Selasa, 12 April 2011

Projek Pelajar Semester Akhir Bah. 6 (Projek JKA dan Minibike )

with 18 comments
Bahagian Akhir Siri Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011..

Dalam Karnival Inovasi ini, selain Robocon dan Go-Cart terdapat juga pameran projek semester akhir dari Jabatan Kejuruteraan Awam..

Terdapat 2 projek pelajar semester akhir dari JKA yang menarik minat saya iaitu:-
  1. Penggunaan Kulit Pokok Rumbia sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding
  2. Konkrit yang boleh terapung..
 Mari kita lihat satu persatu..


Penggunaan Kulit Pokok Rumbia sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding

Pokok Kulit Rumbia merupakan antara tanaman yang popular di Mukah Sarawak.. Pokok ini banyak kegunaannya.. Kegunaan utama pokok ini adalah menghasilkan Sagu dan tempat pembiakan ulat "Siet"

Gambar Pokok Rumbia..

Daun pokok ini boleh digunakan untuk membuat atap, penyapu lidi dan kraftangan..
Isi pokok ini boleh digunakan untuk membuat sagu, tepung kanji dan makanan asasi kaum peribumi (seperti Linut dan Tebaloi)
Pelepah pokok Rumbia boleh digunakan untuk membuat rakit, alat permainan dan kraftangan..
Boleh dikatakan semua bahagian yang terdapat pada pokok rumbia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan tertentu.. Kecuali Kulit pokok rumbia yang biasanya dibuang, dijadikan bahan bakar, alas jalan becak dan arang putih..
Justeru itu, para pelajar ini dengan usaha bersama penyelia mereka, Cik Norsida Binti Morsidi telah membuat kajian untuk menjadikan kulit kayu rumbia ini sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding.. 
Gambar Kulit kayu Rumbia asal dan selepas di buat kajian untuk bahan kemasan dinding..

Sebahagian besar struktur kulit kayu rumbia ini lembut dan tidak memenuhi pawaian kayu untuk digunakan sebagai bahan kemasan dinding..

Jadi untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, para pelajar ini telah malakukan proses "laminated" iaitu dengan mencantumkan (gam) 2 lapisan bahagian keras kulit pokok ini..  

Rajah asal kulit kayu Rumbia dan kulit kayu rumbia selepas di "laminated"
(Rujuk 4 bongkah kayu rumbia "berdiri" yang terletak di tengah-tengah gambar)

Prototaip yang telah dihasilkan dalam bentuk Parket..

 Sekumpulan pelajar ini berjaya menghasilkan projek ini dengan jayanya.. Prototaip yang dihasilkan dalam bentuk Parket telah pun diuji.. Dan didapati ianya berjaya memenuhi tahap piawai yang ditetapkan dari segi ketahanan dan kekuatan untuk dijadikan bahan kemasan dinding..

Konkrit Yang Boleh Terapung..
Secara logiknya konkrit (simen + pasir) tidak dapat terapung di atas permukaan air disebabkan ia mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air..
Tetapi dengan campuran bahan tertentu (polisterin) membolehkan konkrit ini terapung di atas permukaan air..
Mungkin ada di kalangan anda pernah menonton rancangan Dokumentari tentang rumah terapung di saluran Astro Discovery.. Jadi kalau ada apa-apa maklumat yang ingin dikogsikan, boleh tinggalkan komen di ruangan komen yang disediakan..
Gambar Prototaip konkrit terapung yang telah berjaya dihasilkan.. Diuji..

Cara menghasilkan konkrit terapung..

Mungkin ada dikalangan anda yang bercita-cita untuk membuat rumah terapung untuk dihadiahkan kepada si dia sebagai istana cinta.. ;).. Diharap info yang tidak seberapa ini bermanfaat buat anda..

Cara nak buat konkrit terapung ni nampak macam mudah untuk ditulis.. Tapi mungkin bukan mudah untuk menghasilkannya.. Ianya bermula dengan membuat acuan.. Kemudian masukkan konkrit ke dalam acuan.. seterusnya masukkan polisterin.. Dan akhir sekali dilapis dengan konkrit semula..

Senang cerita kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang semuanya konkrit.. Cuma dibahagian dalamnya sahaja politerin.. ;)

Selain daripada dua projek ini, terdapat juga projek lain yang turut dipamerkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Awam sempena Karnival Inovasi ini..


Projek-projek lain yang turut dipamerkan oleh pelajar-pelajar semester akhir JKA..

Mini Bike yang dipamerkan oleh pelajar semester akhir Jab. Kej. Mekanikal..


Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut keseluruhan Karnival Inovasi Robocon dan Go-Kart 2011, sila layari blog http://sembanghari2.blogspot.com/ 

Jumpa lagi di lain waktu..

Admin Blog

18 ulasan:

  1. oh..mcm ni ke projek budak2 fakulti kjuruteraan awam? baru taw. hehe. kitorang nye projek sem2 autocad. wahahaha. autocad ni je pn dh nk naik pening dok buat. pe tah lg projek kt ats2 ni ha.. hadddoooi

    BalasPadam
  2. salam dulu kampung saya ada pokok ni

    BalasPadam
  3. salam kenal... hmm gua pon ngah carik idea ni utk pertandingan inovasi, tak tau nak buat ape

    BalasPadam
  4. kat umah nenek kat bagan serai ade gak pokok rumbia ni ^^

    BalasPadam
  5. nohfee, Bila sampai masanya Insya Allah, semua orang akan berjaya juga siapkan projek sem akhir ni..

    Dengan syarat buat perancangan dan siapkan projek ikut perancangan yang dilakukan.. ;)

    BalasPadam
  6. republik f9.. Layari internet.. Carilah apa-apa perkara yang dirasakan menarik.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam en anuar . Boleh sy dpt contact en anuar untuk projek parket tu sbb sy nak tahu lebih lagi pasal kaedah laminated tu. Harap sngt dapat membantu. T kasih

      Padam
  7. salam,, idea yg dieorg buat mmg unik...
    ade sebarang idea yg bernas tak untuk final projek kejuruteraan awam,, tgh kebuntuan idea untuk mnghntar proposal di saat genting niee,,,boleh laa share2 cdgn yg ade :)... terima kasih..

    skyofloveya.blogspot.com

    BalasPadam
  8. salam ! minta bg lebih detail cara utk menghasilkan konkrit terapung nie.

    BalasPadam
  9. I visit everyday some web pages and blogs to read articles,
    but this website offers feature based content.

    Check out my web-site :: asian restaurant

    BalasPadam
  10. Hi there this is kinda of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors or if
    you have to manually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding knowledge so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be enormously appreciated!

    Feel free to surf to my website; More information

    BalasPadam
  11. Greetings! Quick question that's entirely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My site looks weird when viewing from my apple iphone. I'm trying to find a theme or plugin that might be able to correct this problem.
    If you have any suggestions, please share. Thanks!

    Here is my weblog: http://www.ocastudio.biz/

    BalasPadam
  12. salam , nak tye untuk konkrit terapung . ujikaji yang dibuat keatas konkrit tersebut macamne yea? polisteren
    digunakan dibahagian tengah sdgkan konkrit bahagian tepi ..? mcmne yea untuk tahap keuapyaan dan ketahanan konkrit tersebut dlm bgunan.

    BalasPadam
  13. sek rendah pun kena buat projek,at least satu untuk pertandingan ogos 2015.tengah cari idea..projek diselia oleh unit kokurikulum..hu hu..

    BalasPadam
  14. Untuk parquet , alatan apa yg digunakan untuk menguji

    BalasPadam
  15. Salam boleh tak nak tau lebih lanjut pasal batu terapung tu & kertas kerja kajian nya.. harap minta tolong pm me ws: 01133943549

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra