Jumaat, 28 April 2017

10th FIRA Malaysia Cup 2017 pada 14-19 Mei 2017 di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS),

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 14 hingga 19 Mei 2017, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah terpilih sebagai tuan rumah dalam pertandingan 10th FIRA Malaysia Cup 2017 
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Comel tak?


"Nota : FIRA merupakan singkatan kepada (Federation of International Robot-soccer Association)"

Pertandingan  Malaysia Cup 2017, atau sebutan mudahnya Pertandingan Robot Bola Sepak peringkat Kebangsaan ini akan melibatkan 6 kategori iaitu:
  1. Kategori : Mirosot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)
  2. Kategori : Hurosot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)
  3. Kategori : Androsot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)
  4. Kategori : Robosot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)
  5. Kategori : Simurosot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)
  6. Kategori : Mybot (Klik Di Sini untuk baca syarat dan peraturan pertandingan)

Dalam Pertandingan FIRA Malaysia Cup sebelum-sebelum ini, pertandingan ini biasanya disertai oleh Universiti-universiti tempatan dan Politeknik-politeknik seluruh Malaysia.

Berikut merupakan gambar beberapa Robot milik tuan rumah (PSIS) yang pernah bertanding dalam edisi-edisi pertandingan FIRA Malaysia Cup sebelum ini.

1. Robot kategori ANDROSOT 

2. Robot Kategori MYBOT 

 3. Robot Kategori ROBOSOT 

4. Robot Kategori MIROSOT 

5. KATEGORI SIMUROSOT

Amacam... Nampak menarik tak?

Para pemenang dalam pertandingan ini nanti secara automatik akan mewakili Malaysia dalam kejohanan FIRA peringkat dunia yang akan dianjurkan di negara............. 

Kejohanan Fira peringkat dunia pada tahun lepas diadakan di negara China.. Tahun ni... Tunggu...

Berikut pula merupakan logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Comel tak logo-logo ni..

Logo ini bertemakan PSIS Go Green. Salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh PSIS dalam masa terdekat ini. Doakan kejayaan kami dalam penganjuran 10th FIRA Malaysia Cup 2017.

Dalam masa yang sama, saya mengambil peluang ini untuk menjemput anda datang beramai-ramai ke Politeknik Sultan idris Shah (PSIS) bagi memeriahkan pertandingan 10th FIRA Malaysia Cup 2017 yang akan diadakan pada 14 hingga 19 Mei nanti.

Selain pertandingan robot, turut juga diadakan aktiviti-aktiviti lain seperti:
Gerai-gerai jualan
Dll

Jom sama-sama kita saksikan aksi-aksi robot ini di atas gelanggang, disamping menikmati kemeriahan penganjuran pertandingan ini nanti.

Untuk maklumat lanjut, atau sekiranya ingin mendapatkan info-info terkini berkaitan 10th FIRA Malaysia Cup 2017, bolehlah layari portal rasmi kamin menerusi pautan berikut:
-> http://fira.psis.edu.my

9 ulasan:

  1. Benda yang baru dan menarik nie..mesti best giler

    BalasPadam
  2. awesome! makin menarik industri pendidikkan malaysia harini

    BalasPadam
  3. Makin lama makin canggih. Sampai robot pun main bola. Siap ada kejohanan. Dah teringat plak citer kartun Big Hero 6. Tu pun ada cerita robot2 berlawan tapi bukan bola la hehe. Ingatkan kartun je. Rupanya realiti pun ada.

    BalasPadam
  4. Memang best kalau bijak bab teknikal robotik ni..
    Menguji tahap IQ yang tinggi
    Aha, comel2 logo tu :)

    BalasPadam
  5. Selalu jugak tonton rancangan perlawanan robot ni kat AXN
    Lupa dah nama rancangan tu.. tak mustahil suatu masa nanti boleh ada robot macam Chappie tu..

    BalasPadam
  6. Insyaallah saya sertai FIRA kali ini... dah dua kali join FIRA

    BalasPadam
  7. adik saya pernah masuk pertandingan macam ini. Nampak senang huhu..bila tanya gigih jugak ..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra