Sabtu, 4 Ogos 2012

Keajaiban Memberi Sedekah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam menjalani Ibadah Berpuasa dan Ibadah-ibadah sunat yang lain.. Semoga semua ibadah yang kita lakukan pada Bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T.. Amin...

Pada Artikel kali ini, saya ingin mengajak anda semua melakukan satu lagi amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan di Bulan Ramadhan... iaitu Bersedekah..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Bulan Ramadhan"
                                                                                    -Riwayat At-Tirmidzi-
       
Huraian daripada Hadis di atas:

  1. Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. 
  2. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa. 
  3. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu. 
  4. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
                                                                                                                         Sumber : JAKIM

Sebenarnya, Banyak kelebihan bersedekah.. terumanya semasa berada di Bulan Ramadhan ini.. 


Bila kita rajin bersedekah.. Insya Allah kita akan dimurahkan rezeki.. 

Kita kena ingat.. Rezeki ini datangnya daripada Allah S.W.T.. Allah maha berkuasa untuk memberikan rezeki kepada kita samada banyak ataupun sedikit.. 


Disebabkan itu, kita perlu rajin bersedekah, supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ini dapat membantu orang lain yang turut sama memerlukan rezeki tersebut..

Sebenarnya lebih banyak harta kekayaan yang kita ada, lebih besar amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada kita.. Harta Kekayaan tersebut bukan untuk diri kita sahaja, tetapi juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kita.. 

Jadi, sempena Bulan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama banyakkan bersedekah.. 


Apabila kita pergi berjalan-jalan ke mana-mana sahaja dan terjumpa orang minta sedekah samada untuk palestin, anak yatim, bina masjid/surau, orang kurang upaya dan sebagainya.. 


Saya harap janganlah anda lokek untuk menghulurkan sumbangan seikhlas yang anda mampu..

Walaupun sumbangan yang anda berikan tidak banyak.. Tetapi Insya Allah sekiranya pemberian anda ikhlas, Allah akan melipat gandakan rezeki anda... 

Allah Maha Besar... Hari ini saya benar-benar percaya dengan keajaiban bersedekah.. Bila kita rajin bersedekah Allah akan tambahkan rezeki kita berlipat kali ganda.. 

Semoga pengalaman saya ini dapat menyuntik semangat dan memotivasikan diri kita supaya, rajin bersedekah...

Alhamdulillah.. Pada bulan Ramadhan tahun ini, saya cuba untuk menjadi seorang yang pemurah.. 

Setiap kali ada sahaja orang yang menadah tangan, meminta bantuan.. Saya berusaha untuk memberikan sumbangan.. 


Walaupun sumbangan yang saya berikan itu tidaklah sebanyak mana.. Maklumlah saya bukanlah seorang yang kaya... 


Tetapi saya cuba untuk membantu mana yang terdaya..

Sungguh tidak saya sangka, Allah S.W.T memberikan saya rezeki daripada sudut yang lain.. Rezeki tersebut datang tanpa disangka-sangka.. Melalui Internet..





Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat komisyen sebanyak ini.. Tapi semenjak berada di bulan Ramadhan ini, ada sahaja komisyen yang berjaya saya terima.. Syukur Alhamdulillah..

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membuka minda kita semua tentang kelebihan bersedekah di Bulan Ramadhan.. 


Jom bersedekah.. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki... Amin..

5 ulasan:

  1. Syukurlah dapat rezeki yang tak disangka2....

    BalasPadam
  2. memberi itu lebih baik dari meminta.
    Amalkan bersedekah tidak kira walaupun dimana kita..

    BalasPadam
  3. Sama sama berluma bersedekah.

    BalasPadam
  4. jom sama2 kita rebut peluang keemasan ni.

    BalasPadam
  5. Memang benar apa yang Tuan tulis tu. Rezeki kita takkan putus kalau kita bersedekah.

    BalasPadam