Khamis, 19 Mac 2015

Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum ini, biasanya saya membeli bahan luak makmal atau Aset kerajaan dengan menggunakan Pesanan Kerajaan (LO)

Pembelian aset atau bahan luak melalui Sebutharga Kerajaan ni biasanya agak memakan masa. Paling cepat pun barang yang dibeli dapat diterima dalam tempoh satu bulan. Kadang tu ada juga pembekal (Kontraktor yang berjaya dapat Job dari Kerajaan) menghantar barang lewat daripada tempoh masa yang ditetapkan. Itu yang membuatkan rasa nak hangen satu badan... Lebih-lebih lagi kalau beli barang dekat-dekat nak hujung tahun.. Pihak kewangan pula dah tetapkan due date, bila bayaran akhir boleh dilakukan kepada pembekal. Tapi pembekal pula buat hal. sampai dah dekat due date, barang masih belum dihantar lagi.

Masa ni memang rasa tak senang duduk kita dibuatnya. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Hari-hari kena call pembekal, minta dia orang hantar barang cepat, supaya tak terlepas dari Due date. Kalau terlepas dari due date, memang bermasalah nak bayar duit kepada mereka (pembekal). 

Ini antara tugas yang mencabar dalam kerjaya saya sebagai orang tengah di antara pembekal dengan pihak kerajaan. Pembekal yang lambat hantar barang, kita pula yang rasa susah hati.

Sebagai Kontraktor (pembekal), sepatutnya mereka kena beri servis yang terbaik. Tak memeningkan kepala "person Incharge" seperti saya. Barulah senang dapat Job lain pada masa akan datang. 

Saya pun ada banyak kerja lain yang perlu dselesaikan. Tugas hakiki saya adalah mengajar dan menyelia pelajar-pelajar saya. Urusan perolehan dan pembelian bahan luak atau aset merupakan sebahagian daripada tugas sampingan saya. Tapi kalau pihak pembekal buat masalah, tugas sampingan tersebut akan "bertukar" menjadi tugas utama. Masa yang sepatutnya saya habiskan untuk pelajar-pelajar saya terpaksa saya gunakan untuk menyelesaikan urusan duit kerajaan pula..





Pengalaman membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my


Pada tahun ini saya ada menghantar satu kertas kerja kepada pihak pengurusan, untuk mengadakan satu program berkaitan dengan kursus "Embedded Systems Applications" yang saya ajar.

Banyak juga kos yang saya perlukan untuk memastikan program yang dirancang dapat berjalan lancar. adalah Lebih kurang RM5K.   

Masa hantar kertas kerja tu, saya pun tawakal jer.. Budjet lulus saya buat program. Kalau budjet kena potong atau tak lulus, saya akan buat program mengikut budget yang saya ada.

Syukur Alhamdulillah ada rezeki saya. Budjet lulus seratus peratus guna peruntukan Wang Aktiviti Pelajar (Akaun Koperasi). Bila guna peruntukan wang aktiviti pelajar ni, pembelian boleh dilakukan melalui 3 kaedah iaitu: 
  1. Pembelian melalui Sebut Harga (Sama macam prosedur Perolehan Kerajaan
  2. Beli guna duit sendiri dulu kemudian claim guna resit pembelian 
  3. dan yang ke 3 minta pendahuluan tunai berdasarkan budget yang diluluskan, seterusnya buat pembelian dan hantar resit pembelian kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 
Cara pertama dan kedua pernah saya lakukan sebelum ini. Tapi cara yang ketiga belum pernah saya lakukan. Bila belum pernah, dah tentu ada keinginan untuk mencuba cara tersebut. Lagipun untuk membeli peralatan projek pelajar, saya dapati pembelian secara Online jauh lebih menjimatkan berbanding pembelian secara sebut harga. Sebab dengan membeli secara online saya dapat membeli secara terus kepada penjual tapi perlu melalui orang tengah yang akan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan.

Setelah meyakinkan pihak pengurusan atasan, beberapa orang Ketua Jabatan dan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Jabatan selaku pemegang akaun.. akhirnya mereka bersetuju memberikan pendahuluan tunai kepada saya untuk membeli barang secara online.. dengan syarat, saya perlu memulangkan semula baki wang setelah selesai program tersebut dijalankan.

Hasilnya. Saya telah membeli Peralatan Projek Pelajar di dua laman web iaitu di laman web Cytron Technologies dan Laman web Lelong.my.

Sebenarnya ini kali pertama saya membeli Peralatan Projek Pelajar di Laman web Lelong.my. Sebelum ni saya biasa beli peralatan projek pelajar dekat laman web Cytron Technologies.


Sumber : Lelong.com.my

Saya membeli 3 item peralatan iaitu Infrared Tracing Line Following Module Sensor, L298N DC Motor Driver dan Smart Robot car Chassis Kit. dengan setiap item sebanyak 25 unit.

Semasa saya beli secara online dekat laman web Lelong.my, Infrared Tracing Line Following Module Sensor tak cukup 25 unit. Stok yang ada cuma 24 unit sahaja. Tapi saya beli jer dulu, kemudian baru saya hubungi penjual menerusi nombor telefon yang diberikan.

Syukur Alhamdulillah.. Stok yang saya perlukan ada pada penjual. Yang menariknya, saya tak perlu keluarkan duit tambahan untuk mendapatkan tambahan satu unit Infrared Tracing Line Following Module Sensor. Penjual tu bagi Percuma sahaja.

Lebih menarik lagi. Penjual nak datang hantar sendiri barang yang saya beli ke tempat saya bekerja di Sabak Bernam, Selangor.

Saya dah bagi tahu dekat Mr. Lim (Penjual), Sabak Bernam ni bukannya dekat. Kalau nak drive dari KL, adalah dalam 2 jam setengah perjalanan. Tapi beliau berkeras juga nak hantar sendiri, sebab nak promote program yang bakal dianjurkan oleh syarikat beliau iaitu FIGHTING ROBOT COMPETITION (FRC) 2015. yang akan diadakan pada 8-9 Ogos 2015.

Keesokannya, tepat jam 4.30 petang Mr. Lim sampai ke office saya berasama dengan Peralatan Projek Pelajar yang saya beli di Laman web Lelong.my.

Syukur Alhamdulillah.. Ini kali pertama barang yang saya beli secara online sampai ke tangan saya tepat dalam tempoh 24 jam. Dan yang menariknya barang tersebut dihantar sendiri oleh penjual terus kepada saya.. ;)




Peralatan Projek Pelajar yang saya terima daripada penjual di laman web Lelong.my

Resit Peralatan Projek Pelajar yang saya beli di Laman web Lelong.my

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Mr. Lim yang merupakan salah seorang penjual di Laman web Lelong.my.

Saya boleh bagi rating 100% kepada Mr. Lim untuk servis yang sangat cemerlang. 

Dalam masa yang sama beliau juga turut membawa bersama sample mobile robot yang telah siap dipasang.


 Sample mobile robot yang telah siap dipasang

Saya boleh jadikan sample tersebut sebagai contoh, untuk membantu pelajar-pelajar saya memasang robot ini sehingga sempurna.  

Walaubagaimanapun Microcontroller yang digunakan tak sama. Jadi, saya memerlukan beberapa PCB Stand untuk dipasang pada robot pelajar-pelajar saya nanti.

Nak tahu cerita selanjutnya, tentang program yang akan saya jalankan pada 26 Mac ini? Nantikan laporannya selepas program "Line Following Mobile Robot Challenge" selesai dilaksanakan. Doakan semoga program ini dapat diadakan dengan jayanya.. ;)





9 ulasan:

  1. Huhu.. Macam sedap aje projek yg bro sedang buat ni..

    BalasPadam
  2. selalu guna LO aje.

    lambat pun..lambat la..haha..

    BalasPadam
  3. wow.. cam gempak je? All the best! :)

    BalasPadam
  4. tak rugi jadi pembekal yg cekap
    malah untung pula yg akan berlipat ganda

    BalasPadam
  5. dekat lelong ni ramai seller yang dah diakui dan dipercayai..jadi nak beli dekat sana lebih yakin

    BalasPadam
  6. memang harus bisa memanfaatkan peluang terbaik mendapatkan barang dengan lebih murah

    BalasPadam
  7. Menariknya barangan ni. Anak-anak Mek ila pasti suka untuk explore ~

    BalasPadam
  8. Lelong memang tempat aku shopping..ehehe..kt situ juga boleh cari supplier best best..:D

    BalasPadam
  9. Belum pernah try lagi beli dari lelong.my. tapi kalau sudah diakui servis terbaik ni, pasti akan oder lepas ni. Good luck mr Anuar

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra