Selasa, 9 Ogos 2016

3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama tak tulis cerita tentang Motivasi atau Artikel yang dapat membakar semangat.. 

Kebetulan pula sekarang ni dah berada dalam bulan Ogos. Ada sesetengah orang, motivasi yang mereka miliki semasa awal tahun yang lalu dah mula luntur. Untuk mengembalikan semangat yang dah luntur ni, ada baiknya kalau saya tulis satu artikel yang dapat membantu pembaca menyemarakkan kembali semangat tersebut.

Dari sinilah tercetusnya idea untuk menulis entri ini.... Tentang 3 usahawan yang sudi berkongsi pengalaman mereka yang pernah berhadapan dengan Muflis (Bankrap) sebelum jadi Jutawan.


3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrup sebelum jadi Jutawan

Bila sebut tentang Bankrap, pastinya ia suatu perkataan yang cukup menakutkan bagi kebanyakan orang. Bila seseorang diisytiharkan Bankrap oleh pihak mahkamah, kemudahan-kemudahan yang kita miliki sebelum ini tidak lagi dapat kita nikmati, antaranya: 
  • Semua akaun simpanan akan ditutup segala transaksi akan disekat.
  • Segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)
  • Tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah.
  • Hilang kelayakan daripada Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;
  • Hilang kelayakan daripada Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tataterti Jabatan/KPI);
  • Hilang kelayakan daripada Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
  • Hilang kelayakan untuk Mengamalkan profesion tertentu;
  • Hilang kelayakan untuk Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;
  • Hilang kelayakan Bekerja dalam perniagaan saudara;
  • Hilang kelayakan untuk Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
  • Hilang kelayakan Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap. 
  • dan lain-lain  
Ya.. Banyak kemudahan/kelebihan yang kita miliki pada hari ini akan disekat apabila seseorang itu diisytiharkan Bankrup atau Muflis oleh pihak mahkamah. 

Fuhhh... Nauzubillah... Semoga kita dijaukan daripada berhadapan dengan situasi seperti ini... Situasi yang pernah dihadapai oleh 3 orang Usahawan iaitu:


1) Dato' Alif Syukri - Terlajak Laris


Siapa sangka usahawan muda berhati kental yang terkenal dengan Tagline "Terlajak Laris"  iaitu Dato' Aliff Syukri Kamarzaman pernah melalui pengalaman Bankrap.
"Sebelum bergelar jutawan dia juga pernah disamun ketika mempromosikan produk dari rumah ke rumah. Ditambah lagi dengan enam kali pengalaman bankrap, Aliff berkongsikan pengalamannya itu di dalam bukunya."
Menurut beliau, beliau pernah melalui pengalaman bankrap sebanyak 6 kali. Bukan sekali yer... Tapi 6 kali... Dan beliau ada kongsikan pengalaman tersebut dalam buku beliau yang bertajuk "Bermula Sebuah Kisah"

Buku tulisan Dato' Aliff Syukri... Terlajak Laris.
Sumber : @aliffsyukriterlajaklaris
"Bila seseorang yang bermula dari bawah dan berjaya bergelar usahawan dan jutawan berjaya sudah tentu memiliki banyak kisah pahit manis dalam perjuangan mereka itu"
Inilah yang cuba dikongsikan oleh pengasas kosmetik D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd. Beliau berkongsi pengalaman suka dukanya menceburi bidang perniagaan dalam buku beliau setebal 175 muka surat.

Sekiranya anda berminat untuk membaca pengalaman Datuk Aliff Syukri yang pernah bankrap sebelum jadi jutawan, anda boleh dapatkannya secara online menerusi laman web BookCafe.com.my
Sumber : BookCafe.com.my


2) Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) - Jutawan Senyap

Usahawan kedua yang sudi berkongsi pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan ialah Chef Li @ Dato' Dr. Rusly Abdullah. Atau lebih dikenali sebagai Jutawan senyap

"Chef Li, penulis buku best saller berjudul Jutawan Senyap juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan. Kegagalan tersebut telah menyebabkan rumahnya disita kerana tidak mampu untuk membayar hutang-hutang yang telah tertunggak. Bagaimanakah agaknya jika kita berada dalam keadaan seperti ini? Keadaan di mana seakan-akan nyawa berada di hujung tanduk. Kerana pada bila-bila masa sahaja beliau boleh diisytiharkan muflis! "

Untuk makluman, pada asalnya Chef Li merupakan seorang pegawai bank. Sebagai seorang pegawai Bank dah tentu setiap hari kerjanya adalah berurusan dengan wang. Tetapi ironinya beliau sendiri tiada duit, kerana semua duit yang diuruskan adalah duit orang lain. Dari situ beliau mengenalpasti kebanyakkan orang yang mempunyai banyak simpanan wang di bank adalah dalam kalangan orang berniaga, dan mereka menyimpan wang hampir setiap hari.

Kisah tersebut ada dikongsikan Oleh Chef Li dalam buku beliau berjudul "Menjejaki Jutawan Senyap"


Sumber : Klik Di Sini

Disebabkan kagum melihat semangat dan hasil yang ditunjukkan oleh para peniaga pasar malam, Chef Li sanggup meninggalkan pekerjaan beliau sebagai Pegawai bank untuk menjadi peniaga pasar malam... 

Sebab apa? Sebab peniaga pasar malam boleh menjana pendapatan dengan menjual.. Sedangkan sumber pendapatan beliau sebagai pegawai bank, hanya terhad kepada gaji yang dibayar olah majikan sahaja.. 

Rezeki orang yang berniaga tak sama dengan rezeki orang yang bekerja makan gaji..

Rezeki orang yang berniaga, 100% terletak di tangan Allah S.W.T.. Allah boleh memberikan limpahan rezeki kepada mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki.. Seperti yang tertulis dalam Surah At-Thalaaq, Ayat 2-3 yang bermaksud:


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq, Ayat : 2 -3)

Justeru itu, jalan keluar terbaik untuk menangani masalah ekonomi adalah dengan berniaga..


Chef Li mula menceburkan diri dalam bisnes makanan dengan membuka kilang burger, tetapi malangnya gagal pada peringkat awal. Pada ketika itulah beliau mendapat mentor, dan mentor memberi semangat dengan memberikan idea supaya beliau menjalankan bisnes burger di pasar malam.
"Sepatutnya, apabila bisnes tersebut tidak serasi dengan diri kita, kita perlulah melalui proses penserasian , ataupun menukar bisnes lain. Seperti saya, bisnes burger terbukti tidak serasi dengan diri saya. Guru saya berkata, jiwa saya sesuai dengan bisnes latihan, dengan mengadakan seminar, kursus-kursus.

Tetapi disebabkan bisnes burger tersebut membuatkan saya bankrap, bisnes itu dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah saya. Caranya, saya berpesan kepada ‘mereka’ supaya kembalikan hidup saya kepada asal. Ramai yang menuduh bahawa saya gila.

Tetapi saya tetapkan pendirian saya, saya tetap tidak gila bahkan perniagaan saya cepat berkembang daripada mereka. Untuk belajar bersama saya, peserta perlu berfikiran lateral, bukan konvensional."
Chef Li - Majalah Niaga Isu 17

Apa yang dilakukan oleh Chef Li sebenarnya pernah dilakukan oleh Donald J. Trump pada tahun 1991. Di mana pada ketika itu, Donald Trump hampir bankrap dengan mempunyai hutang peribadi berjumlah USD950 juta. dan hutang keseluruhan berjumlah USD5 Bilion 

Tetapi, dengan kebolehan Donald Trump memprogramkan minda separa sedarnya menjadi minda jutawan telah menjadikan beliau kembali menguasai arena keusahawanan. dan terus menyerlah di mata dunia sehingga sekarang.
“Trump pernah bankrap dan hilang segala-galanya. Namun, dia mampu bangkit dan kembali menguasai dunia korporat. Rahsia hanya satu, MINDA JUTAWAN.”

Ok... Berbalik semula kepada kisah Chef Li... 

Alhamdulillah, setelah berjaya membebaskan diri daripada bankrap, beliau berjaya memiliki 5 buah gerai. 1 gerai di bawah jagaan beliau, manakala 4 gerai lagi dijaga oleh orang lain. Dalam masa yang sama beliau juga dapat menyelesaikan hutang dan menyimpan wang ratusan ribu ringgit.

Dalam tempoh 5 tahun beliau melibatkan diri dalam bisnes pasar malam, beliau sudah mencapai status bebas kewangan dan mempunyai simpanan yang stabil. Bahkan ketika itu, beliau mampu membeli kereta mewah, Mercedes Benz.


3) Hafiz Mansor - Pengasas Cool Hijab

Usahawan terakhir yang sudi berkongsi pengalaman Bankrap sebelum jadi kaya ialah saudara Hafiz Mansor, Pengasas Cool Hijab.

Walaupun nama beliau mungkin kurang dikenali berbanding 2 orang usahawan yang lain, tapi percayalah... Perkongsian yang beliau sampaikan tentu lebih berharga.... Beliau mendedahkan secara ekslusif bagaimana dirinya boleh diisytihar muflis sampai keluar surat khabar. Kemudian berjaya serta kaya dalam tempoh 6 bulan selepas itu. Pasti bukan calang-calang orang mampu melakukannya. Hanya mereka yang berjiwa kental dan bersemangat waja sahaja mampu melakukannya..



Kesemua info tersebut ada didedahkan oleh pengasas Cool Hijab, dalam buku beliau bertajuk "Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya". Buku ini sangat sesuai dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia, terutamanya untuk mereka yang sedang berhadapan dengan masalah: 
  • Bankrup dan tak tahu bagaimana nak bangkit semula?
  • Banyak hutang dan semakin bertambah beban?
  • Murung selepas hilang jutaan ringgit?
  • Ditipu dan dipergunakan rakan perniagaan?
  • Buat macam-macam tapi tak kaya-kaya?
  • Dalam proses nak bankrup akibat berhutang dengan bank?
  • Belum bankrup dan takut terjadi?

Nasihat Positif Hafiz Mansor kepada mereka yang mempunyai masalah di atas:


"Bankrup hanya membuatkan anda tidak boleh buka akaun bank dan keluar negara sahaja bukannya mati" - Hafiz Mansor

Dalam buku tersebut juga Hafiz Mansor ada menceritakan  dari A sampai Z bagaimana produk Cool Hijab terhasil dan terwujud sehingga menjadi laris. Terdapat beberapa strategi yang telah dilakukan oleh Hafiz Mansor untuk memajukan produk sehingga membolehkan dia kaya raya dalam masa 6 bulan. 

Buku tersebut dapat memberikan inspirasi kepada para peniaga tentang Bagaimana untuk membolehkan produk yang dijual berubah dari biasa-biasa kepada luar biasa. Ada lubuk-lubuk tertentu yang boleh dicuba, dan ianya diceritakan di dalam buku ini. Antara isi kandungan buku "Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya" ialah:
  • Tentang kehidupan Hafiz Mansor dalam perniagaan dari kecil sehingga kini
  • Kerja dan bisnes apa yang beliau lalui dalam hidup
  • Rintangan dan permasalahan yang beliau hadapi
  • Kesalahan atau kesilapan yang dilakukan beliau ketika berniaga
  • Bagaimana beliau tercetus idea membuat CoolHijab
  • Bagaimana beliau menghadapi tekanan tanggung hutang 1/2 juta ringgit
  • Bagaimana beliau susun semula strategi mendapatkan sumber modal ketika bankrup
  • Apa yang beliau lakukan selepas muhasabah diri
  • Bagaimana beliau membuat duit walaupun status bankrup
  • Bagaimana beliau menghasilkan 6 angka didalam akaun dalam tempoh 6 bulan
  • Apa amalan yang dilakukan sehingga mampu membina kembali empayar bisnes

Buku ini 100% tulen dari pengalaman Hafiz Mansor, berniaga 7 tahun. Kemudian bankrup dan berjaya serta kaya dalam tempoh 6 bulan selepas itu. Ini cerita dan pendedahan rahsia bisnes Cool Hijab, sebuah pengalaman dikongsi oleh Hafiz Mansor untuk dijadikan pedoman orang lain agar berjaya sepertinya.

Untuk membolehkan anda mendapatkan ebook/buku ini, boleh klik menerusi pautan di bawah:

Selain itu juga, Hafiz Mansor turut kongsikan cara bagaimana Strategi Bayar Hutang Cara Brado Kapak. Rahsia Emas yang beliau kongsikan supaya dapat membantu orang ramai menyelesaikan hutang agar tidak memudaratkan kita di kemudian hari.


Penutup

Tidak semua usahawan sudi menceritakan satu persatu kisah dan pengalaman berniaga sehinggalah jatuh bankrup, kemudian bangkit semula daripada kegagalan sehingga mampu mencapai kejayaan. 

Tetapi, inilah keunikan 3 orang usahawan ini. 

Sudi berkongsi pengalaman memalukan yang pernah mereka alami, disebabkan tak nak ada orang lain yang mengalami nasib yang sama seperti mereka. 

Tetapi, jika ada yang sedang mengalami nasib yang sama seperti mereka, semoga yang bankrup tu dapat bangkit semula dan jangan sesekali mengalah. Jadikan kisah kejayaan mereka sebagai inspirasi dan pendorong!

Sumber : Klik Di Sini

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali... Semoga dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua.. Sekiranya anda rasakan artikel ini dapat memberi manfaat kepada orang lain, bolehlah anda kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda...

Info Berkaitan:

13 ulasan:

  1. aku sangat kagum dgn mereka yg diistihar muflis tetapi bangkit bangun utk lebih berjaya..bukan calang2 dugaan kan

    BalasPadam
  2. dulu pernah ikut senminar oleh seorang jutawan yang pernah juga muflis..pesan beliau kalau nak berjaya secara besar-besaran minta lah datang masalah besar besaran juga..cuma perlu bersedia mental dan fizikal untuk hadapi dugaan tersebut

    BalasPadam
  3. Saya pula tertarik dengan peniaga kecil-kecilan sehingga menyambung pengajian ke peringkat Phd. Kajian saya adalah berkenaan strategi di kalangan peniaga kecil. Sekarang sedang dalam proses menyiapkan thesis berkenaan mereka. Di samping itu Saya juga menulis sebuah buku berkenaan strategi untuk peniaga kecil yang bertajuk Jom Bisnes!
    Nampaknya masih ramai yang tidak tahu sebenarnya yang perniagaan kecil-kcilan ini mampu menjana pendapatan yang lumayan. Malah ianya lebih lumayan dari perniagaan besar-besaran.

    BalasPadam
  4. sebelum berjaya byk dugaan yg dorang alami..

    ini sbgai contoh utk kita dlm perniagaan..

    BalasPadam
  5. Mereka memang mempunyai jiwa yang kental dan tak mudah mengalah...harap kita semua dapat mencontohi mereka

    BalasPadam
  6. sampai enam kali kali datuk alif tu bankrap. respect dia sebab tak pernah putus asa

    BalasPadam
  7. Respect...dengan ikon-ikon ni..bukan senang nak hadapi bila jatuh bangkit kembali..

    BalasPadam
  8. memang respek la dengan diorg ni, bila dah bankrup boleh bangkit sampai jadi jutawan tu. memang bukan calang2 depa ni

    BalasPadam
  9. Memang hati kering diaorg ni....mmg layak berjaya

    BalasPadam
  10. Hebat! Suka kata kata Hafiz tu..bankrup saja bukannya mati...

    BalasPadam
  11. Kentalnya jiwa mereka yang berjaya bagkut selepas bankrup ni

    BalasPadam
  12. nak berjaya hati mesti kental..bila dah gagal lagi kuat semangat depa nak berjaya ya

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra