Khamis, 18 Julai 2013

Cikgu Hafis dan Najib Asaddok antara usahawan Internet yang patut anda kenali

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
"Cikgu Hafis dan Najib Asaddok antara usahawan Internet yang patut anda kenali"
Itulah antara kata-kata yang terbit dari lubuk hati saya, apabila berpeluang bertemu dengan mereka sewaktu menghadiri JomNiaga Summit 2013

Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua usahawan internet ini mempunyai aura tersendiri... Dan sememangnya mampu menjadi usahawan internet yang disegani di Malaysia... Walaupun cara penampilan mereka nampak simple sahaja, Tidak nampak seperti golongan orang-orang yang bergaji besar... Tetapi secara realitinya pendapatan bulanan mereka melalui internet menjangkau 5 angka pada setiap bulan..

Disebabkan itu, tidak hairanlah mereka boleh menjadi usahawan internet secara sepenuh masa.. Dengan pendapatan melalui internet yang mereka perolehi pada setiap bulan boleh digunakan untuk membayar duit kereta, rumah, bil-bil, belanja dapur, buat pergi jalan-jalan dan sebagainya... 

Sebagai contoh kejayaan mereka... 

Dalam cabaran Affiliate di JomNiaga umpamanya... pada ketika ini Mohd Najib Asaddok sedang mendahului ajen Affiliate lain bagi tahun 2013 dan diikuti oleh Cikgu Hafis di tempat yang kedua... Untuk maklumat lanjut, Anda boleh melihat gambar di bawah: 

Kredit : JomNiaga

Pada ketika ini kedua-dua mereka telah berjaya mengalahkan penerima hadiah Top Affiliate pada tahun lepas iaitu Razif Yusof yang pada ketika ini berada di tempat yang ke 6... Malah mereka juga telah mengalahkan Founder JomNiaga sendiri iaitu Mr Gobala Krishnan

Pada tahun 2012, Mohd Najib Asaddok  hanya berada di tempat yang ke 9 manakala Cikgu Hafis berada di tempat yang ke 3.. Sorang daripada tempat ke 9 terus melonjak ke tempat pertama dan sorang lagi daripada tempat ke 3 naik satu anak tangga ke tempat kedua.. Memang handallah mereka berdua ni...

Kredit : JomNiaga

Dengan kejayaan yang telah mereka capai pada ketika ini, pastinya mampu memberi suntikan motivasi kepada usahawan internet yang lain untuk lebih berdaya saing secara positif.. Supaya boleh dapat memperbaiki pencapaian pada tahun lepas.... In shaa Allah..  

Ini baru satu CONTOH cabaran Affiliate.. Belum tengok lagi cabaran Affiliate yang lain...Pada tahun 2013 kebanyakan cabaran Affiliate yang disertai oleh kedua-dua usahawan intenet ini semuanya membuahkan hasil.. Mohd Najib Asaddok  dan Cikgu Hafis sering berada dalam Top 3 bagi setiap cabaran Affiliate... Sebagai contoh... tengok dalam gambar di bawah:


Kredit : Projek-Raya

Najib Asaddok berada di tempat kedua setelah berjaya menghasilkan 49 jualan dan komisyen sebanyak RM6125 berjaya beliau perolehi.. Manakala Cikgu Hafiz berada di tempat ke 3 dengan 41 jualan dan komisyen sebanyak RM5125 berjaya beliau perolehi..

Satu lagi contoh cabaran Affiliate yang lain:

Kredit : Nasihat Niaga

Najib Asaddok berjaya menghasilkan 67 jualan.. Dan komisyen sebanyak RM7380 berjaya beliau perolehi... 

Memang terbaiklah pencapaian mereka berdua ni.. Menjadi Top 10 Affiliate pastinya impian setiap usahawan internet.. Tapi kalau boleh dapat jadi Top 3 Affiliate  itu dah kira tahap 'sifu' dah tu...


Sekiranya anda rajin mencari beberapa lagi info tentang cabaran-cabaran affiliate yang telah mereka sertai, pastinya anda akan rasa kagum dengan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka kecapi.. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka boleh dapat income 5 angka sebulan... walaupun bekerja sebagai "tukang basuh baju" dekat rumah pada setiap hari... ;)

Tentu anda tertanya-tanya... Siapakah sebenarnya gerangan mereka berdua ni... Apa kepakaran mereka yang sebenar?..  Dan apa produk sebenar yang mereka jual di internet? ... Takkanlah mereka menjana pendapatan dengan hanya memasarkan produk orang lain sahaja, tanpa mempunyai produk sendiri... 

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua mereka ni sebenarnya adalah seorang sifu...

Najib Asaddok adalah Sifu dalam mengendalikan bengkel Ebay dan DropShip.. Dah banyak siri beliau mengadakan bengkel ini, dan dah banyak pun pelajar bengkel beliau yang dah berjaya menjana pendapatan di ebay.. Saya sebenarnya teringin juga nak menghadiri bengkel beliau, tapi masih belum berkesempatan lagi... kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang bengkel yang beliau anjurkan, saya syorkan anda klik pada banner di bawah: 



Seterusnya... 

Cikgu Hafis juga adalah seorang Sifu... Dulu beliau merupakan cikgu Tuisyen.. Tapi sekarang ni dah tak jadi Cikgu tuisyen lagi, sebaliknya jadi Cikgu kepada usahawan internet yang lain.. Beliau pakar dalam teknik Flippa, iaitu menjual "hartanah Maya".. 

"Apa dia Hartanah Maya ni?"

Hartanah Maya merupakan istilah bagi Blog atau laman web... Beliau menghasilkan blog atau laman web.. Kemudian bila blog dan laman web tersebut telah siap atau hampir sempurna, beliau jual dekat sesiapa yang berminat... Harga Laman web atau blog yang beliau jual bergantung kepada potensi blog atau laman web tersebut untuk memberi pendapatan kepada bakal pembeli beliau nanti... jadi kalau nak tahu lebih lanjut teknik Flippa ini, saya syorkan anda klik pada banner di bawah:


Ok... Cukuplah perkongsian saya setakat ini tentang dua orang 'sifu' yang saya kenali dalam usahawan intenet... Sekiranya anda rajin mencari info tentang mereka berdua ni, mungkin anda boleh mendapat lebih banyak tips untuk menjadi pakar Affiliate atau usahawan internet berjaya... Antara strategi pemasaran internet yang mereka lakukan ialah dengan mengadakan bengkel, Webina, pemasaran melalui email, melalui Youtube, dan pemasaran melalui Facebook

5 ulasan:

  1. wow! kena berguru dengan diorang ni

    BalasPadam
  2. ada list yang mantap..memang senang nak dapat..hoho

    BalasPadam
  3. jom kita korek ilmu banyak-banyak dari diaorang ...

    BalasPadam

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra