Sabtu, 18 Januari 2014

Mustafa Sate Bota masih 40 sen secucuk... Syukur Alhamdulillah..

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya berpeluang pergi membeli Sate di Mustafa Sate Bota... Dah lama sebenarnya teringin nak makan sate dekat Mustafa Sate Bota ini... Tapi masih belum lagi berkesempatan... 

Kali terakhir saya singgah ke kedai ini, kira-kira dua tahun lepas.. Sekali pergi kedai Mustafa Sate Bota tutup... Jadi, masa tu memang kempunan nak makan sate dekat kedai ini... Nak buat macamana, dah bukan rezeki saya masa tu... 

Sedikit Cerita tentang Mustafa Sate Bota

Mustafa Sate Bota suatu masa dahulu terkenal dengan harga sate yang murah... Ketika beroperasi di simpang empat Bota Kanan, kedai ini menjual sate pada harga 20 sen secucuk.. Masa tu memang berebut orang nak membeli sate dekat kedai ini... Setiap kali sampai sahaja ke kedai ini, pasti ramai yang beratur untuk membeli sate...


Kemudian kedai Mustafa Sate Bota di simpang 4 bota kanan telah ditutup... Setiap kali saya lalu dekat simpang 4 bota kanan, rasa kecewa sebab tak dapat nak membeli sate harga murah di Mustafa Sate Bota... 

Tidak lama kemudian, saya mendengar khabar Mustafa Sate Bota bukannya ditutup tetapi premis perniagaan mereka telah berpindah ke kawasan Titi Gantung, Bota Kiri.. 

Mendengar berita tersebut, saya pun carilah kedai ini apabila berkesempatan lalu ke kawasan tersebut... Dan benarlah bagai di kata... Cuma pada masa tu harga Sate di Mustafa Sate Bota telah dinaikkan kepada 30 sen secucuk.. 

Itu cerita beberapa tahun lepas... 


Berkesempatan membeli Sate di Mustafa Sate Bota

Seperti yang dijangka, apabila sampai dekat sana, saya dapati banyak kereta bersusun di tepi-tepi jalan kawasan Mustafa Sate Bota..  


Deretan kereta bersusun di tepi-tepi jalan berhampiran Mustafa Sate Bota

Melihat keadaan tersebut, isteri saya berkata "Kalau dah ramai sangat, tak payah beli pun tak per lah bang"..


Tetapi disebabkan dah sampai ke situ, memang rugilah kalau tak beli sate murah... ;)

Dah sah kena beratur ni... Beratur pun beraturlah...  Janji Rock.. 

Ramai pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli sate di Mustafa Sate Bota

Harga sate masih lagi murah berbanding sate yang dijual di kedai-kedai lain.. 

Senarai Harga Sate yang dijual di Mustafa Sate Bota:
  • Sate Ayam                = RM0.40
  • Sate Daging              = RM0.50
  • Sate Perut                = RM0.40
  • Sate Daging Cincang  = RM0.40
  • Sate Kambing           = RM0.60
  • Nasi Impit                = RM2.00

Semasa sedang beratur ada pelanggan yang berminat nak membeli nasi Impit... Tetapi sayangnya nasi Impit dah habis.. "Sekejap betul nasi impit dah habis".. Bisik hati kecil saya..

Mujur pula sate banyak lagi...

Walaupun terpaksa beratur panjang, tetapi servis ternyata memuaskan... Elok sahaja sampai Q, stok sate telah pun ada.. Tinggal nak dibungkus sahaja mengikut bilangan berapa  cucuk sate yang pelanggan mahukan... 

Ini disebabkan tempat membakar sate yang sentiasa produktif...

Tempat membakar Sate yang sentiasa produktif di Mustafa Sate Bota

Sebaik sahaja habis dibakar, pekerja akan segera membakar sate yang lain.. 

Tempat makan juga penuh... Tapi mujur pula saya membeli sate untuk dibawa pulang..  

Mustafa Sate Bota tidak beroperasi pada setiap hari... Waktu operasi cuma selama 4 hari sahaja seminggu, iaitu pada hari Khamis sehingga hari Ahad, bermula pada jam 5.00 petang hingga sepuluh malam.. 

Waktu berniaga Mustafa Sate Bota..

P/S: Di saat ramai orang memperkatakan tentang harga barang naik... Syukur Alhamdulillah, harga sate di Mustafa Sate Bota masih lagi murah.. ;) 


10 ulasan:

  1. saya pernah makan di sini sekali itu pada dua tahun yang lepas.kuah sedap satey memang mantap.

    BalasPadam
  2. Murah lagi la tu./.kat sini ada satu tempat tu 70 sen...nak makan pun fikir dua kali..hahaha

    BalasPadam
  3. Kalau kat KL jual semurah ni, alamatnya tercabutla tangan si pengipas sate. Huhu

    BalasPadam
  4. jika sedap dan murah sudah tentu akan menjadi tumpuan orang ramai...

    BalasPadam
  5. Memang kalau jumpa orang lembah klang makan kat sini confirm kena borong abis nie...

    BalasPadam
  6. wow, murah dah sangat tu bro, tmpt saya pun paling murah RM50 sen

    BalasPadam
  7. dah kurang sikit makan sate. haha..

    BalasPadam
  8. Dah lama tol tak makan sate...rindu pulak nak makan sate bila tengok org makan sate ni..hurmmm kalau rajin nak gi cari lah

    BalasPadam
  9. wahhh tiba tiba rasa nak makan sate
    tapi ini harga kira murah lah

    BalasPadam
  10. apa kelebihannya ya, sampai orang rame membeli seperti itu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra