Ahad, 28 Julai 2013

Semoga Berpeluang Bertemu dengan Malam Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ini

with 19 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada malam ini kita akan melangkah malam ke 20 Ramadhan... Biasanya pada 10 malam terakhir adalah malam yang begitu dinantikan oleh seluruh umat islam.. Malam di mana kita perlu membuat persiapan rapi, supaya berpeluang untuk bertemu dengan malam Lalilatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..

Bulan Ramadhan hanya ada setahun sekali sahaja.. Secara logiknya malam Lailatul Qadar ada pada setiap tahun, dan sepatutnya kita berpeluang untuk bertemu malam Lailatul Qadar pada setiap tahun... Tetapi sehingga kini tidak semua orang dapat menikmati pengalaman tersebut... Ada yang dah berumur 50 tahun pun masih belum berpeluang untuk menikmati malam tersebut... 

Jadi, itu mungkin rezeki masing-masing... Berdasarkan kata-kata beberapa orang ustaz yang pernah saya dengar... Kita tidak akan dapat menikmati malam Lailatul Qadar sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya...


Tentu kita tertanya-tanya... Bagaimana nak berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar?

Kita kena membuat persiapan rapi ke atas diri kita, antaranya:

  • Solat Terawikh jangan sesekali ditinggal, lebih-lebih lagi pada malam 10 terakhir Ramadhan
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran.. Kalau boleh baca Al-Quran sehingga Khatam..
  • Lakukan Qiamullalil dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti Tahajud, Tasbih, Taubat, Hajat, dan sebagainya
  • Laksanakan Solat-Solat Fardhu secara berjemaah
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Sekiranya berkemampuan bagi orang makan sewaktu berbuka puasa
  • Laksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain

Ya... Inilah antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan supaya berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar... Malam di mana doa kita lebih mudah untuk dimakbulkan disebabkan malam yang lebih baik daripada seribu bulan...

Sekiranya anda pernah berdoa memohon pelbagai hajat yang sangat anda perlukan, tetapi sehingga sekarang anda mendapati doa anda belum lagi termakbul... Saya syorkan anda cuba rebut peluang keemasan ini... Manalah tahu dengan rezeki anda dapat berdoa pada malam Lailatul Qadar dan hajat anda dimakbulkan... 

Bukannya lama pun... Anda cuma perlu korbankan sedikit masa anda selama 10 hari sahaja...  




Ada yang bertanya.. Bagaimana tanda-tanda malam Lailatul Qadar...

Berdasarkan maklumat yang saya baca melalui buku, Terdapat tanda-tanda Malam Lailatul Qadar seperti berikut:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang



 Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist Hasan)


2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya


 Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)



3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)



 Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. (HR. Ahmad)


Adakah anda pernah berjumpa dengan tanda-tanda ini pada bulan-bulan Ramadhan sebelum ini?


Sekiranya anda pernah berjumpa tanda-tanda ini, bersyukurlah anda.. Anda merupakan salah seorang yang bertuah kerana berjaya menikmati malam lailatul Qadar..



Dalam satu ceramah agama yang pernah saya hadiri,  ada seorang Ustaz  memberitahu:

"Malam Lailatul Qadar ni memang wujud.. Siapa yang berusaha untuk mendapatkannya, Insya Allah dia akan berjaya.. Jadi pada 10 malam terakhir Ramadhan ni sepatutnya kita mengisi malam-malam tersebut dengan melakukan Qiamullail, mengaji Al-Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain.." 



Siapa yang kerjanya tidur pada malam 10 terakhir Ramadhan macam saya ni  ni, Confirmlah tak dapat.. Jadi, marilah kita sama-sama cuba yang terbaik untuk 10 Ramadhan terakhir pada kali ini... 

Nak buat perkara-perkara yang baik sememangnya bukannya mudah, tetapi sekiranya anda tahu ganjaran yang bakal menanti anda, dan dalam masa yang sama anda amat memerlukan bantuan daripada Allah S.W.T, saya yakin kita pasti dapat melakukannya... 


Menurut Ustaz tersebut lagi, berdasarkan Pendapat Ulama tentang Malam Lailatul Qadar..


Menurut kebanyakan ulama, Lailatul Qadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadan. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama  yang mengira malam Lailatul Qadar berdasarkan hari permulaan puasa.


Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-29 Ramadhan   
  • Isnin = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-21 Ramadhan
  • Jumaat atau Selasa Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-27 Ramadhan
  • Khamis = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
  • Sabtu = Lailatul Qadar ialah pada hari yang ke-23 Ramadhan

Pada tahun ini kita mula berpuasa (1 Ramadhan) pada 10 Julai 2013, iaitu pada hari Rabu.. Sekiranya kita mengikut pendapat ulama seperti di atas, malam Lailatul Qadar berkemungkinana jatuh pada 29 Ramadhan..


Tetapi itu berdasarkan pendapat ulama tertentu.. Melalui pendapat tersebut secara tidak langsung menjadikan kita lebih bersedia pada setiap malam ganjil, 10 hari terakhir Ramadhan..



Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mari kita lihat isi kandungan Hadis-hadis yang berjaya saya perolehi melalui sumber-sumber yang boleh saya percayai:


Menurut Hadis Nabi Muhammad S.A.W:-


"Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadis :-


"Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-


"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Selain dari itu, berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W:-


"Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Jadi kepada anda yang berhajat untuk menikmati suasana malam Lailatul Qadar, marilah kita bersama-sama mengisi 10 malam terakhir Ramadhan dengan amal ibadah sepanjang malam.. semoga kita dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menikmati malam Lailatul Qadar..


Seperti yang anda semua sedia maklum, malam Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. 



Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, yang bermaksud:


"Malam Al-Qadar lebih baik dari Seribu bulan" (surah Al-Qard : Ayat 2)

Jadi, rugilah kalau kita melepaskan peluang keemasan ini.. Sekiranya kita terlepas peluang pada tahun ini, mungkin kalau ada rezeki kita terpaksa menanti setahun lagi untuk berusaha menikmati malam Lailatul Qadar..


Sekiranya kita berjaya mendapatkan malam lailatul Qadar pada tahun ini, kita disarankan supaya membaca doa seperti dalam gambar di bawah:



Sumber : Klik Di Sini



Dan juga melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti berikut:



1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat 
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali 
5. Berzikir: 
  - La ila ha illallah (1000 kali) , 
  - Laila haillallah Muhammadul Rasulallah (300 Kali), 
  - Allahhuakbar (300 kali)

6. Bertasbih: 
 - Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem (300 kali)
  - Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim (300 kali)
  - Subhanarob biyal a’ala wabihamdih (300 kali)
  - Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih (300 kali)

7. Selawat ke atas Nabi (100 kali atau 1000 kali)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

Semoga amal Ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.. Amin..

P/S: Sekiranya anda mempunyai pengalaman menikmati malam Lailatul Qadar, jom kongsikan pengalaman anda di sini.. Diharap dengan pengalaman yang anda kongsikan, akan dapat menarik orang ramai untuk melakukan ibadah-ibadah sunat menjelang 10 malam terakhir Ramadhan.. In Shaa Allah 


19 ulasan:

  1. Insya Allah saya tidak dalam berhalangan dan bis memaksimalkan ibadah hingga mendapat Lailatul Qadar
    mari kita sama2 usaha, Insya Allah bisa ...

    BalasPadam
  2. Amin. Moga ada rezeki kita berjumpa malam yang ditunggu-tunggu ini

    BalasPadam
  3. Insha Allah , semoga kita dapat kekuatan untuk melipat gandakan ibadah pada 10 malam yang terakhir dan berterusan selepas ramadan ini

    BalasPadam
  4. Insyallah, moga dapat bertemu dengan malam seribu bulan ini. Terima kasih atas penerangan yang panjang dan lengkap di atas.

    BalasPadam
  5. Semoga kita semua brrtemu lailatulqadar

    BalasPadam
  6. kalau tak berusaha memang tak akan jumpa.
    kena kuatkan azam untuk mengejar malam pernuh berkat itu

    BalasPadam
  7. malam yang di cari bukan di nanti, kita cari Lailatul Qadar di 10 malam terakhir, malam yang ganjil.. barakahnya menyamai 1000bulan...

    BalasPadam
  8. Sama-sama kita berusaha, insyaAllah, mudahan Allah perkenankan.

    BalasPadam
  9. InsyaAllah..1o malam terakhir..semoga kita berjumpa dengan malam qadar..hehe

    BalasPadam
  10. terima kasih atas info ini...saya berdoa kita semua dapat menemui malam lailatul qadar

    Jom baca entri terbaru :Kini Robot.txt Sudah Kembali

    BalasPadam
  11. Peluang malam Lailatul Qadar hanya dibulan Ramdhan sahaja.

    BalasPadam
  12. insyallah... teruskan beramal..

    BalasPadam
  13. sebenarnya kita beribadah dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. bukannya kerana mencari lailatuqadar. kerana ikhlas, sudah pasti Allah akan melebihkan kita bahkan memberi pahala kerana ibadah kita. Bahkan mungkin kita bertemu dengan lailatulqadar secara tidak sedar. insyaAllah

    BalasPadam
  14. Aamiin.. Semoga doa saya di. Makbulkan malam ini..

    BalasPadam
  15. The bulk email marketing software allows you to send marketing emails in bulk. This software is easy to use and will allow you to customize your marketing emails and have them sent in bulk.
    bulk email marketing solution

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra