Ahad, 15 Jun 2014

Anak Jutawan Senyap Bisnes Burger

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa Khabar semua? Semoga anda semua sihat sejahtera dan dapat beristirehat pada hujung minggu ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.. 

Syukur Alhamdulillah.. Saya masih lagi di beri peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.. Masih lagi diberi peluang untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini, dan menonton alunan-alunan Zikir, kata-kata motivasi dan ayat-ayat Suci Al-Quran menerusi Slot 106 - Astro OASIS. 


Tak best betullah korang ni.. Lepas tengok bola terus tidur.. Apa kata bersengkang mata sekejap sahaja lagi, sampai sembahyang Subuh... Lepas sembahyang Subuh barulah tidur.. 
Ini tak... berjaga tengok bola boleh... Tapi time sembahyang Subuh dah tak larat nak bangun... 
P/S : Pesanan ini ditujukan kepada diri saya juga pada masa-masa akan datang...

- Sumber : Wall Facebook Anuar bertarikh 14 Jun 2014-


Ya! Inilah salah satu cara untuk saya mencari ketenangan dan memanfaatkan waktu pagi mencari ilham untuk menulis. Kata orang waktu pagi otak kita segar, terlalu banyak idea yang dapat dikembangkan untuk dikongsikan kepada pembaca blog ini.  


Pada kali ini saya tak berminat nak bercerita tentang keputusan semasa World Cup Brazil 2014.. Sebab malam tadi tiada perlawanan yang menarik minat saya untuk menontonnya.. Saya tidak berminat untuk menonton kesemua perlawanan dalam World Cup Brazil 2014, melainkan perlawanan-perlawanan yang melibatkan beberapa pasukan seperti Brazil, Argentina, Sepanyol, Portugal, Belanda, Jerman, dan Portugal. 

Jadi, pada hari ini saya nak berkongsi kisah kejayaan seorang usahawan.. Yang pastinya dapat menyuntik semangat motivasi anda pada hujung minggu ini..


Anak Jutawan Senyap Bisnes Burger

Sebelum ini saya pernah menulis kisah tentang beberapa orang usahawan yang hebat seperti Irfan Khairi - Jutawan InternetIka Radiusite -Jutawan Tudung, Tuan Azizi Ali - Jurulatih Jutawan, Chef Li - Jutawan SenyapDato' Lawrence Teo - Jutawan MyKad Smart Shopper, pakar-pakar affiliate dan lain-lain.

Kali ni saya tertarik untuk menulis kisah Anak kepada Jutawan Senyap, iaitu Afiq Dato’ Rusly. 


Chef Li atau nama penuhnya Dato' Dr. Rusly Abdullah, penulis buku Best Seller bertajuk "Menjejaki Jutawan Senyap" saya rasa tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau berpengalaman sebagai pengurus Bank dan peniaga pasar malam sebelum mengasaskan Institusi Kulinari Anjung Utara.

Saya sangat kagum apabila membaca kisah beliau yang sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai Pegawai bank untuk menjadi peniaga pasar malam... setelah bertemu dengan beberapa jutawan senyap (terdiri daripada peniaga-peniaga pasar malam) yang berjaya mendeposit wang hasil perniagaan secara konsisten pada setiap bulan dalam jumlah yang agak banyak..

Kalau kita bekerja makan gaji, belum tentu kita dapat mendeposit wang sebanyak itu.. Malah nak menyimpan beberapa ratus ringgit sebulan pun belum tentu lagi mampu.. Tetapi seorang peniaga yang beriman dan bertaqwa, In Shaa Allah boleh menyimpan wang hasil perniagaan yang banyak dengan izin Allah S.W.T..

Sebab apa? Sebab mereka menjual.. Rezeki orang yang menjual, 100% terletak di tangan Allah S.W.T.. Allah boleh memberikan limpahan rezeki kepada mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki.. Telah tertulis dalam Surah At-Thalaaq, Ayat 2-3 yang bermaksud:


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq, Ayat : 2 -3)


9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. Setiap orang yang menjual mampu memperolehi rezeki yang lumayan sehingga berpeluang menjadi jutawan menerusi prinsip berikut:

  • Menjual 1 barang yang berharga RM1 juta kepada 1 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM100 ribu kepada 10 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM10 ribu kepada 100 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM1 ribu kepada 1000 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM500 kepada 2000 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM100 kepada 10,000 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM10 kepada 100,000 orang
  • Menjual 1 barang yang berharga RM1 kepada 1,000,000 orang


Prinsip kejayaan tersebut hanya boleh dilakukan oleh orang yang berniaga sahaja, tetapi tidak boleh dilakukan oleh orang yang bekerja makan gaji seperti saya..

Ok.. Berbalik semula kepada tajuk entri ini, Anak Jutawan Senyap Bisnes Burger..

Bagaimana seorang penjual Burger boleh menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan, Didedahkan Oleh Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia! iaitu Afiq Dato’ Rusly. 



Sumber : Klik Di Sini

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Afiq Dato’ Rusly juga tidak kurang hebat seperti bapanya Chef Li. Saya melihat beliau meneruskan legasi kejayaan bapanya menjadi peniaga Burger berjaya.

Untuk makluman anda semua, Chef Li pernah membuka kilang burger, tetapi malangnya gagal pada peringkat awal. Kemudian beliau menjalankan bisnes burger di pasar malam. 

Hasilnya..  beliau berjaya memiliki 5 buah gerai. 1 gerai di bawah jagaan beliau dan 4 gerai lagi dijaga orang lain. Beliau dapat menyelesaikan hutang dan menyimpan wang ratusan ribu ringgit, dalam tempoh 5 tahun melibatkan diri dalam bisnes burger pasar malam..

Melalui bisnes burger telah membantu beliau mencapai status bebas kewangan dan mempunyai simpanan yang stabil. Malah membolehkan beliau membeli kereta mewah, Mercedes Benz. 

Lihat, siapa kata peniaga pasar malam tiada masa depan. Semua orang berpeluang untuk berjaya dalam perniagaan dengan syarat kita mempunyai ilmu dalam setiap apa yang kita lakukan.


"Berniaga Tanpa Ilmu Tidak akan mencapai Kejayaan"
(Chef Li, dalam buku Orang Kaya Bertaqwa, M/s 218)

Afiq Dato’ Rusly mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy. Sehingga kini, beliau telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan yang telah diasaskan oleh bapa beliau sendiri, Dato’ Dr. Hj. Rusly Abdullah.

Beliau kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan. Selain itu beliau juga turut giat membantu bapa beliau melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, yang diasaskan oleh bapa beliau untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama

Kini beliau mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat.

Salah satu usaha yang telah beliau lakukan, ialah dengan menulis ebook Bisnes Burger

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara atau strategi Bisnes Burger yang berjaya, saya syorkan anda klik pada banner di bawah.  





Cara yang sangat praktikal! Sesuai untuk dijadikan panduan oleh para peniaga pasar malam umumnya dan peniaga Burger khususnya. Telah terbukti kejayaannya oleh Dato’ Dr. Hj. Rusly Abdullah (Chef Li) sendiri.


"Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah"

(Surah Al-Jinn, Ayat: 16)


Saya masih ingat lagi sewaktu bertugas di Mukah Sarawak, suatu masa dahulu.


Di tempat saya bekerja, ada disediakan asrama untuk para pelajar lelaki dan wanita. Kapasiti asrama dapat menampung seramai 3,500 orang pelajar. Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap kali ada asrama dah tentu ada kantin/kafe yang disediakan untuk kemudahan pelajar.

Di kantin tersebut, ada seorang rakan saya yang bekerja sebagai juruteknik telah menjual burger pada malam hari. Siang bekerja sebagai Juruteknik dan malam menjual burger di tempat kerja yang sama.

Hasil jualan Burger beliau sangat lumayan. Hampir setiap malam beliau berjaya menjual sekitar 200 biji Burger. Keuntungan bagi setiap biji burger yang berjaya dijual ialah sekitar RM0.80 - RM1.20 (Keuntungan berbeza mengikut jenis Burger yang dibeli pelanggan). Kita ambil keuntungan purata iaitu RM1.00 untuk setiap biji burger. Jadi, keuntungan purata yang berjaya diperolehi satu malam RM1.00 X 200 = RM200

Satu malam boleh dapat keuntungan RM200, kalau sebulan boleh dapat RM6,000. Ini keuntungan bisnes burger yang dijalankan dalam satu kawasan tertutup. Perlu bersaing dengan peniaga-peniaga lain seperti peniaga nasi campur, peniaga makanan ala-Cart, peniaga burger yang lain dan peniaga-peniaga makanan yang lain.

Tetapi berniaga burger di pasar malam, dalam keadaan yang lebih terbuka. Mempunyai potensi pelanggan yang jauh lebih besar, dah tentu mempunyai potensi keuntungan yang jauh lebih besar. 

"Tidak ada suatu binatang melata di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya dan Dia (Allah) mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam kitab yang nyata"
(Surah Hud, Ayat : 6) 


Raya dah nak dekat ni. Mungkin anda berminat nak cari duit raya dengan berniaga Burger, Roti John, Murtabak, Apam Balik atau yang sewaktu dengannya.. Boleh belajar daripada Afiq Dato’ Rusly dan bapanya Chef Li strategi perniagaan yang betul dan praktikal..  




Info berkaitan:

1 ulasan:

  1. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh melalui akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra