Selasa, 3 Mei 2016

Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan bersama FURQAN WORKS SDN. BHD.

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap betul masa berlalu.. Dalam tak sedar sekarang kita sudah masuk 25 Rejab 1437 Hijrah. 

Ini bermaksud kita hanya tinggal lagi 4 hari berada dalam Bulan Rejab, sebelum melangkah ke bulan Syaaban. 

Jadi, sekiranya ada yang masih belum berkesempatan untuk menambahkan amal Ibadah di bulan Rejab ini... Anda masih mempunyai baki masa 4 hari lagi untuk melakukannya.. Sebelum bulan Rejab pergi meninggalkan kita..   

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Imam Al-Tabrani meriwayatkan, daripada Anas Bin Malik:"Apabila Tibanya bulan Rejab, baginda mendoakan : Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hajat) kami kepada bulan Ramadhan." 


Jadi, besar fadilatnya sekiranya kita dapat memperbanyakkan amal ibadah dalam ketiga-tiga bulan ini... iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Ok... Berbalik semula kepada tajuk entri ini..



Peluang Perbaiki Bacaan Al-Quran Di Bulan Ramadhan bersama FURQAN WORKS SDN. BHD.


Sekiranya anda sudah mempunyai momentum bermula di bulan Rejab dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat-solat sunat, mengaji Al-Quran dan sebagainya... Maka teruskanlah... Kalau boleh perhebatkan lagi momentum tersebut.. Berterusan sehingga ke bulan Ramadhan... 

Untuk itu, FURQAN WORKS SDN. BHD syarikat di bawah kendalian Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz telah mengadakan Seminar Tajwid Luar biasa di KUISAS, Kuala Kangsar Perak pada 22 hingga 23 April 2016 yang lalu dan di UKM Bangi pada 30 April hingga 1 Mei 2016 yang lalu.

Kebanyakan peserta yang hadir ke seminar ini berpuas hati dengan ilmu Tajwid yang telah mereka pelajari... Syukur Alhamdulillah... 

Sekiranya anda berminat untuk belajar ilmu Tajwid daripada Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz.. Tetapi terlepas peluang untuk mengikuti Seminar tajwid Luar biasa yang telah beliau anjurkan. Jangan Risau!!

Anda masih boleh belajar daripada beliau melalui cara lain seperti dengan membaca buku atau menonton DVD yang diterbitkan oleh  Syarikat FURQAN WORKS SDN. BHD.

Berikut merupakan beberapa Buku dan DVD yang telah diterbitkan oleh Syarikat FURQAN WORKS SDN. BHD.

1. Buku mudahnya ngaji Tajwid
Buku FIZIKAL ini setebal 209 mukasurat

2. Buku 56 Soal Jawab Tajwid
Buku FIZIKAL ini setebal 227 mukasurat

3. Buku Teknik Adha

Sumber : teknikadha.com
Buku ini setebal lebih 200 muka surat

4. Buku The Yassin



Sumber : theyasin.com


5. DVD 3 Seminar

DVD 1 : Rakaman Seminar Tajwid PRO

DVD 2 : Rakaman Seminar Tajwid Super Mudah

DVD 3 : Rakaman Seminar Kaedah Jibril
Sumber : Tigaseminar.com

Jangan lupa dapatkan Ketiga-tiga DVD ini pada harga promosi melalui Tigaseminar.com

6. DVD Tajwid Aman Hatiku

7. DVD pakej Inspirasi Qurani

Alhamdulillah... Setakat ini terdapat 7 koleksi Buku dan DVD yang telah diterbitkan oleh syarikat FURQAN WORKS SDN. BHD. 

Melalui buku-buku dan DVD ini diharapkan dapat membantu anda memperbaiki bacaan Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan nanti... In Shaa Allah...


Info Berkaitan:




4 ulasan:

  1. masa amat cepat berlalu dan ia cukup merisaukan kerana mutu ibadah kita belum berada pada tahap terbaik...

    BalasPadam
  2. boleh bookmark ni,sesuai untuk bacaan di masa lapang bulan sebelum Ramadhan dan menjelangnya Ramadhan nanti

    BalasPadam
  3. iam books lover..suka sgt2 tgk collection Furqan Works SB..

    BalasPadam
  4. Furqan Works menyediakan peluang untuk belajar alquran dalam pelbagai bentuk. Kepelbagaian ini memudahkan orang ramai untuk mempelajari alquran.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra