Khamis, 15 September 2011

Sehari Bersama Ikon Jutawan Internet Malaysia (Irfan Khairi) Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

with 1 comment
Ikon Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi telah berkunjung ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada 14 September 2012 bagi menjayakan "Career Clinic" yang merupakan salah satu pengisian dalam Program Kebolehpasaran Graduan Politeknik KPT 2011..


Program Kebolehpasaran Graduan merupakan satu program yang dirangka untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar semester akhir politeknik KPTM supaya memudahkan mereka mencari pekerjaan setelah menamatkan pengajian nanti..

Program ini telah dihadiri oleh para pelajar Diploma semester 5 dan semester 6 dari pelbagai program pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor.. Selain itu beberapa orang pensyarah juga turut sama menjayakan program ini.. Termasuk saya ;)


Kehadiran Irfan Khairi ke program ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh warga PSIS yang terlibat.. Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk mengikuti kisah kejayaan Irfan Khairi sebagai seorang usahawan internet.. Sehingga membolehkan beliau memperolehi sejuta ringgit yang pertama dalam usia yang muda, iaitu ketika berumur 25 tahun..


Diharapkan dengan perkongsian ilmu yang diberikan oleh Irfan Khairi melalui program ini, akan dapat membantu para peserta mewujudkan peluang pekerjaan kepada diri sendiri setelah menamatkan pengajian nanti.. Sebagai seorang usahawan.. Insya Allah..

Berikut merupakan antara beberapa gambar yang dapat saya kongsikan.. Sepanjang program ini dijalankan di Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan idris Shah (PSIS) bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang..


Apakah yang cuba dikongsikan oleh Irfan Khairi tentang kisah kejayaan 3 orang Billionaire ini??

Nak tahu jawapannya?? Saya akan kongsikannya di blog Sembang Hari2 

Khusuknya para pelajar ini mendengar perkongsian ilmu dari Irfan Khairi

Irfan Khairi dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri..

Semoga para peserta juga berjaya mencapai matlamat yang mereka impikan pada satu hari nanti..
Seperti matlamat yang diimpikan oleh Irfan Khairi ketika berumur 18 Tahun...

Nak tahu kisah selanjutnya nantikan entri saya di Blog Sembang hari2

Irfan Khairi menunjukkan salah satu contoh laman web usahawan internet yang berjaya..

Irfan Khairi sempat bergambar bersama beberapa orang peserta wanita..

Bergambar kenangan bersama beberapa orang peserta lelaki..

Orang kuat yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, Pn. Iffah..

Sememangnya berbaloi menghadiri program ini.. Tambahan pula para peserta tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mengikuti program ini.. Semua bayaran ditanggung oleh pihak pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).. atau dengan erti kata lain, menggunakan wang kerajaan..

Selepas berakhirnya program ini, diharapkan para peserta akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu keusahawanan yang diperolehi untuk berjaya dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi...

Sekiranya anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang info-info yang dikongsikan oleh Irfan Khairi, jangan lupa lawati Blog Sembang Hari2.. 

Insya Allah saya akan kongsikan info-info tersebut secara beransur-ansur untuk tatapan para pelajar dan rakan-rakan saya...

Disamping itu, jangan lupa untuk mendapatkan ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet.. Cara nak dapatkannya mudah sahaja.. 

Anda hanya perlu klik pada gambar di bawah untuk memuat turun ebook ini secara Percuma..

Muat Turun Secara Percuma (Tekan Di Sini)


Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Insya Allah kalau ada rezeki, kami akan jemput lagi Irfan datang ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sebagai penceramah jemputan.. Manalah tahu dengan kunjungan beliau akan dapat membantu melahirkan lebih ramai Jutawan Internet dari Kalangan pelajar Politeknik... ;)


Anda Juga Mungkin Meminati:
Kaedah Menentukan Pemenang Pertandingan
Al-Kisah 1: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini) 
Al-Kisah 2: Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog Paling Popula (Klik Di Sini)
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda?? (Klik Di Sini)
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda?? (Klik Di SIni)
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra