Khamis, 14 Julai 2016

Perkampungan Robot PSIS telah Membuahkan Hasil.. TAHNIAH Pasukan Robot PSIS di atas kejayaan dalam 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016!

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada cuti semester Politeknik baru-baru ini, Pasukan Robot PSIS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Perkampungan Robot PSIS yang bertempat di Makmal Mesin dan Makmal Projek, Jab. Kej. Elektrik PSIS.

Tujuan Perkampungan Robot ini diadakan adalah untuk membuat persediaan sebelum menyertai Pertandingan 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil di sepanjang Perkampungan Robot PSIS ini diadakan.


Encik Nasrul (Salah Seorang Penasihat Pasukan Robot PSIS) dan Para Pelajar ketika berada di Perkampungan Robot PSIS
Robot Darwin beraksi bersama Pasukan ANDROSOT (PSIS ANDROBOT) -> Terikat Kontrak Seumur Hidup... ;)

PASUKAN MYBOT PSIS sedang Berlatih..

Encik Khairi Saad sedang menguji robot Bersama PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO)

 PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO) sedang Menguji lari kepekaan Sensor, Programming dan Visual Basic

PASUKAN MIROSOT (PSIS KICKER) sedang mengatur strategi dalam SOCCER COMPETITION

Hasil daripada Perkampungan Robot PSIS....

Syukur Alhamdulillah... Pasukan Robot PSIS menjadi antara pasukan robot yang digeruni dalam Pertandingan 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016 yang telah diadakan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang pada 29 Mei – 3 Jun 2016.

Dalam Pertandingan tersebut, pasukan Robot PSIS berjaya menduduki tempat ke 3 keseluruhan daripada 23 Institusi (20 Politeknik , 3 Universiti ) setelah berjaya memenangi 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. 

 TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Robot PSIS di atas kecemerlangan tersebut.. ;) 


Kedudukan Institusi yang bertanding mengikut kutipan pingat

Berikut pula merupakan kutipan pingat bagi pasukan Robot PSIS:
Perincian kutipan pingat bagi pasukan PSIS Roboteam

Dalam jadual tersebut Pasukan Robot PSIS telah menyertai 5 daripada 7 kategori yang dipertandingkan iaitu SimuroSot, MiroSot, AndroSot, Robosot dan Mybot.

Pencapaian keseluruhan Pasukan Robot PSIS dalam Pertandingan 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016:
  • Kutipan Pingat : 4 Emas , 3 Perak dan 2 Gangsa (9 Pingat)
  • 1 Piala (Poster Terbaik)
  • 1 Piala Johan Kategori (Simurosot). PSIS akan mewakili Malaysia ke FIRA WorldCup 2016 di Beijing, China.

KEJAYAAN PASUKAN ROBOSOT PSIS DALAM 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016

KATEGORI AVOIDANCE CHALLENGE
PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO)

KATEGORI SOCCER COMPETITION
PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO)


KATEGORI PASSING CHALLENGE
PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO)

Penyertaan Robosot merupakan edisi kedua dan hasilnya amat memberangsangkan dengan kutipan 3 pingat dan 1 Piala. 1 Pingat Emas dirangkul oleh sub kategori Passing Challenge yang sangat sengit sehingga ke penentuan terakhir, masa terpantas yang dicatatkan oleh robot PSIS berjaya mengalahkan Robot Politeknik Port Dickson. 1 Pingat Perak dalam sub kategori Avoidance Challenge juga menyaksikan saingan sengit diantara dua gergasi robot daripada Politeknik Port Dickson dan Polisas sebagai tuan rumah. Namun, robot PSIS MECHANISMO tidak gentar dan berjaya menamatkan 3 percubaan dengan mata penuh namun penentuan masa tidak memihak oleh kerana ketangkasan robot Polisas. Sub kategori Soccer Competition merupakan kali pertama disertai oleh pasukan PSIS yang mana menggunakan 3 buah robot untuk bermain bola sepak. 1 Pingat Gangsa telah berjaya diperoleh setelah berjuang dengan 4 politeknik iaitu Politeknik Port Dickson , Polisas, Politeknik Nilai dan Politeknik Kuching secara liga.


GAMBAR KENANGAN PASUKAN ROBOSOT (PSIS MECHANISMO)
1 EMAS (PASSING CHALLENGE)
1 PERAK (AVOIDANCE CHALLENGE)
1 GANGSA (SOCCER COMPETITION)
1 PIALA (BEST POSTER)

KEJAYAAN PASUKAN ANDROSOT PSIS DALAM 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016
KATEGORI SOCCER COMPETITION
PASUKAN ANDROSOT (PSIS ANDROBOT)

Bagi kategori Androsot, 3 kilauan pingat juga telah disumbangkan iaitu 1 Pingat Emas bagi sub kategori Dribble and Attack yang telah menewaskan 6 Politeknik yang lain dengan jumlah kiraan skor tertinggi sebanyak 140. Kemenangan ini telah menaikkan semangat kontigen PSIS ANDROBOT bagi meneruskan usaha dan berjaya mendapat kiraan jumlah skor 210 dalam sub kategori Free kick seterusnya merangkul naib johan dengan mendapat 1 Pingat Perak, PSIS ANDROBOT tewas kepada Politeknik Port Dickson yang mengumpul skor 270. Pingat terakhir bagi sub kategori Soccer telah disaksikan sendiri oleh Pn. Pengarah PSIS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hjh. Norehan Binti Md. Shariff dalam acara Final antara PSIS menentang Politeknik Port Dickson. Episod sama seperti tahun lepas berulang semula di mana saingan sengit di antara kedua-dua pasukan yang sama-sama terikat dengan 3 gol berlanjutan ke Golden Gol dan seterusnya kepada Penentuan Sepakan Penalti. PSIS ANDROBOT akur dengan keputusan pertandingan dan membawa pulang 1 Pingat Perak bagi sub kategori Soccer ini.


GAMBAR KENANGAN PASUKAN ANDROSOT (PSIS ANDROBOT)
1 EMAS (DRIBBLE AND ATTACK)
1 PERAK (FREE KICK)
1 PERAK (SOCCER)

KEJAYAAN PASUKAN MYBOT PSIS DALAM 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016


PASUKAN MYBOT PSIS DAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SEDANG BERAKSI

Kategori MyBot yang merupakan jalinan kolaborasi pasukan PSIS dengan 2 buah sekolah dengan kekuatan 4 orang pelajar iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi merupakan tahun kedua penyertaan. Terdapat 3 sub kategori yang dipertandingan iaitu Curling, Shooting dan Open Creative dengan jumlah penyertaan sebanyak 24 buah sekolah. Bagi sub kategori Curling, pasukan PSIS-SBPI SABAK BERNAM telah berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir setelah mendapat Top 4 daripada 24 buah pasukan. Namun, masalah teknikal robot Mybot yang telah ditukar saat akhir telah menyebabkan PSIS-SBPI SABAK BERNAM tewas. Bagi Sub Kategori Shooting, PSIS-SMK MUNSHI SABAK BERNAM pula menunjukkan peningkatan dengan menang dalam setiap perlawanan dalam kumpulan. Namun , dalam perkiraan mata bagi kelayakan ke Suku Akhir, kiraan mata adalah seri dan catatan masa terpantas akan dipilih untuk ke Suku Akhir. Malangnya catatan masa bagi PSIS-SMK MUNSHI SABAK BERNAM tidak cukup pantas untuk mengalahkan PSAS - SMKA SLIM RIVER. Kekecewaan ini tidak kekal lama apabila dalam sub kategori Open Creative, kedua-dua pasukan PSIS-SMK MUNSHI SABAK BERNAM dan PSIS-SBPI SABAK BERNAM layak ke peringkat Suku akhir. Rezeki tidak memihak kepada PSIS-SMK MUNSHI SABAK BERNAM apabila tewas di Suku Akhir kepada PSAS-SMKA SLIM RIVER , namun pasukan PSIS-SBPI SABAK BERNAM telah berjaya melayakan diri ke Separuh Akhir seterusnya berjaya mengekalkan momentum sehingga layak ke Final. Akhirnya impian menjadi kenyataan apabila PSIS-SBPI SABAK BERNAM berjaya mengalahkan PSAS-SMKA SLIM RIVER pada perlawanan Final Open Creative dan membawa pulang 1 Pingat Emas yang cuba direbut oleh 24 buah pasukan yang bertanding.


GAMBAR KENANGAN PASUKAN MYBOT (PSIS – SBPI SABAK BERNAM)
1 EMAS
(OPEN CREATIVE)

PENYERTAAN PASUKAN MIROSOT PSIS DALAM 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016

KATEGORI SOCCER COMPETITION
PASUKAN MIROSOT (PSIS KICKER)

Robot Merlin dalam Kategori MiroSot merupakan Robot yang paling lama berjasa sejak tahun 2009. Namun prestasi Robot Merlin kali ini tidak begitu memuaskan kerana masalah teknikal robot dan hanya dapat menempatkan diri pada kedudukan ke 4 dalam edisi kali ini. Namun semangat juang yang ditunjukkan oleh para pelajar yang mengendalikan kategori ini layak diberi penghargaan. Rentetan kejayaan Pasukan PSIS mengekalkan momentum tempat ke 3 keseluruhan, institusi-institusi lain sudah mula membuka mata dan mengakui bahawa peningkatan prestasi pasukan PSIS sesuatu yang mereka idamkan dan PSIS perlu lebih berusaha keras bagi menggapai keputusan yang lebih baik pada tahun mendatang.

KEJAYAAN DALAM KATEGORI SIMUROSOT PSIS DALAM 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016

KATEGORI SIMUROSOT
PASUKAN SIMUROSOT (PSIS CYBER WARLORD)

Kecemerlangan PSIS Roboteam diteruskan apabila dinobatkan Johan Kategori Simurosot dengan merangkul 1 Emas (Simurosot – Middle League) dan 1 Gangsa (Simurosot – Large League). Kategori Middle League merupakan kategori yang paling banyak penyertaan iaitu sebanyak 22 buah pasukan yang bertanding. Pasukan PSIS CYBER WARLORD dalam sub kategori Middle League menampilkan 2 orang pelajar yang berjuang sengit daripada Liga kumpulan sehinggalah berjaya menempatkan diri ke Suku Akhir , Separuh Akhir dan seterusnya melangkah ke Final. Kehebatan pengaturcaraan pasukan PSIS CYBER WARLORD terbukti apabila berjaya menewaskan pasukan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya menggondol 1 Pingat Emas yang telah lama diidamkan. Bagi sub kategori (Large League) pula, penyertaan adalah sebanyak 7 pasukan dan PSIS METAL WARRIOR telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawa 1 Pingat Gangsa. Sub Kategori (Large League) ini merupakan kali pertama dipertandingkan dalam FIRA Malaysia Cup dan sangat mencabar. Kutipan pingat tersebut melayakkan pasukan PSIS dinobatkan sebagai Johan Kategori (Simurosot) dan akan mewakili Pasukan Malaysia dalam edisi FIRA World Cup 2016 yang akan dilaksanakan di Beijing, China. Tahniah!


GAMBAR KENANGAN PASUKAN SIMUROSOT (PSIS METAL WARRIOR)
1 GANGSA
(LARGE LEAGUE)

GAMBAR KENANGAN PASUKAN SIMUROSOT
(JOHAN KATEGORI)
MEWAKILI MALAYSIA KE FIRA WORLDCUP 2016

Syukur Alhamdulillah, pencapaian tahun 2016 adalah yang terbaik sepanjang penglibatan Roboteam PSIS sejak kali pertama menyertai FIRA pada tahun 2010 di peringkat Kebangsaan. Kilauan 4 EMAS, 3 PERAK dan 2 GANGSA berjaya melonjak Roboteam PSIS untuk merangkul tempat KETIGA secara keseluruhan daripada 23 institusi yang bertanding selama 2 tahun berturut - turut. Kutipan pingat pada tahun ini bertambah menjadi 9 pingat dan 2 Piala iaitu Piala bagi Poster Terbaik untuk kategori Robosot dan Piala Johan Kategori (Simurosot). Pasukan PSIS akan mewakili Malaysia dalam kategori Simurosot pada siri kejohanan FIRA World Cup 2016 yang akan dilaksanakan di Beijing , China pada bulan Disember nanti.

Kecemerlangan ini bermula hasil daripada perancangan para penasihat (Team Leader) gabungan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dalam mencungkil serta melatih bakat baru untuk diserap ke dalam Roboteam PSIS sejurus selepas tamatnya 8th FIRA pada tahun lepas. Latihan Pusat 1 dan 2 selama sebulan membuahkan hasil kerana mendapat kerjasama dan komitmen tinggi daripada para pelajar, para pensyarah dan pihak pengurusan PSIS

Team Robot PSIS bergambar kenangan Bersama Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hjh. Norehan Binti Md Shariff 

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan Tahniah kepada para pemenang , pensyarah pengiring, guru pengiring, Ketua – Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik selaku Penasihat , terutamanya Pn. Pengarah yang bersama-sama berusaha bagi meningkatkan prestasi dan mengilap potensi pelajar PSIS sehingga ke tahap ini. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus dan pemangkin kepada kegemilangan PSIS di peringkat antarabangsa.

8 ulasan:

  1. mnarik..hbat student politenik ni..dapat hasilkan ciptaan macam ni..

    BalasPadam
  2. berkebolehan anak melayu. kalau ada dana, mesti anak melayu boleh kedepan lagi dan cipta pelbagai lagi mesin2 hebat

    BalasPadam
  3. Tahnih, anak Melayu juga mampu mencipta kejayaan yang hebat setanding dengan orang barat

    BalasPadam
  4. boleh la buat kursus asa robotik ni

    BalasPadam
  5. Terbaikk. Banyak kan lagi robot

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra