Jumaat, 30 Ogos 2013

Logo 49 Geng Kongsi Gelap Di Malaysia

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada petang tadi pihak Polis memaparkan Logo 49 Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia yang saya baca melalui laman web MalaysiaKini.com

Sumber : Klik Di Sini


Gambar di atas merupakan sebahagian daripada logo Geng Kongsi Gelap tersebut... Sekiranya anda terlepas untuk mengikuti info tentang senarai 49 kongsi gelap yang terdapat di Malaysia... Di sini saya kongsikannya sekali lagi...

Senarai 49 Geng Kongsi Gelap yang terdapat di Malaysia:

  1. Geng 04 - Aktif Di Kawasan Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
  2. Geng 08 - Aktif Di Kawasan  Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
  3. Double 7 - Aktif di Seluruh Semenanjung Malaysia
  4. Tiga Line - Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
  5. Geng 30 - Aktif di Seluruh Semenanjung Malaysia
  6. Geng 38 - Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
  7. Geng 24 - Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
  8. Geng 18 - Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
  9. Geng 36 - Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
  10. Geng 21 - Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
  11. Ang Soon Thong - Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
  12. Wah Kee - Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
  13. Sio Sam Ong - Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
  14. PNEH - Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
  15. Hong Hong San - Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur
  16. Hai San - Aktif di Perak
  17. Siang Ang Bin - Aktif di Kuala Lumpur
  18. New Cell 20 - Aktif di Perak
  19. Jit It Hai - Kumpulan ini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
  20. Sio Koon Tong - Bergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor
  21. Gee Lam Kor - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  22. Gee Ah Eng - Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
  23. Loh Kuan - Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur
  24. Tiang Yee Tong - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  25. Geng Leng Hor - Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur
  26. Geng 35 - Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang
  27. Geng 303 - Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor
  28. Geng Satu Hati - Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
  29. ATAP - Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
  30. Hung Ann - Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah
  31. Sui Yuk - Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah
  32. Otai - Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah
  33. Borneo Red EMP - Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah
  34. Ah Ngau - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  35. Batu Tiga - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  36. Ah Feng - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  37. Batu 10 - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  38. Sibu Ti - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  39. Ah Seng - Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak
  40. Ah Chin - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  41. Lee Lung - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  42. Lo Han - Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak
  43. Sg Merah - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  44. Sg Badut - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  45. Ting Ching Lee - Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak
  46. Tua Cak Lee - Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak
  47. Teksi Station - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
  48. Pintu Merah - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
  49. Krokop - Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Nota : Senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara ini didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).. Dianggarkan terdapat 40,313 ahli berdaftar yang menyertai 49 kumpulan kongsi gelap tersebut. 

Menurut Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi : "Daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak."

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah...

Susulan daripada berita tersebut, Group WhatsApp Ex-PMU mula rancak membincangkan isu tentang 49 Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia... Bermacam-macam isu dibincangkan tentang Kumpulan Kongsi Gelap ini...Antaranya berkaitan dengan kes tembak-menembak, kes seludup senjata, kes bunuh, bahan-bahan bukti kes yang pernah berlaku sebelum ini, laporan-laporan polis yang pernah dikeluarkan berkaitan dengan kes tembak menembak dan sebagainya.... 

Dan yang terbaru.... Ada rakan yang bertanyakan tentang Geng Kongsi Gelap Di Malaysia yang ke 50..

Ingatkan kami sahaja yang membincangkan tentang isu tersebut... Rupa-rupanya ada lagi yang bertanyakan tentang Geng Kongsi Gelap yang lain...

Sumber : Klik Di Sini

Tiba-tiba ada rakan kami dalam Group WhatsApp Ex-PMU menghantar gambar yang diperolehi daripada Televisyen rasanya... Tentang senarai Kongsi Gelap Melayu seperti yang tertera dalam gambar di bawah...



Geng Bas Sekolah (GBS) berada dalam senarai Kongsi Gelap Melayu... Biar betul?.. Ada sesiapa boleh memberikan pandangan tentang perkara ini..

Seandainya berita ini benar, maka lengkaplah senarai 50 Geng Kongsi Gelap yang terdapat di Malaysia... Wallahualam...

P/S : sekiranya terdapat info terbaru tentang senarai kongsi Gelap terbaru yang terdapat di Malaysia, bolehlah kongsikannya di blog ini...

7 ulasan:

  1. bagaimana dengan geng kaki surau?

    BalasPadam
  2. Geng Upin dan Ipin Pengembaraan Bermula juga mungkin tersenarai lepas ni...hehe

    BalasPadam
  3. gang kubota pula sgt aktif di Kedah x kira siang atau mlm...iaitu selepas musim menuai...mereka tiada logo..cuma menjalankan tugas2an yg diberikan oleh tuan tanah jer.

    BalasPadam
  4. Perghh takut ahh tengok logo ni./.haha

    BalasPadam
  5. Perh.. siap ada logo tuh... baru tau nih... tq 4 info bro...

    http://supernifzvitamin.com/tips-elakkan-tekanan-darah-tinggi/

    BalasPadam
  6. I think you have a lot of knowledge about Malaysian Gang. Thanks for sharin this information. It will help me a lot to write my thesis.

    BalasPadam
  7. BETFLIXVIP168 ท่านลงทุนไปจะคุ้มค่าแน่นอน เล่นผ่านระบบอัตโนมัติ betflix

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra