Selasa, 30 Ogos 2016

Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya"

with 6 comments
Versi Lama:
"Tak sangka, dia ni bekas pelajar Politeknik rupanya.... Patutlah nampak Hebat semacam jer"

Versi Baru:
"Tak sangka, dia ni bekas pelajar Politeknik rupanya.... Patutlah nampak Hebat semacam Tau"

Inilah bisikan hati kecil saya semasa sedang membaca sebuah buku bertajuk "Bagaimana Bankrup menjadikan Aku Kaya". 

Buku setebal 400 muka surat ini menceritakan tentang kisah Hidup Hafiz Mansor, seorang graduan Politeknik yang telah melalui pelbagai dugaan dalam kehidupan beliau, sehingga pernah diiishtiharkan bankrup/muflis... 

Namun begitu, atas usaha gigih dan tidak berputus asa, menjadikan beliau antara usahawan muda yang semakin dikenali pada hari ini.

Sumber : Klik Di Sini


Serius.... Saya kagum dengan pencapaian beliau... Dan yang best sekali... Inilah buku pertama hasil tulisan Graduan Politeknik yang pernah saya baca. Walaupun cara penulisan agak bersahaja... tapi not bad, sesuai untuk di baca oleh semua lapisan masyarakat.. cuma saya tak galakkan anak-anak di bawah umur 18 tahun untuk membacanya... takut terikut-ikut cara penulisan beliau ketika menjawab kertas Bahasa Melayu penulisan UPSR, PMR dan SPM.. sekali korang terikut cara penulisan beliau, memang hancurlah markah penulisan Bahasa Melayu korang... 

Graduan Politeknik pun boleh menulis buku.... Ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjaya, asalkan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu perkara...

ok.... Sebelum saya menulis lebih panjang tentang kisah Hafiz Mansor... Terlebih dahulu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak Eda kerana telah menghadiahkan buku ini kepada saya, sebagai tanda ucapan terima kasih setelah saya tolong promosikan Homestay beliau di Gambang, Pahang

Untuk makluman semua, Kak Eda merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu. Setakat ini kami belum pernah berjumpa. Kami kenal secara online melalui kawan saya yang bertugas di sana. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Kak Eda, bolehlah membaca iklan homestay beliau menerusi link berikut -> Homestay di Gambang 

Ok... Berbalik semula kepada buku Bankrup Menjadikan Aku Kaya yang kak Eda hadiahkan kepada saya.


Rasa seronok sangat bila terima buku ini sebagai hadiah...

Pemberian hadiah sebuah buku yang ditulis oleh graduan Politeknik daripada seorang staf politeknik kepada saya seorang Cleaner Homestay.

Anggaplah ini sebagai hadiah hari guru untuk saya pada tahun ini... Walaupun hari guru dah lebih 3 bulan lama berlalu... belated.. ok kan?  ;)

Kisah tentang kehidupan Hafiz Mansor Sebelum Bergelar Graduan Politeknik

Sejak kecil lagi Hafiz Mansor ni dah pandai berdikari. Minat beliau untuk berniaga dah ada sejak di bangku sekolah lagi. Semasa di sekolah rendah beliau pernah menjual kacang goreng, kacang putih pedas, Kad untuk berkenalan (macam bisnes kad tapi versi kanak-kanak dan remaja), jual sticker yang ada gambar watak Disney dan Animasi Jepun, jual satay  dan lain-lain. 

Asal sahaja ada benda yang dia rasa boleh jual, dia akan jual. Termasuk mencari ikan disawah dan jual ikan tersebut.  Dia jadi macam tu sebab rasa takut nak minta duit daripada ayah beliau. Jadi, dia berusaha cari duit sendiri untuk beli mainan dan keperluan lain yang kawan-kawan seusia dia boleh minta daripada emak dan ayah masing-masing.

Selain itu, Hafiz mansoor juga mempunyai bakat dalam bidanh lukisan termasuk melukis poster. Bakat beliau terserlah apabila pernah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan melukis poster anti dadah di peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri dalam pertandingan Melukis Poster di peringkat kebangsan.  

Beliau juga pernah menyertai pertandingan melukis poster animasi Disney Monster Inc yang dianjurkan oleh The One Academy College Sunway. Hadiah utama yang ditawarkan dalam pertandingan tersebut berupa biasiswa RM50,000 untuk pemenang tempat pertama. 

Dalam pertandingan tersebut, Hafiz Mansor mendapat tempat ke empat daripada beratus peserta dan berjaya memenangi biasiswa bernilai RM10,000 untuk sambung belajar dalam Diploma Lukisan dan Ilustrasi lepas SPM di kolej berkenaan.

Tapi ayah beliau tidak suka dengan bidang yang Hafiz Mansor minati. Ayah Hafiz Mansor mahu beliau belajar di UiTM atau Politeknik. Jadi atas kehendak ayah beliau, Hafiz Mansor telah memohon UiTM dalam jurusan Rekabentuk dan Politeknik dalam jurusan Elektronik Perubatan. 
"Aku hanya diam dan menunggu keputusan. Aku bagi tau nak masuk The One Academy tapi abah tak bagi selagi belum dapat keputusan dari UiTM dan Politeknik."
Nak dipendekkan cerita... Akhirnya Hafiz Mansor mendapat tawaran menyambung pengajian di Politeknik Shah Alam dalam Jurusan Diploma Elektronik Perubatan.

Betapa gembiranya ayah beliau apabila mendapat tahu berita tersebut... Walaupun berat di hati Hafiz Mansor untuk belajar di Politeknik dalam bidang yang tidak diminati, tetapi dia gagahkan juga demi untuk menjaga hati dan keinginan ayah beliau.   

Sepanjang belajar di Politeknik, Hafiz Mansor pernah buat bermacam-macam bisnes untuk cari duit poket. Antaranya ambil upah lukis muka kawan-kawan, buat bisnes T-Shirt, jual maggie dan mengambil upah gunting rambut di hostel.

Buat bisnes T-shirt memang menguntungkan pada permulannya.. Tetapi beliau mengalami kerugian setelah ditipu oleh pemilik kilang cetak baju dengan anggaran kerugian hampir RM1000.

Selepas rugi dalam bisnes T-Shirt, beliau terjebak pula dalam MLM. Dengan kos permulaan sebanyak RM2,000 yang ditaja oleh upline beliau setelah memperkenalkan 5 orang downline. Akhirnya Hafiz Mansor menjadi seorang ejen MLM yang berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Dari pangkat Manager sehingga menjadi Diamond Manager.

Tetapi beliau tidak dapat bertahan lama dalam Bisnes MLM. Hafiz Mansor meninggalkan bisnes MLM, selepas upline beliau mengambil kesempatan untuk memperalatkan beliau demi menjaga kepentingan pangkat masing-masing. Disebabkan tidak mahu terus diperalatkan oleh Upline, Hafiz Mansor terus meninggalkan kerja part time yang pernah memberikan pendapatan sehingga 5 angka sebulan.

Sebenarnya ada lagi kisah suka-duka Hafiz Mansor sepanjang beliau belajar di Politeknik Shah Alam yang turut dikongsikan  dalam buku ini... tapi saya tak larat untuk menceritakan kesemuanya... kalau anda berminat nak tahu, saya syorkan anda baca sendiri buku ini.


Sumber : Klik Di Sini


Dugaan Hafiz Mansor menjadi semakin Hebat Setelah Bergelar Graduan Politeknik.

Hafiz Mansor berjaya menamatkan pengajian dalam Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan dari Politeknik Shah Alam pada tahun 2006.

Selepas tamat pengajian dari Politeknik, Hafiz Mansor buat kerja sambilan dalam bidang yang diminati iaitu dengan melukis komik di Karangkraf untuk Majalah JOM. Melalui pekerjaan tersebut, beliau dibayar gaji RM400 sebulan bergantung kepada hasil kerja. Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat melakukan kerja tersebut selama beberapa bulan sahaja... Beliau telah berhenti kerja secara automatik setelah majalah JOM ditutup kerana tidak dapat menanggung kos operasi syarikat. 

Ternyata beliau sangat sedih pada ketika itu, kerana tidak dapat meneruskan kerja yang selari dengan minat beliau... Iaitu melukis. 

Pada kali ni beliau nak cuba mencari pekerjaan dalam bidang kelulusan yang beliau miliki iaitu Diploma Elektronik Perubatan. Lalu beliau pun menghantar Resume, dan salinan sijil-sijil lama ke dua buah syarikat berkaitan service peralatan hospital. Beliau dipanggil interview oleh kedua-kedua syarikat. Tapi sayangnya beliau gagal untuk mendapatkan kedua-dua pekerjaan yang ditawarkan tersebut, disebabkan  syarikat memerlukan orang yang lebih berpengalaman.

Jadi, sementara sedang mencari pekerjaan yang lebih baik, Hafiz Mansor mengikuti rakan serumah beliau bekerja dengan Kuzi Katering. Dapat lah sedikit duit poket dan dapat bawa balik makanan untuk alas perut. Tapi pendapatan yang diperolehi tak konsisten. Bila ada tempahan untuk majlis atau kenduri, adalah duit gaji.. Kalau takder, takderlah duit gaji. Biasanya kenduri atau majlis kahwin diadakan pada hujung minggu sahaja. Jadi, dalam masa yang sama juga beliau buat kerja partime sebagai pengawal peperiksaan bagi pegawai bank yang nak naik pangkat. Itupun dilakukan pada setiap hari minggu.

Pekerjaan seterusnya yang diceburi oleh Hafiz Mansor ialah pelayan di Restoran Ani Sup Utara. Di situ Hafiz Mansor melaksanakan kerja-kerja seperti mop lantai, turunkan kerusi, lap meja, lap cermin, letak tisu dan ambil order. Semasa bekerja di Restoran tersebut, beliau kerap diperli oleh rakan sekerja... 

"Ada diploma. Last-last kerja dengan kita yang tak belajar”. Antara kata-kata perlian yang sering memanaskan cuping telinga Hafiz Mansor. Walaubagaimanapun, Hafiz Mansor boleh menahan sabar dengan perlian tersebut, demi untuk mencari rezeki yang halal.

Jual Burger di Asrama Politeknik Shah Alam pada sebelah malam.

Kalau dah otak memang suka berniaga, tak sah kalau tak berniaga... Asal ada peluang jer mesti dia nak berniaga. Siang bekerja sebagai Pelayan di Restoran Ani Sup Utara sehingga pukul 5 petang... Malam pula berniaga burger dalam asrama Politeknik Shah Alam (PSA). 

Lepas balik kerja, beliau terus ke dapur rumah dan masak burger dan kemudian bungkus semua burger yang telah siap di masak. Hafiz Mansor dan rakan beliau berjaya masuk hostel pada waktu malam untuk menjual burger dari bilik ke bilik.

Bagi saya inilah babak-babak yang paling best sekali diceritakan oleh Hafiz Mansor dalam buku ini.

"Jual burger dalam hostel politeknik tanpa kebenaran... Kemudian Kantoi dengan Warden asrama... Siap bagi tahu lagi nama Warden tu... Yang buat saya rasa nak tergelak, sebab saya kenal warden tu... hahaha...."

Dah kantoi sekali, tapi tak serik lagi.. Keesokan harinya datang lagi jual burger... Tapi Kantoi lagi... Bila dah kantoi pandai pulak menjawab... Itu yang rasa kelakar tu... Kalau dah nama student Politeknik, mana yang hati kering tu memang kering betul... Tak dinafikan... 

Bila tak makan saman setelah diberi amaran oleh warden dan ketua asrama. Kena bawa pula jumpa ketua warden. Masa ni baru makan saman sikit. Itupun sikit sangat, tak banyak.. Tak bagi berniaga burger dalam hostel, berniaga burger di luar hostel pula... Huhuhu... Memang gigih betul Hafiz Mansor ni dalam mencari rezeki...

Selepas berhenti daripada menjual burger, terdapat bermacam-macam pekerjaan dan bisnes lagi yang Hafiz Mansor buat... Antaranya..
..
.. 
Kerja dikedai handphone dengan gaji basic sebanyak RM500
..
..

Jual Streamyx di Maybank Sri Serdang.
..
..

Terlibat dalam bermain saham internet. 
..
..
Jual Streamyx didalam Mines Shopping Mall di Balakong.
..
..
Menjual Streamyx di IOI Mall Puchong. 
..
..
Menjual Sand Art ketika event sukaneka, hari terbuka dan pasaraya Giant
..
..
Menjual barang jamu dan produk seks seperti Sensaoil, minyak lintah, krim, cincin, goji dan pump.
..
..
Menyertai group  HMEO (Help Muslim Each Other).
..
..
Mula membuat Loan untuk mengembangkan perniagaan..
..
..
Buat loan kereta, apply Kad Kredit bejumlah RM10k.
.
.
Buat pinjaman mikro dari Ambank sebanyak RM30k.
..
..
Mohon kad kredit MBF RM3k.
..
..
Dua cawangan handphone ditutup di Bandar Mahkota Cheras dan .....
..
..
Buat bisnes kereta sewa di Shah Alam dengan pelaburan (hutang) membeli 2 buah Viva dan 1 biji Saga BLM.
..
..
Bisnes kereta sewa lingkup. Bayaran Kereta tertunggak hampir 3 bulan, saman trafik beribu-ribu dan saman MBSA beribu-ribu.
..
..
Buat pinjaman lagi kali ni dengan CIMB bank tapi hanya dapat Kredit Kad sahaja bernilai RM10k.
..
..
Mohon pinjaman dengan PUNB - dapat pinjaman RM100k.

dan terdapat bermacam-macam kisah dan pengalama lagi yang dikongsikan oleh Hafiz Mansoor dalam buku ini sehingga akhirnya beliau diisytiharkan bankrap/muflis.

Peristiwa paling menyedihkan, bila beliau diisytiharkan bankrap, awek beliau pun mula menjauhkan diri daripada beliau..

“AKU BALIK DARI CHINA TERUS BANKRUP. DAH LA BANKRUP, AWEK BLAH PULAK.”

Serius... Memang kesian... Masa tu akaun Cimb beliau kena freeze termasuk 3 akaun Maybank.

Beliau Cuba selesaikan masalah dengan memohon pinjaman Tekun.. Akhirnya dapat cek RM10k. Malangnya cek yang diperolehi tak dapat nak ditunaikan sebab nama dah kena blacklist akibat bankrup.
..
..
Siapa sangka... Orang yang dah bankrap seperti Hafiz Mansor mampu bangkit semula bersama jenama CoolHijab... Kalau saya nak cerita tentang perjalanan Hafiz Mansor membangunkan CoolHijab ni rasanya 3 hari 3 malam pun tak habis...  hahaha bergurau...  tapi serius lama... 

"Bila beliau fokus betul-betul pada CoolHijab, hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja beliau mampu kumpul jualan ratusan ribu ringgit. Bankrup bukan alasan untuk beliau terus mengalah tetapi buat beliau lebih kreatif, bersyukur dan kembali kepada Allah S.W.T."

Hafiz Mansor dah pernah merasa betapa sukarnya kehidupan yang pernah beliau lalui sebelum ini... Sebolehnya beliau tidak mahu ada orang lain yang mengikut jejak langkah kegagalan beliau.. termasuk jadi muflis yang cukup ditakuti oleh ramai usahawan. Jadi, dalam buku ini beliau ada kongsikan beberapa tips yang telah beliau praktikkan untuk keluar dari masalah hutang.. dan dalam masa yang sama dapat menjadikan diri kita sentiasa di murahkan rezeki. In Shaa Allah..  Amin.. 

Sumber : Klik Di Sini

nak tahu secara detail tentang isi kandungan buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya", kenalah baca sendiri..

Nak dapatkan buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya" sebagai koleksi peribadi? Sila Klik link di bawah:


Semoga kisah kehidupan Hafiz Mansor ini dapat dijadikan sebagai sumber Inspirasi kepada graduan politeknik dan juga gradua IPT yang lain... Bukan senang nak berjaya kalau setakat acah-acah ajer...  Kalau Hafiz mansor boleh berjaya, anda juga pasti boleh! 

P/S: Bila ada orang tanya, awak berlajar dekat mana? ... Sila Jawab dengan wajah yang ceria...  "Belajar dekat Politeknik Tau!".. Hehehe... ;)


6 ulasan:

  1. Memang boleh tahan panjangnya tuan.. Saya tunggu tuan tulis buku pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum pernah menulis buku.. tapi saya pernah menulis dua buah ebook... nak baca ebook yg saya tulis, boleh baca pada page Siapa saya?

      Padam
  2. menarik kisah perjalanan orang yg tak pernah berputus asa ni..ayat dia mmg selumber..

    BalasPadam
  3. Kan..memang gigih betul Hafiz Mansor ni.. dah gagal banyak kali, tapi tetap tak berputus asa..

    BalasPadam
  4. hebatnya beliau... setiasa kuat berusaha dan tak putus asa

    BalasPadam
  5. Memang memberi inspirasi sungguh perkongsian beliau. Terbaik.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra