Isnin, 30 Mac 2015

Line Following Mobile Robot Challenge

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama betul blog ni tak berupdate kan? 

Rasanya, adalah dalam 17 hari... blog ini sepi tanpa khabar berita...

Mungkin ada yang tertanya-tanya... Ke manakah menghilangnya pemilik blog ini?

....
...

..

Sebenarnya saya tak kemana pun.. Cuma sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan kerja seharian, disamping terlibat dengan beberapa program yang kesemuanya berjalan dalam tempoh masa terdekat..

Baru sahaja selesai satu program, dah terlibat dengan program yang lain pula... begitulah seterusnya... Sampai langsung tak sempat nak tengok-tengok blog sendiri... huhuhu...



..
...

Sebenarnya agak sedih juga sebab tak dapat nak bagi komitmen terhadap blog ini... Terutamanya di saat-saat kritikal, ketika komitmen saya sangat diperlukan.. 

Terutamanya dalam minggu-minggu terakhir Cabaran Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.. dan Malaysia Social Media Week 2015.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015  Korang memang layak terpilih sebagai pemenang... di atas usaha dan komitmen yang telah dilakukan.

Bukan senang nak bermain SEO.. Teknik kena betul... Strategi kena betul.. barulah boleh mendominasi ranking pertama Google...  

Malaysia Social Media Week 2015? ... Ya!! sebenarnya saya ada hantar 3 penyertaan dalam 3 kategori yang berbeza... Setakat hantar penyertaan sahaja.. Tapi tak sempat pun nak berkempen... hehehe..

Kalau korang rajin, bolehlah tengok blog-blog saya yang tersenarai dalam 3 kategori berikut:
Blog biasa-biasa jer... Tak der pasang niat pun nak menang.... Cukup sekadar memeriahkan event tersebut sahaja...

Oklah... Berbalik semula kepada tajuk Entri ini.. 


Program Line Following Mobile Robot Challenge


Line Following Mobile Robot Challenge merupakan program yang menuntut sepenuh komitmen daripada saya pada semester ini... 

Saya terlibat dengan program ini sejak daripada awal lagi... Bermula dengan perancangan program, membuat kertas kerja, membeli peralatan program, sehingga kepada perlaksanaan program... Untuk maklumat lanjut boleh baca entri sebelum ini bertajuk Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my

Syukur Alhamdulillah... Program ini telah selesai diadakan dengan jayanya pada 26 Mac yang lepas di Dewan Serbaguna PSIS... Di mana Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition PSIS 2015 (IISCEP'15) turut berlangsung pada ketika itu..

Nak tahu apa dia Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition PSIS 2015 (IISCEP'15)?

Nantikan dalam entri yang akan datang.. Hari ni saya nak cerita tentang Program Line Following Mobile Robot Challenge jer... ;)

Program Line Following Mobile Robot Challenge membabitkan semua pelajar semester 5 JKE, PSIS yang mengambil kursus Embedded System Applications. Terdapat 4 kelas yang terlibat dalam program ini iaitu kelas DTK5A, DTK5B, DEP5A dan DEP5B.

Daripada 4 kelas tersebut, para pelajar ini dipecahkan kepada 24 kumpulan mengikut kumpulan praktikal semada berada di makmal. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menyertai pertandingan ini, dan markah akan diambil sebagai markah mini projek dan markah Pembentangan.

Setiap kumpulan diberi tugas untuk memasang robot dengan menggunakan litar-litar dan komponen yang telah dibekalkan. Seterusnya mereka juga perlu tahu mengendalikan litar pengawal mikro, litar kawalan motor arus terus dan kemahiran Pengaturcaraan dalam Bahasa C untuk mengawal pergerakan robot..   


Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada rakan-rakan sekerja, para pelajar, tetamu jemputan yang hadir ke Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition PSIS 2015 (IISCEP'15) dan pihak industri.. Ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap Program ini. Dan mereka berharap supaya program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah...

Jom, kita tengok sebahagian gambar-gambar yang dapat saya kongsikan sepanjang berlangsungnya program ini..




Salah satu robot yang telah diprogramkan untuk bergerak mengikut garisan.


Robot ini terpaksa menggunakan Power bank sebagai bekalan kuasa, disebabkan bekalan kuasa sedia ada tidak mencukupi untuk menggerakkan robot ini.

Salah satu kumpulan peserta sedang memeriksa robot mereka.

Pertandingan ini terbahagi kepada empat peringkat. Pada peringkat pertama setiap kumpulan akan menguji kemampuan robot masing-masing di atas 4 trek yang disediakan (Satu trek untuk setiap kelas).

Setiap kumpulan diberikan 3 kali percubaan, dan masa direkod pada setiap percubaan. 8 peserta yang berjaya mencatatkan purata rekod masa terbaik, akan mara ke pusingan kedua.


Encik Helmi bertindak selaku Pengadil, pada pusingan Pertama dan Kedua.. 

Para peserta yang terpilih untuk mara ke pusingan kedua, akan bersaing dalam trek yang berbeza daripada trek pada pusingan pertama. Terdapat trek yang lebih mencabar berbanding trek pada pusingan pertama.

Sama seperti dalam pusingan pertama, setiap kumpulan diberikan 3 kali percubaan.. Dan masa untuk setiap percubaan direkodkan.   

4 peserta yang berjaya mencatatkan purata rekod masa terbaik, akan mara ke peringkat separuh akhir.


Persediaan sebelum masuk ke Peringkat Separuh Akhir dan peringkat Akhir..

Dalam peringkat separuh akhir.. Perlawanan melibatkan 2 trek yang diletakkan secara bersebelahan. 

Peraturan pertandingan mudah sahaja... 2 Robot akan bergerak di atas trek masing-masing... Dan robot yang berjaya sampai dulu ke garisan penamat mengikut laluan yang telah ditetapkan, dikira sebagai pemenang.  

Perlawanan ini diadakan dalam 2 pusingan, sekiranya robot yang sama berjaya memenangi kedua-dua perlawanan. Atau terdapat pusingan ke 3 (penentuan) untuk menentukan pemenang, sekiranya masing-masing berjaya memenangi satu perlawanan samada dalam pusingan pertama ataupun pusingan yang kedua. 


Trek yang digunakan pada peringkat separuh akhir dan peringkat akhir


Antara peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir

Dua peserta yang berjaya menang di peringkat separuh akhir akan mara ke peringkat akhir untuk menentukan pemenang tempat pertama dan kedua. Manakala 2 peserta yang kalah diperingkat separuh akhir akan berlawanan sesama mereka untuk menentukan pemenang tempat ke 3 dan tempat keempat.


Puan Muna bertudung Pink bersama pengadil (dari pihak Industri) peringkat separuh akhir dan peringkat akhir


Gambar aksi-aksi peserta dan Robot diperingkat separuh akhir dan peringkat akhir..

Setting Kak.. Jangan tak Setting robot tu...

Kegarisan... Sedia... Mula... Pritttttt


Betul ke laluan Robot tu Kak?

Hahhh.. Ini baru ikut laluan yang betul...




Berikut pula merupakan gambar-gambar pemenang Line Following Mobile Robot Challenge bersama pengarah PSIS dan hadiah yang berjaya dimenangi..




Juara : Berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM120

Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang.. 

Menang kalah merupakan adat pertandingan.. Harapan saya ialah supaya semua peserta memperolehi ilmu yang bermanfaat sepanjang menyertai Pertandingan ini seperti ilmu pengaturcaraan, cara mengendalikan litar kawalan motor, dan sebagainya...

Semoga ilmu-ilmu tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan semeter akhir bagi kursus Embedded Sysytem And Application dan sebagai persediaan untuk menyiapkan projek akhir pelajar semester 6 pada semester hadapan...

In Shaa Allah...

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kami untuk menganjurkan program ini... Tanpa sokongan, bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada kami, belum tentu kami berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya....

Terima kasih untuk segalanya...   


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra