Khamis, 27 Disember 2012

Jom Baca Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku Secara Percuma...

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ini saya ada menulis 2 buah ebook yang berjudul Mencari Sumber Pendapatan Di Internet (tahun 2010) dan Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku (Tahun 2011)...


Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku (Tahun 2011)

Mencari Sumber Pendapatan Di Internet (tahun 2010)


Kedua-dua ebook ini dihasilkan bertujuan untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung blog Sembang Hari2, Discount Hari2, dan Coretan Anuar dengan syarat-syarat tertentu...

Pada permulaanya, ebook ini diberikan secara percuma kepada semua pengunjung 3 blog di atas... Tetapi ianya terhad kepada 200 orang terawal yang berjaya mendapatkan ebook tersebut sahaja... Disebabkan itu, apabila anda membaca entri ini, anda sudah tidak dapat lagi memuat turun ebook tersebut... 


Seterusnya ebook tersebut diberikan secara percuma kepada para penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2... Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini..

Dan juga kepada para penyumbang dana untuk membantu Rakyat Palestin di Gaza.. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini...

Ada berita baik untuk anda pada hari ini... Saya membenarkan anda membaca ebook ini secara percuma... Tanpa sebarang syarat... Tanpa sebarang bayaran walau satu sen pun... Tapi anda perlu membacanya secara online dengan klik pada gambar ebook di bawah..

7 Strategi Tambah Wang Saku

Publish at Calameo or read more publications.

Ilmu yang terdapat dalam ebook tersebut, kepunyaan Allah S.W.T... Ilmu tersebut saya perolehinya melalui pembacaan buku, majalah, ebook, surat khabat, rencana dan perkongsian ilmu di televisyen...

Anda nilailah ilmu tersebut... Gunakanlah ilmu tersebut, sekiranya anda mendapati ianya bermanfaat... dan sekiranya anda berpendapat terdapat ilmu yang kurang bermanfaat dalam ebook tersebut, cukuplah sekadar anda mengetahuinya.. Jangan praktikkannya...

Setelah anda selesai membaca ebook tersebut, saya harap anda sudilah menderma untuk membantu rakyat Palestin di Gaza... 

Berilah sumbangan sebanyak mana yang anda mampu, dengan seikhlas hati... kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta." (Riwayat Ahmad).

Dalam Surah Al-Imran : Ayat 92 :  
"Kamu tidak akan mendapat balasan kebajikan kecuali kamu mendermakan sebahagian apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa yang kamu dermakan itu Allah S.W.T mengetahui akannya"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: 
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sekiranya anda berminat untuk bersedekah, sila klik di sini... Dalam entri tersebut mengandungi nombor akaun Aman Palestin dan Aqsa Syarif... Untuk membolehkan anda memberi sumbangan secara terus kepada dua Pertubuhan NGO ini yang berperanan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza...

Semoga dengan bersedekah, Allah akan mengurniakan kepada kita rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri serta anak-anak yang baik dan cemerlang.

P/s: Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Klik Button Like Facebook yang terdapat pada entri ini, untuk menggalakkan orang ramai supaya turut menderma..

2 ulasan:

  1. ok. ada masa nanti saya download. sibuk sikit sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ebook ni tak perlu download... Boleh baca secara online sahaja...

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra