Khamis, 26 April 2018

BISNES TUDUNG VS BISNES CENDERAHATI . Mana yang Lebih Masyuk??

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berdasarkan pemerhatian saya, dekat nak masuk bulan Ramadhan ni ramai orang sedang berusaha cari pendapatan tambahan untuk keperluan hari Raya. Cara paling mudah nak dapat side income ni adalah melalui perniagaan. 

BISNES TUDUNG VS BISNES CENDERAHATI . Mana yang Lebih Masyuk??
BISNES TUDUNG VS BISNES CENDERAHATI . Mana yang Lebih Masyuk??

Terdapat banyak peluang perniagaan di luar sana yang boleh anda ceburi untuk menambahkan pendapatan. Tapi, dalam artikel kali ni saya nak berkongsi berdasarkan pengalaman saya dan isteri saya yang pernah menceburi perniagaan menjual Tudung dan Menjual Cenderahati.

Secara teorinya, saya mendapati kedua-dua perniagaan ini boleh memberikan keuntungan yang lumayan sekiranya tahu tekniknya. 

Kisah Bisnes Tudung.

Kita lihat ramai usahawan yang menjalankan perniagaan tudung berjaya dengan perniagaan mereka. Sebagai contoh Naelofar Hijab, fareeda, Aidijuma, Radiusite, Owl by Nora Danish, Ariani, Cakenis, dan lain-lain. 

Secara teorinya, Bisnes Tudung ni boleh berjaya disebabkan:

1. Bisnes Evergreen

Tudung merupakan produk yang evergreen, disebabkan ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tingggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan.

Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringgit.

Malah, kalau takde modal langsung pun, masih boleh start dengan modal 0.. iaitu buat secara dropship!

Apa yang penting, kita kena tahu siapa target market kita dan tudung apa yang mereka suka beli & pakai. Bila kita tahu je perkara ni.. kita dah boleh start jual walaupun masih belum ada stok di tangan.


3. Tiada Tarikh Expired

Tudung ni adalah kategori produk tiada expired. Jadi, kita boleh simpan lama.
Tak seperti produk makanan, atau produk kosmetik. Kalau kita jual barang makanan, bila tak habis.. nak tak nak, kena buang. Kalau makanan kering, paling lama pun boleh tahan, mungkin dalam 1-2 tahun. Lepastu, ia akan rosak dan tidak boleh digunakan. Sama juga produk kosmetik, ada tarikh luput. 

Berbeza dengan tudung, ia tiada tarikh expired. 
Kalau rasa susah nak terjual sesuatu tudung tu. Kita boleh bagi harga diskaun atau buat sale. Tapi kalau masih tak terjual juga! Boleh jadikan sebagai produk free gift! Takdelah produk tu terbuang sia-sia.


4. Boleh Buat Dari Rumah!

Ini adalah kelebihan terbesar bisnes tudung. Especially untuk golongan suri rumah. Bisnes ni kita boleh buat dari rumah je. Jual pun secara online je. Pos barang pun tak perlu susah-susah gi pejabat pos, abang posmen boleh datang pickup barang. Memang mudah.


5. Produk Senang Jual.

Of course, jual tudung ni tak macam jual ubat kurus atau ubat putih kulit. Kena cerita panjang lebar dan tunjuk segala bukti dan testimoni bagai. 
Untuk jual tudung ni, cukup sekadar tunjuk gambar tudung yang dipakai oleh wanita dengan wajah yang ceria dan gembira, serta.. sedikit penerangan tentang jenis kain serta harganya. Memang mudah!. 


Secara teorinya nampak mudah nak menjalankan Bisnes Tudung. Tapi secara realitinya kena ada ilmu didada. Kena belajar daripada pengalaman mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini. Pengalaman itu terlalu mahal harganya.

Pengalaman adik ipar dan isteri saya Menjual Tudung

Untuk makluman, Isteri saya dan adik ipar saya pernah menjual tudung sebelum ni. Tapi setakat separuh jalan sahaja. Bukan disebabkan tudung tak laku. Tapi disebabkan tak cukup masa nak hasilkan tudung mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pasaran.

Kami tidak menjual tudung-tudung berjenama yang sedia ada dipasaran. Sebaliknya kami menjual tudung jenama kami sendiri..



Sumber : Nai'la By Zaika

Ya! Adik ipar saya dan isteri saya hasilkan tudung sendiri. Beli tudung kosong secara borong, kemudian Jahit sendiri, buat hiasan sendiri (jahit manik) dan kami jual sendiri dengan menggunakan jenama Nai'la By Zaika.

Tapi bila adik ipar saya dapat peluang bekerja di sektor kerajaan, dah tak ada orang yang nak tolong jahit manik-manik pada tudung. Tinggal isteri saya seorang memang tak sempat. Nak minta orang lain tolong jahitkan manik-manik pada tudung, risau kualiti tudung yang dihasilkan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh isteri dan adik ipar saya. 

Jadi, disebabkan beberapa faktor yang tak dapat nak diselesaikan, kami terpaksa menghentikan perniagaan tudung pada ketika itu.





Kisah Bisnes Cenderahati

Kisah kedua pula tentang kisah Bisnes Cenderahati

Alhamdulillah.. Bisnes ini masih lagi diteruskan sehingga sekarang. 

Sambutan bisnes ini cukup menggalakkan terutamanya ketika dah nak dekat Hari Guru.

Ramai ibu bapa sibuk mencari Hadiah hari Guru untuk anak-anak mereka.

Persatuan PIBG juga sibuk mencari hadiah hari guru untuk diberikan kepada guru-guru dalam persatuan PIBG sekolah.

Kelab-kelab guru juga tak kurang hebatnya. Cari hadiah hari Guru untuk guru-guru sekolah di kawasan sekitar daerah.

Persatuan Alumni sekolah juga turut cari hadiah hari guru sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah menumbangkan saja kepada sekolah. 

Sambutan hadiah hari guru memang cukup hebat! Sampai tak menang tangan dibuatnya untuk menyiapkan hadiah-hadiah hari guru yang ditempah oleh para pelanggan. Sebagai contoh boleh tengok dalam gambar di bawah:


Contoh-contoh Tempahan hadiah hari Guru 2018. 

Dalam beberapa hari ni rezeki melalui Bisnes Cenderahati tak putus-putus. Sehingga saya sendiri tak ada masa nak update blog... Huhuhu...

Tapi takperlah... Mungkin ini salah satu ketentuan Allah S.W.T. bahawa Rezeki kami ada di sini...

Berbalik kepada soalan yang ditimbulkan di awak entri ini..

BISNES TUDUNG VS BISNES CENDERAHATI . Mana yang Lebih Masyuk??



Saya rasa, anda sudah mengetahui apa jawapannya berdasarkan pengalaman saya.

Ini berdasarkan pengalaman saya. Lain orang lain pengalamannya. Lain orang lain rezekinya.

Setiap manusia yang ada di muka bumi ini Allah dah tentukan yang mana rezeki terbaik untuk mereka.

Jadi mungkin rezeki anda tak sama dengan rezeki saya. Yang penting kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang terbaik untuk diri kita.

Antara pautan-pautan yang boleh saya cadangkan untuk anda sebagai rujukan untuk membantu anda membuat bisnes adalah seperti berikut:


Boleh klik satu persatu pautan yang saya senaraikan di atas, dan cuba cari bisnes yang paling sesuai untuk diri anda. 

Saya yakin, dalam 6 contoh bisnes yang saya senaraikan di atas pasti ada sekurang-sekurangnya satu bisnes yang boleh membantu anda untuk menghasilkan side income yang lumayan.

Good Luck!!

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.



3 ulasan:

  1. Mana-mana bisnes pon kalau kene cara memang boleh menguntungkan. Cuma kita jangan malas untuk pasarkan dan kawal kewangan atau bajet perniagaan.

    BalasPadam
  2. tahniah tuan...

    kerana mempunyai keupayaan untuk berbisnes online demgan baik dan hebat

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra