Isnin, 16 April 2018

LANGKAH BERJAGA-JAGA untuk mengelak Jadi MANGSA IBU KUTU EMAS ONLINE

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ni, kalau anda perasan dekat group-group pengiklanan facebook dah mula muncul balik main kutu emas ni. 

"Dah start balik dah. Ibu-ibu kutu emas secara online muncul. Harap-harap jangan ada lagi kisah sontot menyontot."
Untuk makluman anda yang baru pertama kali dengar tentang main kutu emas ni.. Main kutu emas ni sebenarnya sama macam main kutu duit. Setiap bulan ada bayaran yang perlu dikeluarkan oleh "anak-anak kutu" kepada "ibu kutu". Sebagai contoh RM150 sebulan. Kemudian duit yang dikumpulkan oleh "Ibu Kutu" pada setiap bulan akan digunakan untuk membeli emas. Setiap "Anak kutu" akan dapat bahagian emas masing-masing mengikut giliran pada setiap bulan. 



Biasanya kalau kita join main kutu dengan rakan sekelas, rakan sepejabat, keluarga sendiri tak ada masalah. Sebab kita saling mengenali diantara satu sama lain. Susah nak berlaku penipuan atau pecah amanah.

TAPI..


Kalau main kutu secara online dengan orang yang kita kenali melalui facebook, Instagram dan sebagainya... Kita perlu berhati-hati... 


Dah ramai yang terkena. Terutamanya bila anda dapat giliran antara yang terakhir. Anda Berpotensi untuk menjadi mangsa penipuan kutu emas.


Sebagai Contoh:

Katakan anda sertai kumpulan "Kutu Emas" dengan bayaran bulanan RM150/bulan.

Ada 12 orang ahli.
Dalam sebulan ada wang terkumpul sebanyak RM150 X 12 ahli = RM1800.00
Wang terkumpul tersebut akan digunakan untuk membeli rantai tangan emas 916 seberat 10 gram. Jadi setiap peserta akan dapat rantai tangan emas 916 seberat 10 gram pada setiap bulan mengikut giliran masing-masing. 

Giliran penerima rantai tangan emas 916 seberat 10 gram pada setiap bulan:
  1. Bulan Januari : Si A
  2. Bulan Februari : Si B
  3. Bulan Mac : Si C (IBU KUTU)
  4. Bulan April : Si D
  5. Bulan May : Si E
  6. Bulan Jun : Si F
  7. Bulan Julai : Si G
  8. Bulan Ogos : Si H
  9. Bulan September : Si I
  10. Bulan Oktober : Si J
  11. Bulan November : Anda
  12. Bulan Disember : Si K

Berdasarkan pengalaman rakan saya yang pernah terkena dengan "main kutu emas secara Online" sebelum ini.

Masa bulan-bulan terawal ok tak ada masalah. Semua ahli dapat bahagian mengikut giliran maing-masing.

Tiba giliran kedua sebelum giliran kawan saya, Ibu kutu dah mula senyap..
Dua giliran tersebut tak dapat emas yang dijanjikan.. Termasuk bila tiba giliran rakan saya dan dua rakan yang lain.

Kalau kita tengok dalam giliran di atas, bermula pada bulan September Ibu Kutu dah mula buat hal.. ahli-ahli kutu sudah tidak lagi menerima rantai tangan emas 916 seberat 10 gram seperti  yang dijanjikan.

8 peserta terawal terselamat. 4 peserta yang selebihnya menanggung Sengsara... Nak tuntut duit dengan Ibu kutu pun tak dapat. Nak bawa ke muka pengadilan pun tak boleh sebab tak ada dokumen perjanjian hitam putih..

Jadi, ambil iktibar daripada kisah yang telah berlaku. Jangan ulangi kesilapan yang serupa. 

Selepas ni kalau ada yang berhajat nak bermain kutu emas secara online, saya syorkan buatlah surat perjanjian..

Ada perjanjian hitam putih sesama ahli termasuk dengan "ibu kutu"..

Kalau ada isu berbangkit di kemudian hari, boleh bawa kes ke pihak berkuasa untuk mendapat pembelaan sewajarnya...

Download Surat Perjanjian Wang Simpanan Kutu [Download]

Dalam apa jua urusan yang melibatkan pengumpulan duit, sebaiknya ambil langkah selamat dengan mewujudkan surat perjanjian..

Asal sahaja ada urusan yang melibatkan pinjaman, pengumpulan wang atau pembayaran secara ansurans perlu adanya surat perjanjian..

Sebab itu, kalau anda perasan sekarang ni dah ada 18 jenis surat perjanjian yang popular cariannya di Malaysia.

Berikut saya senaraikan 18 koleksi surat perjanjian popular..

18 koleksi surat perjanjian popular

18 koleksi surat perjanjian popular
18 koleksi surat perjanjian popular

Anda boleh dapatkan kesemua 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular ini dengan klik pada link download di bawah

1. Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan [Download]

2. Surat Perjanjian Sewa Kedai [Download]

3. Surat Perjanjian Sewa Kenderaan [Download]

4. Surat Perjanjian Sewa Rumah [Download]

5. Surat Perjanjian Wang Simpanan Kutu [Download]

6. Surat Kontrak Pekerja [Download]

7. Surat Perjanjian Baiki Barangan [Download]

8. Surat Perjanjian Beli Kenderaan [Download]

9. Surat Perjanjian Consignment Barang [Download]

10. Surat Perjanjian Katering Sajian Makanan [Download]

11. Surat Perjanjian Kontrak Pengilangan Produk [Download]

12. Surat Perjanjian Pelaburan Perniagaan [Download]

13. Surat Perjanjian Pembinaan Website [Download]

14. Surat Perjanjian Penggunaan Barang [Download]

15. Surat Perjanjian Pinjaman Kewangan Cagaran [Download]

16. Surat Perjanjian Pinjaman Kewangan Tunai [Download]

17. Surat Perjanjian Rakan Kongsi Perniagaan [Download]

18. Surat Kebenaran Bawa Kenderaan [Download]

Download kesemua 18 Surat Perjanjian Popular -> [[Download]]

Sekadar berkongsi info. Boleh share info ini dengan kawan-kawan untuk kebaikan semua.

Semoga tiada lagi kisah sontot-menyontot berlaku lagi selepas ini..

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra