Ahad, 23 Oktober 2016

Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bajet 2017 baru sahaja dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 21 Oktober 2016 yang lalu.

Selepas pembentangan Bajet dilakukan, terdapat pelbagai respon positif dan negatif daripada pelbagai pihak. Seperti biasa ada bahagian yang kita rasa seronok di dengar, dan ada juga bahagian yang kita rasa kurang seronok untuk di dengar.

Bagi saya itu lumrah. Bukan senang nak mengendalikan ekonomi sesebuah negara yang dapat memuaskan hati semua pihak. Dapat bagi bonus sikit, dapat jaga kebajikan rakyat, dapat jaga kebajikan keluarga dan anak-anak... itu pun dah kira bersyukur dah. Kalau nak dibandingkan dengan rakyat di sesetengah negara lain, masih banyak lagi keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sebenarnya ada banyak perkara yang saya nak ulas tentang Bajet 2017 kali ni.. Tapi dalam entri ni saya nak fokus kepada Touchpoints Bajet 2017 di muka surat yang ke 3... Tentang menjana pendapatan rakyat


Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber

Bagi saya ia merupakan  satu isu yang menarik untuk diperkatakan.. Sila baca pada nombor 24.


Touchpoint Bajet 2017, Muka Surat 3
Sumber : Touchpoint Bajet 2017, Muka Surat 3

"Menggalak B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu ride-sharing seperti UBER. Bagi yang tiada kenderaan, pendahuluan boleh di bayar menggunakan BR1M & rebat sehingga RM4,000 bagi membeli Proton Iriz"


Keseluruhan Touchpoint Bajet 2017, Muka Surat 3

Salah satu inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat dalam kategori B40 (penerima BR1M) dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan. 


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam bajet 2017
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam bajet 2017

Susulan daripada pengumuman bajet 2017 ini... pada hari ini saya terbaca 3 iklan pemandu UBER menerusi akaun facebook saya... 

"Hmmm.. Cepat betul mereka bertindak.. Baru pihak kerajaan umumkan, terus banyak iklan Uber keluar" Bisik hati kecil saya


Iklan 1 : Pemandu UBER di Facebook

Iklan 2 : Pemandu UBER di Facebook
Iklan ke 3 : Pemandu Uber di facebook

Kepada mereka yang berminat nak buat side Income dengan UBER, saya nasihatkan cari dulu ilmu.. Terutamanya bagi golongan B40.. Ada cara yang lebih mudah nak dapatkan side income bersama Uber... selain daripada menjadi Driver UBER...

Pengesahan daripada pihak Uber yang saya terima melalui email

Alhamdulillah... Sekarang saya dah berjaya menjadi seorang Pemandu UBER... Selepas ni bolehlah saya buat side income bersama UBER.. 

Dan berikut pula merupakan beberapa orang yang telah mengikut jejak langkah saya mendaftar menjadi pemandu UBER...



Apa yang menariknya jadi pemandu UBER ni?

Ada beberapa ganjaran yang disediakan oleh pihak syarikat terhadap pemadu UBER...

Contohnya macam dalam email yang saya dapat baru-baru ni...

Peluang memenangi Baucher Percutian di Hotel 5 Bintang.

Peluang memenangi Baucher Percutian di Hotel 5 Bintang.... Dengan syarat melengkapkan sekurang-kurangnya satu trip perjalanan dalam tempoh 5 Disember hingga 1 Januari 2016..

<KLIK DI SINI> untuk mendaftar jadi pemandu UBER.. Dah daftar nanti Whatsapp saya di nombor 01138221589 

14 ulasan:

  1. Introducer UBER pun meraih pendapatan yang lumayan juga ni

    BalasPadam
  2. menarik nak tengok hasil pembentangan bajet ini nanti :)

    BalasPadam
  3. Semoga bener-bener terealisasikan hal tersebut...

    BalasPadam
  4. Tak dapat nak buat part time pemandu uber...kereta dah lebih umur huhu

    BalasPadam
  5. kereta saya dah tua..tunggu beli kereta ninja king dulu..boleh fikir juga nanti

    BalasPadam
  6. Jadi pemandu Uber memang boleh jana pendapatan. Cuma kesian juga la dengan pamandu teksi, makin banyak persaingan. Kalau kat tempat saya, berbaris teksi tunggu pelanggan sampai jalan jadi jem.

    Dulu sebelum Uber, GrabCar, ni semua belum popular... tak ada sampai macam ni.

    Yang susahnya pemandu biasa macam kita. Terpaksa hadap jalan jem.

    BalasPadam
  7. Apa lg..krajaan pn sdh support..bleh la jd pmandu uber..

    BalasPadam
  8. Wow..banyak juga boleh dapat tu :)

    BalasPadam
  9. seorg PM tak sepatutnya cadangkan benda ni. tapi apaboleh buat kan. kita ni tak boleh nak kawal ekonomi negara, tapi ekonomi keluarga bolehlah cuba uber ni

    BalasPadam
  10. Uber adalah trend yang tidak boleh dihentikan. Pemandu teksi perlu fikir mcm mna utk meningkatkan mutu servis mereka utk memikat pelanggan mereka.

    BalasPadam
  11. kesian jugak pada pihak teksi..makin kelam la industri teksi lepas ni..

    pasti banyak bagi impak kalau dah PM pun promo uber dalam bajet 2017..kalau dah ramai buat uber dan banyak untung maybe lepas ni dikenakan cukai untuk pemandu uber plk kot..haha

    BalasPadam
  12. Selagi ada peluang kita kena raih. lumayan juga pendapatan driver uber ni...boleh jadi lebih besar pendapatannya dari kerja biasa.

    BalasPadam
  13. Selagi ada peluang kita kena raih. lumayan juga pendapatan driver uber ni...boleh jadi lebih besar pendapatannya dari kerja biasa.

    BalasPadam
  14. jangan menunggu datangnya rezeki tapi raih rezeki tersebut, dan ini merupakan peluang yang menjanjikan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra