Rabu, 24 Oktober 2012

Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

with 25 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Korban atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha. Pada ketika ini, saya percaya tentu ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil cuti untuk pulang berhari raya ke kampung halaman.. 

Tentu sambutan hari raya AidilAdha di kampung lebih meriah berbanding sambutan hari raya di bandar.. Di Kampung Anak dan Cucu berkumpul beramai-ramai.. dan ini adalah masa yang terbaik untuk Si Atuk melaksanakan Ibadah Korban/ Akikah.. 

Bolehlah Si atuk mengerahkan tenaga anak dan cucu untuk bergotong-royong bersama orang kampung... "menewaskan lembu" dan seterusnya melapah daging korban/akikah.. Kata orang yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.. Alangkah Meriahnya kehidupan di kampung..;)

Pada masa tersebut bolehlah masing-maing saling berkenal-kenalan dengan anak dan saudara mara jiran tetangga.. Boleh bertukar-tukar nombor telefon untuk menambahkan kenalan.. Secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwah dan tali siratulrahim di antara kita.. 

Dua dalam satu.. Lembu berjaya diselesaikan, dalam masa yang sama dapat menambahkan kenalan.. Silap2 dapat mendirikan sebuah masjid.. Rezeki namanya tu.. ;)

Sebelum tibanya Hari Raya AidilAdha.. Seperti yang anda semua sedia maklum, esok merupakan hari Khamis bertarikh 9 Zulhijjah 1433 hijrah (tarikh dalam Islam)..Pada 9 Zulhijjah, umat islam disunatkan untuk berpuasa sunat (Dikenali dengan puasa sunat Arafah)..seperti yang terkandung dalam hadis nabi seperti berikut:  
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:
Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”

Jadi malam ni marilah kita bersama-sama berniat untuk menunaikan puasa sunat pada esok hari.. kalau tak tahu niat dalam bahasa Arab, niat dalam bahasa melayu pun jadilah..
"Sahaja Aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"
Semoga ibadah kita di terima oleh Allah S.W.T.. dan Alangkah indahnya sekiranya hari raya disambut dengan kemanisan beribadah.. Selepas itu, tentu berseri-seri rasa di hati apabila nak menghantar sms ucapan hari raya kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan..

Jadi di sini saya nak kongsikan Koleksi Ucapan Hari Raya AidilAdha yang pernah singgah di kotak sms telefon bimbit saya.. (Saya percaya koleksi sms ini juga mungkin pernah anda perolehi daripada kenalan anda..) 

Sumber : Klik Di Sini

=======================================================================
"Bila ayam dah tak selera makan,kambing pula resah,lembu pura2 buat gila,unta jer nampak cool,tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN"
=======================================================================
"ku pegang kau punya… kau pegang ku punya, ku ramas kau punya… kau ramas ku punya, ku goncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen), kemudian kita goyang bersama. itulah tanda kita bersalam mesra,
SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…"
=======================================================================
"Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkan! Pasti terjadi! Kita akan bemandi darah di sluruh negara. Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 19hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban.."
=======================================================================
"Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHaSELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR."
=======================================================================

Inilah sahaja koleksi SMS terbaik yang pernah saya dapat setakat ini.. Sekiranya anda mempunyai lebih banyak koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha, bolehlah dikongsikan di sini dengan menulisnya pada ruangan komen yang disediakan..

Selamat Hari Raya AidilAdha.. 

P/S: Kalau makan daging korban tu, ingat-ingatlah dekat saya yer... hehehe..

25 ulasan:

  1. Koleksi SMS yang menarik.. Hehe.. =)

    BalasPadam
  2. "...kita buat sop". muahahaha...

    BalasPadam
  3. ahhaaaa... selamat hari raya bro! meh datang simpang lima..

    BalasPadam
  4. wak pon nk ucap slmt ariraya qurban jugakk..

    BalasPadam
  5. Menarik...
    Nak hantar kat kawan-kawan sms mcm nie...
    Bleh Anuar ? Hehehe...

    BalasPadam
  6. dah lama tak bermain-main sms macam ni...

    BalasPadam
  7. haha bila baca sms-sms tu, rindu pula dulu-dulu. Dulu kalau nak raya, ka atau ada apa-apa pasti tertunggu sms, sekarang ni, semua setakat facebook, twitter. Tak sesuai.

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidiladha bro..hehehe. mohon ambil sikit koleksi ucapan ni.nak buat sms..hehehe

    BalasPadam
  9. kelakar..hehe.. :D selamat hari raya aidiladha juga !

    BalasPadam
  10. sempoi! selamat hari raya haji..

    BalasPadam
  11. Koleksi ucapan yg unik dan saspen. Thnks for sharing...
    Selamat hari raya anuar..
    Jgn mkn byk2 k..

    BalasPadam
  12. Wah banyakknya koleksi SMS dia boleh ambik satu nie send ke kawan2 dan keluarga :)

    BalasPadam
  13. selamat hari raya Aidiladha bro Nuar

    BalasPadam

  14. Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com.

    BalasPadam
  15. Hello
          Memerlukan pinjaman atau ingin untuk membiayai semula rumah anda, mengembangkan perniagaan anda dan membayar bil-bil anda? Kami menyediakan pinjaman hutang penyatuan, pinjaman perniagaan, pinjaman pembiayaan semula rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, pinjaman, pinjaman sekolah dan pinjaman syarikat Jumlah pinjaman kami untuk membangunkan perniagaan, daya saing dan julat pengembangan perniagaan dari 10,000 hingga 800,000,000, Jika berminat, sila hubungi kami di :::::: adambaylinloanagency@gmail.com

         Kami diperakui jenis berikut pinjaman menawarkan
    Pinjaman Peribadi (tidak bercagar) *
    Pinjaman Perniagaan (tidak bercagar) *
    Pinjaman penyatuan hutang *
    Pinjaman Pelajar *
    Pinjaman gadai janji dan banyak lagi.


    BORANG DATA PEMINJAM

    NAMA PENUH: ..........
    SEX: ............
    ALAMAT ...........
    STATUS PERKAHWINAN .......
    UMUR: ..............
    NEGARA: ...........
    PEKERJAAN: ..............
    MOBILE NUMBER: ...............
    TUJUAN PINJAMAN: ...............
    JUMLAH DIKEHENDAKI: .................
    TEMPOH PINJAMAN: ...................

    BalasPadam
  16. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..

    BalasPadam
  17. Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca blog Coretan Anuar...

    BalasPadam
  18. bleh salin ni nnt hantar dekat kawan2

    BalasPadam
  19. apapun, selamat hari raya ek..

    BalasPadam
  20. Hello Dear, Permohonan Pinjaman Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah. Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut {Lengkapkan borang di bawah pinjaman} Nama anda: =========== NEGARA: =========== NEGERI =========== ALAMAT: =========== GENRE: =========== Jumlah yang diperlukan: ========== = TEMPOH: =========== NOMBOR TELEFON: =========== ============= nama Puan Anita Hubungi kami di e Ini -mel: gloryloanfirm@mail.com Salam
    Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.
    Balas

    BalasPadam
  21. Sekarang ni mcm x semeriah dulu
    ..rindu dgn ucapan walo sms samanje ucapannya.

    BalasPadam
  22. selamat hari raya aidiladha

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra