Jumaat, 10 April 2015

Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 26 Mac yang lalu di Dewan Serbaguna PSIS telah diadakan Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada projek pelajar semester akhir terbaik  bagi setiap jabatan, supaya projek-projek tersebut dapat diketengahkan melalui pertandingan, pameran, dipatenkan dan dikomersialkan. 

Projek-projek terbaik bagi 5 Jabatan induk yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) mempamerkan 15 projek akhir pelajar, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) mempamerkan 20 projek akhir pelajar, Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti (JPH) mempamerkan 15 projek akhir pelajar, Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) mempamerkan 15 projek akhir pelajar dan Jabatan Perdagangan (JP) mempamerkan 10 projek akhir pelajar untuk dinilai oleh panel-panel Industri. 



Panel-panel Industri terdiri daripada pihak-pihak industri yang dijemput oleh pihak pengurusan PSIS untuk menilai projek-projek pelajar mengikut bidang kepakaran masing-masing. Contohnya panel Industri bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik terdiri daripada Senior Engineer TNB, Engineer Telekom, Senior Engineer Freescale, Engineer Willowgrand MSC dan lain-lain.

Terdapat beberapa orang Chef menilai Produk makanan yang dihasilkan oleh Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti.. 

Begitu juga halnya dengan panel-panel Industri yang dijemput untuk menilai projek-projek pelajar mengikut bidang kepadakan masing-masing..

Ketika program ini berlangsung, turut diadakan beberapa program lain di Dewan Serbaguna PSIS.. antaranya Program:


Jom tengok gambar-gambar sepanjang Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015 diadakan..





Para pengunjung memenuhi booth-booth pameran projek akhir pelajar sebaik sahaja program bermula..

Projek-projek Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) PSIS


Panel Industri dari TNB sedang menilai Projek Pelajar JKE.. E-Kiosk

Pengarah PSIS mendengar penerangan yang disampaikan oleh seorang peserta... Projek e-KIOSK

KEYLESS SECURITY BOX USING ANDROID SYSTEM

LOW COST CABLE CAM WITH GIMBAL USING MICROCONTROLLER sedang dinilai oleh Panel Industri.


SMART MOUSE TRAP

AUTOMATIC BABY STROLLER... Projek seliaan saya... ;)


SELF-LOOPED ELECTRICAL POWER GENERATOR FOR BASIC HOME APPLICATION-FLODDING ENVIRONMENT


GAS DETECTOR

TROLLEY BARCODE SCANNER

SMART LUGGAGE SECURITY

SPINNING FLOOR BRUSH

SMART TOUCH N GO SYSTEM

RELAY TRAINER

MOTORCYCLE SECURITY SYSTEM

Projek-projek Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PSIS


Seorang Guru dari Sekolah Menengah sekitar Daerah Sabak Bernam sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh seorang peserta... DESIGN OF COMPACTION DUSTBIN WITH LEACHATE TREATMENT
DESIGN OF COMPACTION DUSTBIN WITH LEACHATE TREATMENT

STUDY OF ADDITIONAL MATERIAL OF THE CASSAVA POWDER AND BANANA STEM FIBER INTO CONCRETE
Panel Industri sedang menilai Projek Pelajar JKA.. 










Projek-projek Akhir Pelajar Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti (JPH) PSIS

Booth-Booth Projek Akhir pelajar JPH paling menyerlah sekali.. Sebab terdapat beberapa produk makanan yang dihasilkan untuk dikomersialkan.. 

Para peserta turut menyediakan sample produk mereka untuk dinikmati oleh pengunjung yang hadir ke Booth mereka... Makanan bagi percuma, siapa yang tak nak kan?... Dah tentulah para pengunjung tidak melepaskan peluang ini untuk merasai keenakan produk makanan yang telah dihasilkan... ;)

Ada booth tu siap dah dapat tempahan lagi.. Untuk tempahan Hari raya... hehehe.. 

Untunglah... Lepas ni boleh terus jadi usahawan dengan memasarkan produk-produk yang telah mereka hasilkan... 

FEROPE = TEMPE + COKLAT
Antara produk makanan paling Hot... Dah dapat tempahan untuk hari raya ni... Lepas ni produk berasaskan Tempe di Malaysia semakin mendapat permintaan...

PUTU PUCUK GAJUS


WILD BETEL = CENDOL

Cheff sedang Menilai Produk makanan yang dihasilkan Oleh Pelajar JPH, PSIS

Pengunjung sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh seorang peserta...


NIGHT PADDLE

Projek-projek Akhir Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) PSIS






Hmmm.. Itu sahajalah gambar-gambar projek yang dapat saya kongsikan dalam entri ini... Tak sempat nak snap gambar semua Projek pelajar yang ada pada hari tu, sebab saya juga turut terlibat dalam menganjurkan Program Line Following Mobile Robot Challenge


Antara peserta dan urusetia yang turut menyerikan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015 

Ketua Panel @ Wakil daripada pihak Industri memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015

Pengarah PSIS Memberi Ucapan dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015


Seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015

Anugerah Pilihan Industri menerima Wang Tunai RM250 berserta Sijil dan Piala
Projek TROLLEY BARCODE SCANNER dari JKE

Anugerah Pilihan Industri menerima Wang Tunai RM250 berserta Sijil dan Piala
Projek FEROPE = TEMPE + COKLAT dari JPH
Dahlah dapat Tempahan Raya... Dapat menang hadiah wang tunai lagi... 
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu...

Anugerah Potensi Paten dan Komersial menerima Wang Tunai RM250 berserta Sijil dan Piala
Projek TROLLEY BARCODE SCANNER dri JKE

AnugerahPotensi Paten dan Komersial menerima Wang Tunai RM250 berserta Sijil dan Piala
Projek FEROPE = TEMPE + COKLAT dari JPH
Dapat wang tunai lagi... Memang dah rezeki mereka pada hari tersebut... Penyelia Projek dapat Percent tak? Hehehe..

Anugerah Potensi Paten dan Komersial menerima Wang Tunai RM250 berserta Sijil dan Piala
Projek ...... dri JKA

Pemenang hadiah Booth Terbaik..


Penghargaan kepada panel-panel Industri yang sudi menilai projek-projek pelajar semester Akhir PSIS... Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka....

Tahniah diucapkan kepada semua projek pelajar semester akhir yang terpilih menyertai Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015... Tahniah diucapkan kepada semua pemenang... Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah menjayakan program ini.... Tahniah buat semua...

Semoga Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015 berjaya mencapai objektifknya... Iaitu untuk mengetengahkan projek-projek terbaik pelajar PSIS supaya dapat dipaternkan dan di komersialkan...

Hmmm... Cerita pula tentang Projek Pelajar seliaan saya...

Inilah dia Projek Pelajar seliaan saya yang terpilih untuk menyertai Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015 ...  

Tajuk projek ni AUTOMATIC BABY STROLLER...


AUTOMATIC BABY STROLLER.

Baby Stroller ini mampu dikawal pergerakannya dengan menggunakan peranti android atau Smartphone. 

Untuk mengawal Baby Stroller ini, pengguna boleh memuat turun Aplikasi Smartphone pada Smartphone/android device mereka. “Bluetooth application” dan “Bluetooth module” merupakan penghubung diantara Baby Stroller ini dengan Smartphone/peranti android pengguna. 

Pengguna boleh mengawal menggerakkan Baby Stroller ini ke arah hadapan, belakang, kiri dan kanan dengan menggunakan Aplikasi Smartphone pada jarak maksimum sehingga 15 meter. 

Syukur Alhamdulillah.... Walaupun tak berjaya menang Anugerah Pilihan Industri dan Anugerah Potensi Paten dan Komersial... Tetapi dapat menang pingat emas pun dah kira syukur sangat-sangat...



Menang pingat emas dalam Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015 


P/S: Pada minggu lepas saya terlibat dengan Mesyuarat Post Morterm Program Innovation, Invention and Skill Competition Through exhibition PSIS (IISCEP) 2015... Pengarah PSIS meminta program ini diadakan lagi pada semester depan... ;)


1 ulasan:

  1. assalamualaikum.. menarik projek awak.. bole kongsikan dgn lebih lanjut projek awak tu dgn saya..?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra