Ahad, 18 September 2016

17 Langkah Memulakan Bisnes - Dr Azizan Osman

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 16 September baru-baru ini sempena Hari Malaysia, saya berpeluang menonton rancangan Hijrah Usahawan #HijrahUsahawan dalam TV Al Hijrah pada tarikh dan masa seperti berikut:
  • Rancangan : Hijrah Usahawan
  • TV : TV AlHijrah
  • Tarikh : 16 September 2016
  • Hari : Jumaat 
  • Masa : 11.30 pagi
  • Tajuk : Langkah Memulakan Bisnes 
  • Penceramah/Panel Jemputan: Dr Azizan Osman 
  • #HijrahUsahawan
Dr Azizan Osman Hijrah usahawan
Hijrah Usahawan #HijrahUsahawan dalam TV Al Hijrah bersama Dr Azizan Osman
Dalam rancangan TV yang berlangsung selama setengah jam ini sarat dengan info/tips berguna yang cukup bermanfaat kepada penonton, terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. 

Dalam Episod kali ini, Dr Azizan Osman memberikan tips 17 Langkah Memulakan Bisnes

17 Langkah Memulakan Bisnes - Dr Azizan Osman

1# Mulakan bisnes dengan apa yang kita ada

2# Cari Peluang atau masalah

3# Cari advantage orang yang ada di sekeliling kita

4# Serlahkan bakat/kepakaran yang kita ada

5# Buat perkara/bisnes yang anda suka/minat

6# Elakkan buat pinjaman untuk berniaga.
- Pinjam bila dah kaya nanti. Pinjam dengan banyak untuk mengembangkan lagi perniagaan.

7# Jangan Berhenti Kerja
Boleh berhenti kerja apabila pendapatan bersih yang diperolehi dalam perniagaan bersamaan dengan minimum 3 hingga 5 kali ganda gaji bulanan kita dengan pekerjaan sedia ada sekarang 

8# Memulakan dengan bisnes yang tidak memerlukan kedai
Mulakan Bisnes dari rumah atau bisnes Internet. Tak perlu sewa kedai

9# Tidak perlu menyimpan stok yang banyak

10# Mulakan berniaga sebagai Dropship/ejen

Dr_Azizan_Osman_Hijrah_usahawan










11# Cari ilmu Perniagaan dan Pemasaran

12# Luaskan rangkaian/Networking
- Kualiti kawan kita akan menentukan kualiti diri kita

13# Belajar daripada Pesaing
- tengok apa yang pesaing kita buat. Tiru apa pesaing kita buat dan berusaha untuk buat lebih baik daripada mereka

14# Jangan terlalu ikut kehendak sendiri
- keluarkan produk ikut apa yang pasaran nak. Bukan keluarkan produk apa yang kita nak
Dr_Azizan_Osman15# Tuliskan Matlamat Perniagaan 
- Tuliskan matlamat perniagaan Harian, Mingguan, Bulanan, dan Tahunan. Suapaya kita mempunyai sasaran dalam menentukan hala tuju perniagaan kita.

16# Jaga Aliran Tunai

17# Berniaga dengan cara yang betul 
- Daftar Syarikat, Bayar Cukai, dan bayar zakat

Ok lah... Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. 

Nak tahu lebih lanjut tips Hijrah Usahawan yang seterusnya, jangan lupa menonton TV Al-Hijrah pada jam 11.30 pagi pada hari Jumaat minggu hadapan. Salam kejayaan daripada saya. Semoga bermanfaat.

Info Berkaitan:




2 ulasan:

  1. Banyak tu tips yang tuan Anuar kongsikan.
    Semoga bermanfaat untuk mereka yang nak mulakan perniagaan.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra