Selasa, 28 Jun 2016

Pengalaman Benar... "Aku Di USHA LEMBAGA"

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sekali baca tajuk entri ni... Nampak macam suspen jer kan?..... 

Lembaga mana pula yang Usha aku ni? 
Bulan puasa macam ni, bukan semua syaitan kena rantai ke?

Mungkin ini antara soalan-soalan yang berlegar di fikiran kita.... bila kita berfikir ke arah mistik....

Jangan salah sangka.... Sebenarnya Lembaga yang saya maksudkan di sini ialah Lembaga LHDN... Atau nama panjangnya Lembaga Hasil Dalam Negeri..

Antara lembaga paling ditakuti oleh rakyat Malaysia... Tak kiralah penjawat awam ke, pekerja Swasta ke, Usahawan ke, peniaga ke..... Bila sebut sahaja "kena Usha" dengan Lembaga ni... Pasti rasa tak senang duduk...

Kira-kira dua tahun lepas.... Isteri saya kena Usha dengan lembaga ni.... Nevers dibuatnya, bila kena kemukakan bukti untuk 2 tahun sebelumnya.... Kalau kena kumpulkan bukti untuk tahun lepas punya, mungkin gagah lagi nak cari... Tapi bila kena kumpulkan bukti sampai beberapa tahun yang lepas..... Memang paniklah nak cari balik.... Kesudahannya isteri saya kena bayar cukai sebanyak RM900, sebab ada bukti yang gagal dikemukakan... Huhuhu...

Baru-baru ni rakan sekerja saya kena USHA dengan lembaga (LHDN)... Pegawai LHDN minta rakan sekerja saya ni kemukakan bukti-bukti untuk tahun 2014... Sekiranya kawan saya ni gagal kemukakan bukti-bukti tersebut, kawan saya akan dikenakan cukai sebanyak RM2XXX.XX... bayar cukai RM2K memang banyak.... Dekat sebulan gaji tu... :( 

Sebab tu ramai yang takut, kelau kena "Usha dengan lembaga" yang satu ni...

Sebenarnya dah ramai yang kena Usha dengan lembaga ni.... Tapi tak ramai yang pernah diaudit sudi untuk kongsikan pengalaman mereka.

Jadi, baru-baru ni.... Ada seorang blogger hartanah terkenal di Malaysia sudi berkongsi pengalaman beliau kena Audit dengan Lembaga (LHDN). Beliau berkongsi pengalaman tersebut, dengan mendokumenkannya menjadi sebuah ebook. 
Sumber : Klik Di Sini

Individu yang saya makasudkan, tak lain tak bukan ialah Abang Ensem .... Penulis blog hartanah No. 1 di Malaysia yang juga merupakan salah seorang daripada Geng Gila Hartanah...

Dalam ebook terbaru beliau... Abang Ensem ada kongsikan secara terperinci tentang jenis-jenis pendapatan yang diaudit, jumlah cukai yang lampau, isu-isu yang ditemui sehinggalah kepada contoh surat rayuan ansuran cukai yang dikemukakan. Semuanya telah dimuatkan di dalam ebook setebal 86 mukasurat ini.

Sekiranya anda mempunyai kebarangkalian untuk "diusha oleh Lembaga"... Terutamanya bagi anda yang ada menjalankan perniagaan secara online...  Anda disarankan untuk membaca ebook ini sebagai panduan, agar tidak kekok apabila berhadapan dengan situasi begini pada masa hadapan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, tentang pengalaman Abang Ensem di usha Lembaga, sila klik link ini -> Jom Baca Pengalaman Abang Ensem Kena Usha Dengan Lembaga

9 ulasan:

  1. memang lembaga ni makim mengganas la kan.

    BalasPadam
  2. Mujur tahun ni dh buat ptongan zakat

    BalasPadam
  3. Mujur tahun ni dh buat ptongan zakat

    BalasPadam
  4. memang takut kalau kena kejor ngan lembaga ni..

    BalasPadam
  5. Sekali kena usha lembaga ni, jenuh nak korek cari dokumen huhu

    BalasPadam
  6. bagus penulisan abg ensem,peringatan dan panduan

    BalasPadam
  7. Bab simpan resit tu memang susah la kan,sebab kita pun tak simpan lama2

    BalasPadam
  8. lembaga ni lagi menakutkan dari lembaga satu lagi...hik hik

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra