Selasa, 28 Februari 2017

Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila saya sebut tentang Sifu FBAds tentu ramai orang kenal kan?
Siapa tak kenal. Pakar FBAds nombor 1 di Malaysia tu.

Sumber : Klik Di Sini
Biasanya setiap kali beliau buat seminar tentang FB Ads, habis licin semua seat. Rekod kejayaan seminar beliau pernah dihadiri hampir 2500 peserta.

Yang terbaru, seminar FBAds yang beliau anjurkan di Wisma MCA pada 25 Februari yang lalu telah dihadiri lebih 1500 orang peserta. 

Memang penuh Wisma MCA tu. Semua peserta datang dengan satu tujuan. Nak belajar ilmu tentang FB Ads. Nak majukan Bisnes supaya jauh ke depan. Mampu mengatasi pesaing-pesaing lain.

Memang beruntung siapa yang dapat menghadiri seminar tersebut. Dapat berpeluang berguru dengan Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang.

Ya.. Tidak dapat dinafikan lagi! 
Sifu FB Ads merupakan student Irfan Khairi yang sangat cemerlang pada ketika ini. Mungkin juga yang paling cemerlang diantara student-student Irfan Khairi yang lain.

Buku Fizikal Usahawan Internet Pertama yang pernah saya baca

Kalau nak cerita tentang Sifu FB Ads ni memang banyak. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak tahun 2009 lagi. Masa tu beliau banyak menjuarai cabaran-cabaran affiliate yang dianjurkan oleh usahawan-usahawan internet tempatan.

Daripada seorang jurutera, bertukar profesion kepada usahawan Internet sepenuh masa. Setelah mendapati gaji sebagai usahawan internet melebihi 5 kali ganda gaji bulanan beliau sebagai seorang penjawat awam.

Di awal pembabitannya dalam bidang keusahawanan Internet, beliau banyak menghasilkan ebook. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan antara salah satu ebook yang berjaya menaikkan namanya dan ebook ini masih lagi dijual sehingga sekarang. Cuma diuruskan jualannya oleh orang lain.

Sekarang ni Sifu Jamal, aktif menerbitkan buku-buku fizikal.

Koleksi Buku Fizikal terbitan Sifu FBAds

Setakat ini saya sudah pun memiliki dua daripadanya. Sebuah berjudul Roket Emel tulisan Najib Asadok (Student Sifu Fb Ads) dan sebuah lagi buku Formula SifuFbAds.

Buku Formula SifuFbAds antara koleksi buku yang saya miliki 

Kata orang mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan?
Inilah yang dapat saya simpulkan, bila terpandang buku Irfan Khairi dan Buku Sifu Jamal yang terdapat di rak buku rumah saya.

Buku Irfan Khairi dan Buku Sifu FB Ads yang terdapat di rak buku rumah saya

Buku yang warna merah tu saya dah habis baca. Buku yang warna coklat tu saya baru baca separuh. hehehe..

Yang Terbaru!!!

Boleh Download Percuma ->> KLIK DI SINI

Sekarang ni Sifu Fb Ads dah keluarkan pakej Video Pemasaran Internet bertajuk HIGH IMPACT NEWBIE.  

Dalam pakej ini terdapat 11 Video Step By Step Belajar Online Marketing Untuk Newbie

Sumber : Klik Di Sini 

Bukan setakat satu Video yer... Tapi ada 11 Video kesemuanya... Berita baiknya kesemua Video ini boleh dimuat turun secara Percuma...

Memang pemurah betul Sifu FB Ads ni.. Dahlah video yang dihasilkan berkualiti tinggi.. Sarat dengan info tentang pemasaran internet. Boleh bagi Percuma macam tu jer.. 

Bukan murah ye kos yang dikeluarkan untuk hasilkan video macam ni. Bila orang dah bagi Percuma. Memang rugilah kalau tak ambil.

Sumber : Klik Di Sini 

Yang penting sekali, Video ini akan memberi Impact yang tinggi kepada Newbie..

Dalam Video ini anda bukan sahaja akan diajar oleh Sifu FbAds sorang. Tapi juga turut diajar oleh student-student Sifu FbAds yang masing-masing dah bertaraf sifu dalam dunia pemasaran internet.

 Antara Sifu-Sifu yang akan berkongsi ilmu pemasaran dalam Video HIGH IMPACT NEWBIE
Sifu Munir. Sumber : Klik Di Sini 
 Sifu Safwan. Sumber : Klik Di Sini 
Sifu Syafiq . Sumber : Klik Di Sini 

Anda perasan tak?
Setakat ni dah berapa orang nama student Sifu Fb Ads yang saya dedahkan?

Dah ada 4 orang kan? Betul tak?

Sebenarnya ini sebahagian sahaja Student Sifu Fb Ads yang dah berjaya. Sebenarnya kalau nak diikutkan ada ramai lagi di luar sana termasuk ahli perniagaan terkenal, artis, bekas penjawat awam (Resign sebab dah kaya), ustaz, ustazah, selebriti, dan lain-lain. 

Sebab tu tak rugi kalau anda dapatkan video ini. Sebab Dah terlalu ramai student Sifu Fb Ads yang telah berjaya. 

Baiklah.. Tentau anda nak tahu, apa yang terkandung dalam Video ini?

11 Video Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Menghentam Sales Yang Luar Biasa HEBAT! 
  • Video 1-3 Selecting the product and choosing a niche (Self-Expertise, Product Demand & Interest) Pemilihan Produk
  • Video 4-5 Product VALIDATION (Tools & Survey)
  • Video 6 STRATEGI Buat Duit Dengan Online Tanpa MODAL
  • Video 7 The FASTEST and EASIEST platform to start selling your product (2 Platfom Menjual)
  • Video 8 The SECRET of Profile FB vs FB Page
  • Video 9 The POWER of branding (Pemilihan nama Page)
  • Video 10 RESTRUCTURING your page like an EXPERT (Kemaskini FB Page)
  • Video 11 MOST PROVEN FB Ads Techniques (Boost Post)

Dapatkan 11 Video Step By Step Belajar Online Marketing Untuk Newbie (Klik Banner di bawah)


Jangan lepaskan peluang ini. Video ini edisi TERHAD

12 ulasan:

  1. Terbaik.. hebat betul. Sangat2 memberi inspirasi.. Doakan kejayaan saya juga :D

    BalasPadam
  2. lepas nie pulak seorang blogger cemerlang ..sifu Anuar..

    sanggup berhenti kerja kerana sudah ada pendapatan 6 angka..

    pada masa itu jangan lupa untuk cari saya ..

    nak buat Quotation takaful..

    hehehe..sekadar bergurau tuan

    BalasPadam
  3. hebat hebat... paling hebat bila dia pulak yang ajar org lain

    BalasPadam
  4. ramai dah makin celik fbads sekarang ni thanks kepada mereka semua

    BalasPadam
  5. memang handal masing-masing ni..
    saya masih tengah kaji fbads ni

    BalasPadam
  6. Terbaik..dpt ilmu, terus beramal dan berjaya..

    semoga bro juga berjaya dlm bidang yg diceburi..

    BalasPadam
  7. Terimakasih infonya.salam kenal lagi dari newbie

    BalasPadam
  8. selalu sangat baca pasal diorng ni kat fb

    BalasPadam
  9. Memang power sifu Jamal ni..saya dah ikuti beliau sejak beberapa tahun lalu sebelum beliau terkenal lagi. Alhamdulillah, beliau memang suka berkongsi dan tidak kedekut ilmu.

    BalasPadam
  10. ummi ada juga follow mereka yang jadi sifu fb ads ni..banyak ilmu yang dikongsikan

    BalasPadam
  11. Tak kedekut ilmu! Dia cerita semuanya siap attach dengan pengalaman~ Antara sifu online marketing yang saya attend course dia. Baca blog dia pon banyak info yang dia share.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra