Selasa, 28 Ogos 2012

Pelaburan hartanah Tanpa Modal Di Harian Metro

with 10 comments
Pelaburan hartanah Tanpa Modal sebelum ini banyak menghiasi ruangan iklan di blog-blog pelaburan hartanah di Malaysia.. Tetapi kini Pelaburan hartanah Tanpa Modal telah melebarkan sayapnya, setelah turut  menghiasi ruangan iklan di laman web Harian Metro..



Nampaknya saudara Saufi Karim selaku penulis Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal  semakin terkenal diseluruh Malaysia dengan teknik yang telah beliau praktikkan untuk menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya.. 

Syabas saya ucapkan kepada saudara Saufi Karim..


Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal telah mendapat tempat di hati orang ramai disebabkan ianya telah memberi informasi yang sangat berguna kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan hartanah.. Tetapi tidak tahu teknik sebenar melakukannya, sehigga mampu membeli hartanah tanpa modal..

Kos untuk mendapatkan ebook ini juga sangat berpatutan, berbanding info yang sangat berguna kepada mereka yang berminat untuk menjadikan pelaburan hartanah sebagai salah satu alternatif dalam pelaburan.. Insya Allah Dengan pelaburan hartanah akan dapat memberikan satu jaminan pulangan yang baik pada masa hadapan..

Maklumlah.. harga rumah semakin hari semakin naik.. Satu masa nanti harga rumah mungkin akan melambung naik sehingga beberapa kali ganda daripada harga asal, seperti dalam sebuah keratan akhbar yang pernah heboh diperkatakan di Facebook pada beberapa bulan lalu:


Dalam keratan akhbar tersebut menyatakan: "Bagi menampung kemungkinan kenaikan mendadak harga rumah teres pada tahun 2020, anda semua perlu mempunyai pendapatan sekitar RM12,000 sebulan untuk membolehkan anda memiliki sebuah rumah teres"


Anggaran harga rumah yang dinyatakan dalam keratan akhbar tersebut dilakukan berdasarkan analisis harga rumah semasa pada ketika ini.. 

Berikut merupakan sebahagian maklumat yang dapat saya kongsikan daripada petikan akhbar tersebut tentang harga rumah semasa pada ketika ini di kawasan-kawasan elit di sekitar lembah Klang dan Kuala Lumpur:
  • Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  • Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000

Ramai orang kata harga rumah dekat kawasan tersebut memanglah mahal.. Hanya golongan yang berpendapatan RM10,000 ke atas sahaja yang mampu membelinya.. 

Tapi sebenarnya untuk pengetahuan anda, bukan harga rumah di kawasan tersebut sahaja yang melambung naik.. Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja berlaku di kawasan Lembah Klang malah sudah mula “berjangkit” di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :
  • Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. 
  • Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. 
  • Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (20×65 kaki). 
  • Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. 

Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal angan-angan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang..

Bagaimana pula dengan harga rumah di kawasan bandar yang lain?

Bagi kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Johor Bahru dan Pulau Pinang saya percaya harga rumah berada dalam lingkungan harga di Kuala Lumpur dan Lembah Klang..

Bagi di kawasan-kawasan bandar yang terkenal sebagai kawasan yang mempunyai harga rumah yang rendah seperti di kawasan Ipoh, Kuantan, Kota Bharu juga telah menunjukkan peningkatan yang cukup ketara.. 

Contoh peningkatan harga rumah di kawasan Ipoh berdasarkan pemerhatian saya:


Rumah Teres Dua Tingkat

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan tiga bilik air di beli pada tahun 2005 pada harga RM116,000.. 

Harga rumah teres dua tingkat di kawasan Ipoh dengan spesifikasi yang sama pada ketika ini dijual pada harga melebihi RM200,000.. Ini menunjukkan peningkatan Harga rumah jenis ini hampir 100% dalam tempoh 7 tahun.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap peningkatan harga rumah yang berlaku.. tidak mustahil harga rumah teres Dua Tingkat di kawasan Ipoh mampu mencecah sehingga RM400,000 pada tahun 2020 nanti.. 


Rumah Teres Satu Tingkat
Sumber : (klik Di Sini)

Rumah teres satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di beli pada tahun 2010 pada harga RM105,000.. 

Harga rumah teres satu tingkat di kawasan Ipoh dengan spesifikasi yang sama pada ketika ini dijual pada harga melebihi RM130,000.. Ini menunjukkan peningkatan Harga rumah jenis ini hampir 25% dalam tempoh 2 tahun.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap peningkatan harga rumah yang berlaku.. tidak mustahil harga rumah teres satu Tingkat di kawasan Ipoh mampu mencecah sehingga RM300,000 pada tahun 2020 nanti.. 

Rumah Banglo Satu Tingkat
Sumber : (Klik Di Sini


Rumah banglo Satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di jual pada harga RM148,000 pada sekitar tahun 2010 di kawasan Batu Gajah, Perak.. 

Pada ketika ini harga rumah tersebut telah meningkat menjadi RM168,000.. Ini menunjukkan peningkatan Harga rumah jenis ini hampir 15% dalam tempoh 2 tahun.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap peningkatan harga rumah yang berlaku.. tidak mustahil harga rumah  banglo Satu tingkat di kawasan Ipoh mampu mencecah sehingga RM350,000 pada tahun 2020 nanti.. 

Kenapa Harga Rumah semakin meningkat dari masa ke semasa?

Harga rumah akan meningkat dari masa ke semasa disebabkan beberapa faktor seperti:
  • Kos pengingkatan bahan api (minyak Petrol)
  • Kos bayaran Buruh binaan
  • Kos peningkatan harga bahan binaan seperti batu, pasir, simen dan sebagainya
  • Kos peningkatan harga tanah
  • Kesan Inflasi
  • Keperluan/persaingan untuk membeli rumah disebabkan kepadatan penduduk
  • Kesan Inflasi
  • dan sebagainya..

Pendek kata.. setiap kali berlaku kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan kadar inflasi naik, dan sebagainya..  sudah pasti harga rumah juga akan turut naik.. 

Ini adalah disebabkan apabila semua harga untuk mendapatkan keperluan harian naik.. para pekerja dalam mana-mana sektor pembuatan dan pembinaan juga akan meminta kenaikan gaji daripada majikan mereka.. 

Apabila gaji para pekerja sektor pembuatan dan pembinaan dinaikkan, sudah pasti majikan mereka akan menaikkan harga jualan barang-barang yang diperlukan untuk membuat rumah seperti batu-bata, pasir, jubin, cermin, besi pagar, paip, cat, lampu, kipas, dan sebagainya..      

Kajian Harga Rumah Teres di Malaysia VS Pendapatan Rakyat Malaysia

Berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah :
  • Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun berlaku krisis ekonomi
  • Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur
  • Harga rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020
  • harga rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh 8 tahun lagi

Bila baca petikan demi petikan akhbar ini, saya rasa ramai rakyat Malaysia tak mampu nak membeli rumah pada ketika itu.. Cuba anda kira, Berapakah pendapatan anda pada ketika ini? 

Dan tahun 2020 tinggal hanya 8 tahun sahaja lagi.. Anda hanya ada masa 8 tahun daripada sekarang untuk memastikan pendapatan anda mencecah RM12,000 bagi membolehkan anda membeli rumah teres pada ketika itu…

Daripada menunggu untuk mempunyai pendapatan bernilai RM12,000 sebulan dalam tempoh 8 tahun lagi, lebih baik anda bertindak untuk membeli rumah mulai daripada sekarang..

Setelah tersiarnya petikan akhbar tersebut, saya mendapati semakin ramai pakar-pakar dalam pelaburan hartanah berminat untuk berkongsikan kisah kejayaan mereka dalam pelaburan hartanah.. Salah seorangnya adalah saudara Saufi Karim..


Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Saudara Saufi Karim akan dapat membantu orang ramai membeli rumah pada ketika ini, sewaktu harga rumah masih lagi berada di paras yang mampu anda beli.. Insya Allah.. 

Selain daripada Saudara Saufi Karim, terdapat juga beberapa orang pakar dalam pelaburan hartanah yang turut sama berminat untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang ini.. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ilmu pelaburan Hartanah daripada mereka, anda boleh klik pada senarai pautan di bawah:

10 ulasan:

  1. Harga rumah semakin naik bila ada inflasi. Elok la beli rumah cepat-cepat jangan tangguh lagi.

    BalasPadam
  2. klau la kaye dh bole amek satu.hahaha..

    BalasPadam
  3. ada peluang sket terus beli..
    kalau nak tunggu lagi harga mahal..
    masa awal mmg susah la sket.. byk duit kena cari.. :)

    BalasPadam
  4. Kalau dah boleh iklan kat akhbar online confirm pulangan akan lebih tinggi nie

    BalasPadam
  5. alhamdulillah....sy sempat beli rumah mase time harge masih rendah...kalo sekarang ni ssh dh nk dpt rumah harge yg murah.....

    BalasPadam
  6. nasihat yang boleh diberikan..simpan lah duit dari sekarang..daripada beli gadget yang harga ribu2..duit tu boleh diguna nanti untuk bayar downpayment rumah. Hehehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra