Ahad, 3 Januari 2016

Sumber Inspirasi Kejayaan 2016 : Daripada Seorang Guru Kini Jutawan

with 22 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2016 baru sahaja membuka tirainya. Di awal tahun baru ini, biasanya kita mempunyai azam tahun baru yang berkobar-kobar.

Untuk mencapai Azam tersebut, kita memerlukan suntikan motivasi dan perancangan yang betul supaya matlamat yang kita tetapkan dapat dicapai dengan jayanya.

Untuk itu, dalam entri kali ini saya nak kongsikan salah satu sumber Inspirasi Kejayaan 2016.. Daripada Seorang Guru Kini bergelar Jutawan


"Qu Putih.. Qu Putih.. Barulah Putih!!!!.... Muahhhh" 

TagLine yang terus menjadi viral sehingga kini... sehinggakan anak saya yang baru berumur 2 tahun pun tahu tentang tagline ini...

Siapa lagi orangnya... Tak lain tak bukan, Beliau yang saya maksudkan ialah  Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr. Hasmizah Othman..

Dahulunya beliau merupakan seorang guru, kini menjadi jutawan Kosmetik yang menjadi sebutan ramai... Beliau kerap muncul di kaca televisyen apabila menjadi penaja kepada beberapa rancangan televisyen yang digemari ramai seperti Anugerah Juara Lagu 29, Gegar Vaganza dan Gegar Vaganza 2. 


Dan yang terbaru, juga sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.. Tentang syarat yang ditetapkan oleh Dato Seri Vida untuk menjadi Penaja kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atau juga dikenali sebagai The Red Warrior (TRW)... 


Banglo atau Resort yang dimiliki oleh Dato Seri Vida Berharga RM22 juta di Meru, Ipoh, Perak.

Kagum dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Dato Seri Vida... Siapa sangka bermula dengan kerjaya sebagai seorang guru, kini telah menjadi seorang yang sangat dikenali di Malaysia dan memiliki kekayaan yang cukup luar biasa..

Nak tahu betapa berjayanya Dato Seri Vida ini, jom tonton video dibawah: 




Kenali Dato Seri Vida
Posted by HD/SD Malay Film on Saturday, 2 January 2016


Antara kekayaan yang dimiliki oleh Dato Seri Vida ialah:
  • Sebuah Banglo/Resort mewah 4 tingkat (dah macam istana) yang lengkap dengan kemudahan lif, Swimming Pool, Taman, keselamatan dan sebagainya bernila RM22 juta.
  • Memiliki 4 buah banglo yang lengkap dengan segala perabot yang dibeli untuk anak-anak beliau 
  • Memiliki 17 buah rumah di ipoh yang langsung tidak disewakan
  • 20 buah Kenderaan mewah antaranya Lamborghini, Bantley (Guna buat pusing-pusing taman jer), Motor Harley Davidson yang berharga hampir RM300,000, Toyota Vellfire yang lengkap dengan massage Chair dan Peti Ais, MPV Lexus (Buat pergi pasar jer) dan lain-lain..
Ternyata kejayaan dan kekayaan luar biasa yang beliau miliki dapat dijadikan sumber inspirasi kepada orang lain. 

Terutamanya pada awal tahun baru 2016 ini. Dimana setiap orang mempunyai Azam tahun baru masing-masing. Ada matlamat dan misi yang ingin dicapai.

Semoga kita berjaya mencapai matlamat yang kita impikan. In Shaa Allah..



22 ulasan:

  1. pergh! aset sahaja yang di belinya. 

    memang midset orang kaya, beli aset daripada liabiliti :) 

    BalasPadam
  2. mmg boleh buat motivasi.. 

    smoga azam tahun tercapai.. 

    BalasPadam
  3. memang hebat sekali..aku yang duk Ipoh ni pun tak penah lagi tengok rumah dia.aahah

    BalasPadam
  4. mmg hebat dato vida ni..
    menjadi teknik marketing dia

    BalasPadam
  5. SEMUANYA BERMULA DENGAN "M.I.M.P.I"!
    BERANI LAH BER.M.I.M.P.I!!!
    TAK RUGI PUN... TAK PERLU KELUAR DUIT! JIKA TAK TERCAPAI REALITINYA, AT LEAST KITA DAH M.I.M.P.I.KAN KEJAYAAN ITU!!!

    BalasPadam
  6. SEMUANYA BERMULA DENGAN "M.I.M.P.I"!
    BERANI LAH BER.M.I.M.P.I!!!
    TAK RUGI PUN... TAK PERLU KELUAR DUIT! JIKA TAK TERCAPAI REALITINYA, AT LEAST KITA DAH M.I.M.P.I.KAN KEJAYAAN ITU!!!

    BalasPadam
  7. kekayaan melimpah ruah... terperanjat den tengok harga Dato seri vida ni.

    BalasPadam
  8. inspired sangat. #lakarhidupsendiri www.fauzisabri.com

    BalasPadam
  9. dia tak lokek.

    semoga ada ramai lagi usahawan wanita macam ini satu hari nanti.

    BalasPadam
  10. Kejayaan bagi mereka yang ambil tindakan. :)

    BalasPadam
  11. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang positif boleh diambil. Yang tak berapa enak kita jadikan iktibar.

    BalasPadam
  12. yang rajin usaha dan sukakan cabaran memang tak mustahil untuk berjaya

    BalasPadam
  13. Memang tabik spring dengan Dr.Vida ni, banyak memiliki hartanah yang bernilai jutaan ringgit

    BalasPadam
  14. impian jadi realiti bila kita ambil tindakan

    BalasPadam
  15. memang kaya habis dato vida ni kalau leh sponsor bola.

    BalasPadam
  16. Kehebatan anok klate Dato Seri Vida yang hebat diperkatakan sekarang ini telah mengalahkan Yusmira Trading yg berasal daripada klate juga dan pernah taja TRW.

    Moga beliau terus membuat sumbangan dan tajaan untuk orang2 yang memerlukan.

    Tapi awas... kalau kaya sangat, keselamatan diri perlu dijaga. Kena upah bodyguard. Pasti ada yang irihati dengan beliau nanti.

    Kita doakan agar ia tidak seperti Dato Susilawati yang ??? menjadi cerita tergempar sebelum ini.

    BalasPadam
  17. kene guru depan2 ni baru berkat..nak depan2 kene bayar berapa ye agak2..

    BalasPadam
  18. Perghhh...terbaiklah dato vida..marketing pelik mmg menjadi terlajakaarisss..

    BalasPadam
  19. hi menarik tw perkongsian ni.. done follow, follow me back :)

    BalasPadam
  20. tengok video ni..bling2 je mata tengok semua barang kemas dato vida...sib baik ckp simpan dalam bank..kena upah bodyguard..risau ada niat yg tak baik pas tgk rancangan tv terlajak puteh ni..

    BalasPadam
  21. perghhh rumah 22 juta! memang mampu tengok jelah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra