Selasa, 28 Jun 2016

Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan?

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.... kita masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini sehingga pada 10 malam terakhir Ramadhan kali ini.

Semoga kita dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya... Kerana belum tentu kita berpeluang untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang.

Berusahalah untuk memperbanyakkan amal ibadah dalam tempoh ini, supaya kita berpeluang bertemu dengan malam lailatul Qadar.... Iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Kredit : Pusat Islam PSIS

Baiklah... Berbalik semula kepada tajuk entri ini....

Kalau kita perasan, bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid biasanya akan berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan.. berbanding hari pertama Ramadhan.. 

Tentu kita rasa pelikkan? 

Sedangkan sepatutnya bilangan jemaah semakin bertambah.. sebab malam Lailatul Qadar terdapat pada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Jadi, baru-baru ni dalam satu majlis perkongsian ilmu yg disampaikan oleh seorang Ustaz... Ustaz tersebut ada mengupas tentang isu ini berserta dengan ulasan yang cukup logik.. dan membuatkan yang hadir bermuhasabah diri dengan hujah demi hujah yang disampaikan oleh ustaz tersebut.. 

Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan?

Analogi yang disampaikan oleh ustaz tersebut begini.... 

Kali pertama kita pergi ke Bazar Ramadhan, kita mendapati ramai orang beratur panjang untuk membeli kuih karipap yang dikatakan paling sedap di Bazar tersebut.

Setiap kali orang yang berjaya membeli kuih karipap tersebut... Mereka membeli dengan kuantiti yang agak banyak... Ada yang beli sampai sepuluh ketul... Ada yang beli sampai dua puluh ketul... dan sebagainya..

Apabila melihat keadaan tersebut... Tentu timbul keinginan kita untuk mengetahui.... Betul ke sedap kuih karipap ni?.... Sampai ramai orang sanggup beratur panjang untuk merasai keenakan kuih tersebut...

Disebabkan keinginan nak tahu tu semakin tinggi... Kita pun turut beratur sama... Walaupun niat hati kita cuma untuk membeli dalam seketul dua sahaja kuih karipap tersebut...

Apabila dah dapat menikmati kuih karipap tersebut, kita rasa tak sedap mana pun..... Bila kita rasa tak sedap, adakah kita sanggup lagi beratur untuk membeli kuih karipap tersebut pada keesokan harinya? Sudah tentulah tidak bukan?

TETAPI...

Apabila kita pergi lagi ke Bazar Ramadhan keesokan harinya.... Kita dapati masih ramai lagi yang beratur panjang untuk membeli kuih karipap tersebut.... malah barisan kali ni lebih panjang berbanding semalam...

Daripada testimoni beberapa pelanggan yang telah membeli kuih karipap semalam, mengatakan kuih karipap tersebut sedap..... Dan mereka beratur lagi pada hari ini, untuk membeli kuih karipap tersebut...

Sedangkan kita yang dah rasa kuih tu... Kita kata tak sedap.... tentu kita rasa hairan kenapa mereka nak beli lagi kuih karipap tersebut?

Ok.... Ustaz tersebut mengaitkan cerita kuih Karipap tersebut dengan tajuk perbincangan kita iaitu Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan?

Pada hari pertama Ramadhan, kita mendapat info yang cukup bagus tentang ganjaran-ganjaran pahala yang bakal kita perolehi sekiranya kita memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan... termasuk menunaikan Solat terawikh secara berjemaah di surau atau Masjid.

Ganjaran Puasa di Bulan Ramadhan

Peluang terbentang luas dan Ganjaran yang  perlu kita rebut sepanjang Bulan Ramadhan

Jadi, pada hari pertama Ramadhan... Memang ramailah orang pergi ke surau-suray atau masjid-masjid untuk menunaikan solat terawikh secara berjemaah..

TAPI...

semasa hari pertama mereka menunaikan Solat Terawikh secara berjemaah, mereka rasa tak selesa, sebab imam baca surah panjang-panjang... Masa yang diperuntukkan untuk Solat Terawikh secara berjemaah pun lama... Kena pula pada malam 10 terakhir Ramadhan, Imam baca Doa Qunut Nazilah semasa solat Witir satu rakaat.. Baca Doa Qunut Nazilah sahaja sampai 15 minit dan imam siap nangis-nangis semasa baca doa tersebut sebab membaca dengan penuh penghayatan.... Kita yang tak paham ni , adakalanya rasa kurang selesa... ditambah pula nak berdiri lama-lama sampai naik lenguh kaki di buatnya...

Kesudahannya.... Esok lusa dah tak nak datang dah Solat Terawikh secara Berjemaah dekat surau...

Walaupun mereka tahu.... RUGI... Sebab amal ibadah kita yang disusuli dengan doa pada 10 malam terakhir Ramadhan lebih mustajab.... 

Tapi nak buat macamana.... bagi mereka kenikmatan Ibadah itu tidak dapat mereka rasai pada ketika itu.... Sebab mereka rasa tak kena dengan jiwa mereka.... 

Tapi, bagi orang yang dah biasa melaksanakan amal ibadah.... Mereka rasa semakin seronok untuk menambahkan amal ibadah lagi.... lagi.... lagi... dan lagi..... Kalau boleh nak ustaz tersebut perbanyaak baca doa.... Bagi golongan ini, semakin banyak amal ibadah yang dapat mereka lakukan dalam satu-satu masa, semakin bagus untuk mereka...

Begitulah juga halnya dengan kuih karipap tadi..... Kita rasa kuih karipap tu tak sedap, sebab kuih karipap tu tak kena dengan selera kita.... Mungkin citarasa kita bukan kuih karipap.... Tapi kuih yang lain seperti bengkang ke... kuih pelita ke.... kuih badak berendam ke... laksa ke... dan sebagainya...

Bagi penggemar kuih karipap pula, mengatakan kuih karipap tu sangat sedap.... sebab tu mereka nak makan lagi.....lagi... Dan lagi.... Walaupun mereka terpaksa beratur panjang sampai lenguh-lenguh kaki untuk mendapatkan kuih karipap tersebut....  

Jadi, tak hairanlah Kenapa bilangan Jemaah yang menunaikan Solat terawikh di surau-surau atau Masjid-masjid berkurangan pada 10 malam terakhir Ramadhan.... Hanya mereka yang dapat merasai keenakan beribadah sahaja yang biasanya sanggup terus istiqamah dalam memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau pada 10 malam terakhir Ramadhan...

yang lainnya... Sibuk dengan pelbagai urusan dunia... Masa tulah ada Shopping Complex buat jualan murah, sibuk nak pergi Shopping Complex..... Ada jualan penghabisan stok dekat Expo Hari Raya, sibuk nak ke Expo hari Raya.... Masa tulah sibuk nak buat kuih raya, buat baju raya, buat langsir raya, dan sebagainya....

Sedangkan golongan yang serasi dalam melaksanakan amal ibadah.... Mereka tak pandang pun itu semua... bagi mereka persiapan raya memadai ala kadar sahaja..... mereka terus ghairan beribadat, dengan harapan ibadah mereka diterima di sisi Allah S.W.T dan mereka berpeluang untuk bertemu dengan malam lailatul Qadar...


Sempena masih ada baki 7 hari di Bulan Ramadhan ini, eloklah kita manfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya.....
  • Perbanyakkan amal Ibadah
  • Luangkan masa untuk membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran
  • Hidupkan Solat malam (Qiamulalil).
  • dan sebagainya.

Nasihat ini juga ditujukan untuk diri saya yang sering cuai dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian... Yang sering melakukan kezaliman di muka bumi ini.... Semoga Allah S.W.T dapat mengampunkan dosa-dosa saya yang telah lalu atau pada masa akan datang..

Saya ingin memohon maaf sekiranya info yang saya kongsikan ini mungkin tidak 100% tepat seperti yang disampaikan oleh Ustaz... Mungkin ada kekurangannya berdasarkan kecuaian saya atau kealpaan saya dalam menyampaikan semula isi kandungannya... Walaubagaimanapun, saya cuba yang terbaik untuk menyampaikan perkongsian ini dengan sebaiknya...

Mana yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.t... dan mana yang tidak baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...

Semoga info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.... In Shaa Allah...

2 ulasan:

  1. Wah berkesan di hati membaca ulasan dari tuan..lupa 10 rahmat Ramadan mlm terakhir ini..

    BalasPadam
  2. Semoga kita tidak sia-siakan 10 Ramadhan terakhir. Solat itu rahmat.. bukan beban.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra