tanpa pengunjung... 

Sebagai tanda penghargaan yang anda berikan.. Saya menjemput anda untuk membaca ebook hasil tulisan saya secara percuma, dengan klik di sini.. 

Semoga info yang dikongsikan dalam ebook tersebut, boleh membantu anda untuk menjadi seorang manusia yang berwawasan tinggi dan lebih berjaya pada masa akan datang... 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada rakan-rakan yang mengenali saya samada secara online ataupun offline... Marilah kita bersama-sama memulakan azam tahun baru 2013 dengan penuh bersemangat.. Semoga anda berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya... Good Luck semua...;)

6 ulasan:

  1. hepy new juga..semoga apa yg dirancang menjadi realiti

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru. Banyak sekali blog yang dibina. Bukan mudah untuk menjaga ke semuanya.

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru buat bro sekeluarga dan pengunjung juga. mudahan lebih succes ditahun baru

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru Anuar,semoga blog ini bertambah maju lagi :)

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru juga buat bro... =)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra