Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Begitu cepat masa berlalu.. Bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita dalam sehari dua lagi.. Begitu sedih dan pilu rasa dihati.. Kerana terlepas peluang untuk memperbanyakkan amal Ibadah sebagai usaha untuk menginsafi diri dan usaha untuk menikmati malam Lailatul Qadar..
Walaupun malam Lailatul Qadar benar-benar wujud.. Tetapi bukan semua orang berpeluang untuk menikmatinya.. Mungkin malam tadi adalah malam Lailatul Qadar memandangkan cuaca pada hari ini agak mendung.. Siapa tahu?
Tapi apabila matahari mula muncul, dan malam tadi pula merupakan malam yang ke 28 Ramadhan.. Jadi berkemungkinan besar, malam tadi bukanlah malam Lailatul Qadar..
Tapi apabila matahari mula muncul, dan malam tadi pula merupakan malam yang ke 28 Ramadhan.. Jadi berkemungkinan besar, malam tadi bukanlah malam Lailatul Qadar..
Berdasarkan maklumat yang saya baca melalui buku, Terdapat tanda-tanda Malam Lailatul Qadar seperti berikut:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist Hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. (HR. Ahmad)
Adakah anda pernah berjumpa dengan tanda-tanda ini sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini? Ataupun pada Bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini?
Sekiranya anda pernah berjumpa tanda-tanda ini, bersyukurlah anda.. Anda merupakan salah seorang yang bertuah kerana berjaya menikmati malam lailatul Qadar..
Pada pagi ini, saya ada merasai tanda-tanda berikut.. Tapi
sayangnya malam tadi saya tidur awal setelah pulang mengerjakan solat terawih
hanya 8 rakaat.. Sekiranya benar pun malam tadi adalah Malam Lailatul
Qadar, saya telah terlepas peluang untuk menikmati keindahan malam
tersebut.... Sedihnya.. :(
Tapi apabila memikirkan malam tadi merupakan malam ke 28 Ramadhan, sedangkan malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ganjil.. Jadi, nampaknya masih ada lagi satu peluang pada malam ini.. Insya Allah..
Sewaktu mendengar Ceramah Ustaz pada minggu lepas, sebaik sahaja selepas selesai menunaikan Solat Terwih berjemaah.. Ustaz memberitahu:
Malam
Lailatul Qadar ni memang wujud.. Siapa yang berusaha untuk
mendapatkannya, Insya Allah dia akan berjaya.. Jadi pada 10 malam terakhir
Ramadhan ni sepatutnya kita mengisi malam-malam tersebut dengan
melakukan Qiamullail, mengaji Al-Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain..
Siapa yang kerjanya tidur pada malam 10 terakhir Ramadhan macam saya ni ni, Confirmlah tak dapat..
Menurut Ustaz tersebut lagi, berdasarkan Pendapat Ulama tentang Malam Lailatul Qadar..
Menurut kebanyakan ulama, Lailatul Qadar berlaku pada satu malam tertentu samada malam 21, 23, 25, 27, atau 29 Ramadan. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama yang mengira malam Lailatul Qadar berdasarkan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

- Ahad atau Rabu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-29 Ramadhan
- Isnin = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-21 Ramadhan
- Jumaat atau Selasa Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-27 Ramadhan
- Khamis = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
- Sabtu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-23 Ramadhan
Pada tahun ini kita mula berpuasa (1 Ramadhan) pada 21 Julai 2012, iaitu pada hari Sabtu.. Sekiranya kita mengikut pendapat ulama seperti di atas, malam Lailatul Qadar berkemungkinana jatuh pada 23 Ramadhan..
Tetapi itu berdasarkan pendapat ulama tertentu.. Melalui pendapat tersebut secara tidak langsung menjadikan kita lebih bersedia pada setiap malam ganjil, 10 hari terakhir Ramadhan..
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mari kita lihat isi kandungan Hadis-hadis yang berjaya saya perolehi melalui sumber-sumber yang boleh saya percayai:
Menurut Hadis Nabi Muhammad S.A.W:-
"Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis :-
"Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W:-
"Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Sekarang ni semua malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan telah pun berlalu.. Kecuali tinggal malam yang ke 29 Ramadhan sahaja, iaitu pada malam ini..
Jadi kepada anda yang berhajat untuk menikmati suasana malam Lailatul Qadar, marilah kita bersama-sama mengisi malam ini dengan amal ibadah sepanjang malam.. semoga kita dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menikmati malam Lailatul Qadar..
Seperti yang anda semua sedia maklum, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan..
Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, yang bermaksud:
Pengalaman Menikmati Malam Lailatul Qadar..
Saya percaya tentu anda pernah menikmati malam Lailatul Qadar sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda..
Berdasarkan cerita-cerita yang pernah saya dengar daripada ustaz-ustaz, banyak kejadian aneh yang boleh berlaku pada malam lailatul Qadar.. Antaranya air perigi jadi beku, Beras boleh menari, ikatan janggut yang lebih kuat daripada ikatan rantai besi dan sebagainya..
Sebenarnya banyak perkara yang luar biasa boleh berlaku kepada orang-orang tertentu pada malam lailatul Qadar.. Kesemua perkara-perkara aneh tersebut berlaku dengan izin Allah.. Berkat daripada doa-doa mereka yang termakbul..
Seumur hidup saya, setakat ini saya hanya pernah sekali sahaja menikmati Malam Lailatul Qadar.. Maklumlah, saya ni pun bukannya Alim sangat.. Keimanan yang ada dalam diri saya sering sahaja pasang surut macam air laut.. Jadi bila dapat pengalaman sekali menikmati malam Lailatul Qadar tu, rasa syukur sangat-sangat..
Itupun setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dengan tidak meninggalkan Solat Terawih sepanjang Ramadhan, membaca Al-Quran dan mengadakan Qiamullail..

"Malam Al-Qadar lebih baik dari Seribu bulan" (surah Al-Qard : Ayat 2)Jadi, rugilah kalau kita melepaskan peluang keemasan ini.. Sekiranya kita terlepas peluang pada tahun ini, mungkin kalau ada rezeki kita terpaksa menanti setahun lagi untuk berusaha menikmati malam Lailatul Qadar..
Pengalaman Menikmati Malam Lailatul Qadar..
Saya percaya tentu anda pernah menikmati malam Lailatul Qadar sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda..
Berdasarkan cerita-cerita yang pernah saya dengar daripada ustaz-ustaz, banyak kejadian aneh yang boleh berlaku pada malam lailatul Qadar.. Antaranya air perigi jadi beku, Beras boleh menari, ikatan janggut yang lebih kuat daripada ikatan rantai besi dan sebagainya..
Sebenarnya banyak perkara yang luar biasa boleh berlaku kepada orang-orang tertentu pada malam lailatul Qadar.. Kesemua perkara-perkara aneh tersebut berlaku dengan izin Allah.. Berkat daripada doa-doa mereka yang termakbul..
Seumur hidup saya, setakat ini saya hanya pernah sekali sahaja menikmati Malam Lailatul Qadar.. Maklumlah, saya ni pun bukannya Alim sangat.. Keimanan yang ada dalam diri saya sering sahaja pasang surut macam air laut.. Jadi bila dapat pengalaman sekali menikmati malam Lailatul Qadar tu, rasa syukur sangat-sangat..
Itupun setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dengan tidak meninggalkan Solat Terawih sepanjang Ramadhan, membaca Al-Quran dan mengadakan Qiamullail..
Pengalaman tersebut saya alami kira-kira pada 8 atau 9 tahun yang lalu.. Pada ketika situ saya dalam perjalanan pulang ke Kampung dari Parit Raja, Johor ke Kampung Gajah, Perak.. dengan menaiki Motorsikal Yamaha SS2, Berwarna Ungu..
Gambar Hiasan 1 : Sewaktu saya Muda-Muda dahulu..
Sekarang ni saya tak tahu di mana motor tersebut berada?? Untuk pengetahuan anda motor tersebut telah dicuri sewaktu ayah saya membawanya ke surau untuk menunaikan Solat Maghrib dan isyak kira-kira 4 tahun yang lalu..
Sekiranya anda pernah ternampak motor Yamaha SS2 dengan plat nombor AEB 1069, sila beritahu saya.. Manalah tahu ada rezeki saya boleh terjumpa semula motor yang telah dicuri pada 4 tahun yang lalu..
Gambar Hiasan 2: Antara Aktiviti Konvoi menaiki Motorsikal yang pernah saya lalui
Ok.. Sambung balik cerita tentang pengalaman menghayati malam lailatul Qadar..
Saya bersama seorang rakan sekampung saya bernama Helmi, memulakan perjalanan pulang ke Kampung setelah menunaikan solat terawih dengan masing-masing menaiki sebuah motorsikal..
Pada ketika itu, saya dapat merasai ketenangan pada malam tersebut..
Sangat tenang... dengan suasananya yang dingin.. tiada tiupan angin yang kencang, tetapi daun-daun pada pokok bergoyang..
Paling indah sekali terdapat "renjisan-renjisan" air macam kipas angin dekat KLCC tu.. (Seakan-akan Hujan gerimis yang agak luar biasa, disebabkan baju yang saya pakai langsung tidak basah.. )
Sepanjang perjalanan pada malam tersebut, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menikmati malam yang indah tersebut..
Pada ketika itu saya hanya mampu berzikir, berselawat dan berdoa di atas motorsikal yang saya naiki..
Saya memberikan isyarat kepada rakan saya untuk berhenti di mana-mana kawasan rehat lebuhraya Utara-Selatan untuk menunaikan sedikit ibadah sunat..
Mujurlah rakan saya memahami.. Kami berhenti berehat di kawasan rehat (R&R) Jejantas Sungai Buloh.. Untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat sebelum menyambung semula perjalanan kami ke Kampung Gajah, Perak.. Dalam masa yang sama kami menikmati keindahan, kenyamanan dan ketenangan pada malam tersebut..
Syukur.. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar pada malam tersebut sehingga ke pagi hari..
Kami menunaikan Solat Subuh di Kawasan Rehat (R&R) Tapah, sebelum keluar daripada Highwah di susur keluar Tapah..
Pada pagi tersebut cuaca berterusan mendung, tapi tiada hujan.. Cuma yang ada hanyalah renjisan-renjisan air seperti yang saya nyatakan di atas..
Keadaan tersebut berterusan sehingga saya sampai ke rumah kedua ibu bapa saya.. Matahari pula langsung tidak muncul sampai ke petang..
Pada ketika itu, saya rasa bersyukur sangat sebab sampai ke kampung halaman dalam keadaaan selamat, disamping berpeluang melalui hari/perjalanan paling indah yang pernah saya lalui dalam hidup saya..
Setiap kali Ramadhan datang, saya berharap dapat menikmati pengalaman tersebut sekali lagi.. Tapi apakan daya, nasib sentiasa tidak menyebelahi saya.. Sehingga kini, saya masih belum berpeluang untuk menikmatinya sehingga hampir sepuluh tahun masa berlalu..
Jadi, mungkin malam ini merupakan malam saya nantikan selama ini.. Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya..
Sekiranya kita berjaya mendapatkan malam lailatul Qadar pada malam ini, kita disarankan supaya membaca doa seperti dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini
Dan juga melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti berikut:
1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali
5. Berzikir:
- La ila ha illallah (1000 kali) ,
- Laila haillallah Muhammadul Rasulallah (300 Kali),
- Allahhuakbar (300 kali)
6. Bertasbih:
- Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem (300 kali)
- Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim (300 kali)
- Subhanarob biyal a’ala wabihamdih (300 kali)
- Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih (300 kali)
7. Selawat ke atas Nabi (100 kali atau 1000 kali)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.
Semoga amal Ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..
P/S: Sekiranya anda mempunyai pengalaman menikmati malam Lailatul Qadar, jom kongsikan pengalaman anda di sini.. Diharap dengan pengalaman yang anda kongsikan, akan dapat menarik orang ramai untuk melakukan ibadah-ibadah sunat menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.. TQ..
Info Berkaitan:
- KEUTAMAAN, ADAB DAN SUNAT-SUNAT PUASA RAMADHAN
- Keutamaan Puasa Ramadhan
- Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
- Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan
- DANA BANTUAN PEMBINAAN TAHFIZ DARUL RAHMAN
- Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2012 | 1433H...
- Masihkah ada peluang untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar?
- Keajaiban Memberi Sedekah di Bulan Ramadhan
terima kasih atas pengkonsian ilmiah yang amat bermakna ini bro..selamat hari raya maaf zahir dan batin.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSubhanallah ...
BalasPadamSesungguhnya saudara org yg sgt beruntung .
info yg sangat menarik . :) tapi saya belum pernah jumpa malam Lailatur Qadar tu :(
BalasPadamalhamdulillah, terimakasih atas perkongsian yang baik ini....
BalasPadamwahh..jarang aku dengar ada orang pernah cerita dapat malam tu. syukurlah kalau benar dapat. alhamdulillah..
BalasPadamAdakah mlm tadi lailatul qadar? ( 29 ramadhan ) cuba renungkan pagi ini..
BalasPadamBerdasarkan Cuaca di tempat saya pada pagi ni.. Saya rasa malam tadi bukanlah malam lailatul Qadar..
PadamSebabnya pagi ni terasa bahang cahaya matahari.. Menurut Hadis Riwayat Muslim:
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
Tapi mungkin di tempat awak, tak sama keadaannya dengan tempat saya.. Wallahualam..
entri lama! wahaha
BalasPadamPengalaman yang sangat mengesankan tentunya, semoga saya pun bisa merasakannya.aamiin
BalasPadamBeruntunglah kepada sesiapa yang dapat menikmati malam lailatul-qadar.
BalasPadamthis is <a href="https://www.motherhooduniversity.edu.in/Best Private Universities in India for student placement</a>
BalasPadam