Isnin, 6 Jun 2016

Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sememangnya tidak dapat dinafikan.. nama Najib semakin popular sejak akhir-akhir ini.. Lebih-lebih lagi bila nak dekat pilihan raya.. betul tak?

Opppsss... Maaf.. Najib yang ingin saya kongsikan dalam artikel ini bukanlah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, perdana menteri kita... tapi ni Najib yang lain..


Najib yang ingin saya kongsikan ini, langsung tiada kaitan dengan mana-mana parti politik..

Tapi, populariti beliau semakin meningkat sejak akhir-akhir ini di facebook..

Kesannya, boleh kita lihat bilangan follower pada fanpage beribadi beliau.. sekarang ni dah pun mendapat lebih 200K like..

Fanpage Najib dah ada lebih 200K Like (Klik Di Sini)

Najib yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Najib Asadok, seorang usahawan internet sepenuh masa... yang telah membantu ramai usahawan-usahawan internet di Malaysia melalui siri seminar yg telah beliau anjurkan..

Nama beliau semakin di sebut-sebut apabila beliau pernah menjadi speaker jemputan dalam siri seminar Dr. Azizan Osman.. 

Dan yang terbaru.. buku sulung beliau telah diterbitkan oleh Sifu Jamal FBAds..

Dengan wujudnya buku ini, secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan kedreabiliti beliau sebaris dengan usahawan-usahawan internet dan konvensional terkenal di Malaysia..


Buku Fizikal Sulung Tulisan Najib Asadok sudah berada di pasaran..

Syukur Alhamdulillah.. saya juga telah mendapatkan buku sulung beliau, pada bulan lepas.. dah lebih sebulan saya beli buku ini... tapi baru sempat baca beberapa muka surat....


Buku Roket Email.... Masih dalam proses membacanya..


Walaupun saya baru membaca buku ni dalam beberapa muka surat sahaja... Tetapi setakat ni, rasa puas hati membacanya.... 

Dalam bab terawal buku ini ada menceritakan pengalaman peribadi penulis dari kecil sehingga dewasa. Daripada beliau mula mengenali bidang keusahawanan sejak di bangku sekolah, terlibat dalam MLM semasa belajar di Universiti, sambung kerjaya dalam bidang MLM setelah tamat pengajian di Universiti, kemudian cuba melibatkan diri dalam bisnes internet setelah membaca buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet terbongkar, terlibat dalam berniaga secara Dropship melalui Ebay, belajar bisnes internet dengan menjual produk Digital melalui Sifu FB Ads, Menjadikan Dr. Azizan Osman sebagai mentro dalam perniagaan..... Sehinggalah beliau berjaya menjadi salah seorang Sifu Pemasaran Internet terkenal seperti sekarang...

Segala info yang dikongsikan dalam buku ini sangat-sangat memberi motivasi kepada saya... Cuma, masih belum sempat nak baca buku ni sehingga habis...

In Shaa Allah, selepas saya membaca buku ini sehingga tamat nanti... Saya percaya banyak ilmu pemasaran internet yang dapat saya pelajari.... Dan saya akan cuba memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut dengan sebaiknya..

Kepada rakan-rakan yang belum mendapatkan buku Najib Asaddok ni, eloklah dapatkannya dengan secepat yang mungkin...

Selain daripada buku Najib Asaddok ni, saya juga nak rekemankan kepada anda beberapa bahan bacaan lain yang saya kira cukup bermanfaat... Antaranya:

Sumber : Klik Di Sini

Info Berkaitan:

7 ulasan:

  1. Najib asaddok nie memang semakin glamer sekarang nie.. banyak seminar dye buat

    BalasPadam
  2. pernah p kelas momentum internet najib assadok.memang best. cuma kelas utk advance jer belum.

    BalasPadam
  3. Memang setiap hari ada ja muka najib ni lalu di newsfeed

    BalasPadam
  4. najib assadok ni tengah naik daun,dan selalu nampak muka dia jekat fb...

    BalasPadam
  5. ingatkan najib yang seorang lagi tu

    BalasPadam
  6. Moga banyak yang boleh dipelajari pengalam yang ada pada najib Asaddok.

    BalasPadam
  7. Rupanya orang yang bernama Najib ini banyak ong dan sentiasa mendapat nama dengan kejayaan mereka.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra