Selasa, 3 September 2013

10 Entri Popular Blog Coretan Anuar Bulan Ogos 2013

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Kerana dengan izin Allah S.W.T saya masih terus diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dalam bulan yang ke 9 di tahun 2013... 

Peluang untuk bernafas merupakan rezeki yang tidak terhingga kurniaan Allah kepada setiap hambanya... Dengan peluang ini, kita dapat menikmati keindahan alam ciptaannya , disamping dapat menjalani kehidupan bahagia bersama insan-insan tersayang dalam hidup kita... 

Oh... Alangkah indahnya bagi mereka yang tahu mensyukuri nikmat tersebut.... ;)

Dalam kesempatan yang ada, kita juga dituntut untuk berusaha bagi melakar kejayaan demi kejayaan dalam hidup kita... Bermula daripada sekecil-kecil kejayaan sehinggalah sebesar-besar kejayaan yang mampu kita kecapi... Semoga kita semua berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan... In Shaa Allah...

Syukur Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi berpeluang untuk melihat perkembangan blog Coretan Anuar yang semakin positif... Saban hari Alexa Rank Blog Coretan Anuar semakin mengecil... Sebelum ini tidak pernah terfikir pun, satu hari nanti blog picisan ini mampu mencapai Alexa Rank di bawah 200K seperti sekarang...


Alexa Rank terkini Blog Coretan Anuar

Keadaan ini pastinya tidak akan berlaku tanpa sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan blogger yang rajin berkunjung ke blog ini untuk membaca entri, meninggalkan komen, klik like Facebook, Goggle+, Menjadi Follower blog ini, menyertai Contest yang dianjurkan, memberi Backlink dan sebagainya... Terima kasih kepada rakan-rakan semua... Jasa kalian akan saya kenang sampai bila-bila... 

Baiklah... Berbalik kepada tujuan utama entri ini dihasilkan ialah untuk menyenaraikan 10 Entri Popular Blog Coretan Anuar bagi bulan Ogos 2013...  seperti yang telah dilakukan oleh tuan Denaihati dan rakan-rakan blogger lain... 

"Amalan yang baik kita lakukan, amalan yang buruk kita tinggalkan"

Senarai 10 Entri Popular Blog Coretan Anuar Bulan Ogos 2013:

  1. Koleksi SMS Ucapan Hari Raya Aidilfitri (Klik Di Sini)  (Kesukaan Rakyat Malaysia)
  2. Logo 49 Geng Kongsi Gelap Di Malaysia (Klik Di Sini) (Berita Hot)
  3. WW : Betulker ada Skandal dekat KFC? (Berita Hot)
  4. Hobi Terbaru Isteri Saya : Cantik tak? (Bahagian 13) (Promosi Bakat Isteri)
  5. Adakah IC/Kad Pengenalan anda sudah diaktifkan? (Klik Di Sini) (Kemudahan Untuk Rakyat Malaysia)
  6. Isu Tentang PTPTN, CCRIS dan Pinjaman Peribadi (Klik Di Sini) (Info Pengurusan Kewangan)
  7. Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal (Klik Di Sini) (Info tentang kekeluargaan)
  8. Poligami dan Alam Perkahwinan Berdasarkan pandanganku (Klik Di Sini) (Info tentang kekeluargaan)
  9. 18th Fira Roboworld Cup Congress 2013 (Klik Di Sini) (Pertandingan Dan Teknologi)
  10. Semakin Ramai Pakar Pemasaran Facebook Muncul Sejak Akhir-akhir ini (Klik Di Sini) (Strategi Pemasaran)

Nice Area blog saya macam rojak... Macam-macam ada.. Apa saja yang terlintas di fikiran saya, saya akan kongsikannya di blog ini... Tak sangka betul dalam senarai di atas terdapat beberapa entri tentang kekeluargaan menjadi pilihan pengunjung blog Coretan Anuar...  Perkara ini mungkin berlaku  disebabkan debaran menantikan kelahiran cahaya mata ke tiga, disamping corak penulisan blog ini yang agak "Bersopan santun"... Sesuatu untuk nice area bercorak kekeluargaan... ;)

Simbolik Status Kehidupan (Sila Pilih Satu)


Semoga satu hari nanti, saya mempunyai banyak masa lapang supaya boleh memberikan komitmen dan mempunyai mood untuk menulis entri tentang kekeluargaan di blog Infokeluarga.net ... Sama-samalah kita doakan yer... TQ..

P/s : Blog Infokeluarga(dot)net telah wujud sejak Disember 2011 dengan menggunakan Domain dan Hosting sendiri.. Tetapi setakat ini masih belum mempunyai sebarang entri, disebabkan belum ada mood untuk membangunkan blog tersebut... ;) 

10 ulasan:

  1. Tips rumahtangga dari perspektif suami....menarik untuk dikembangkan!

    BalasPadam
  2. haha..raya juga jadi pilihan yang utama...

    BalasPadam
  3. Cantik dah tu alexa blog bro. Semgoa terus berjaya bro.

    BalasPadam
  4. tahniah ats pencapaian blog sdra:)Blog saya pun tulis macam-macam..hahha..

    BalasPadam
  5. terima kasih penyertaannya bro. jom kita terjah mana2 yangbelum.

    BalasPadam
  6. semakin mantop dah blog ni bro... tahniah

    BalasPadam
  7. simbol kehidupan kedua tu menarik...hehe... tahniah semoga semakin maju dalam blogging... jangan lupa kami yang masih mundur...hehe..

    BalasPadam
  8. Tahniah bro, memang hebat byk entri top

    BalasPadam
  9. wahh..mesti dapat banyak trafik ni.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra