Ahad, 4 Ogos 2013

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya Aidilfitri Pilihan Anuar

with 9 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal lebih kurang empat hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri. Pada ketika ini, saya percaya tentu ramai rakan-rakan kita yang telah mengambil cuti untuk pulang berhari raya ke kampung halaman.. Memandangkan ada sekolah yang sudah mula bercuti pada hari Isnin..

Tentu sambutan hari raya AidilFitri di kampung lebih meriah berbanding sambutan hari raya di bandar.. Di Kampung Anak dan Cucu berkumpul beramai-ramai.. Bolehlah sama-sama bergotong royong memasak lemang, ketupat, mengacau dodol, memasak rendang, lauk pauk dan pelbagai juadah untuk persiapan hari raya.. 

Kata orang yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.. Alangkah Meriahnya kehidupan di kampung..;)

Menjelang satu Syawal bolehlah bersolat sunat Aidilfitri secara berjemaah di surau-surau atau di Masjid... Pasti penuh kebanyakan saf di surau-surau atau masjid yang terdapat di Kampung.. Maklumlah orang bandar semua pulang ke kampung... 

Selepas selesai menunaikan solat Sunat Aidilfitri, bolehlah saling-bermaaf-maafan di antara satu sama lain... Kemudian kunjung mengunjungi jiran tetangga atau menziarahi pusara kaum keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah... Pada kesempatan yang ada juga, masing-masing boleh saling berkenal-kenalan dengan anak dan saudara mara jiran tetangga.. Boleh bertukar-tukar nombor telefon untuk menambahkan kenalan.. Secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwah dan tali siratulrahim di antara kita.. ;)

Sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri.. Seperti yang anda semua sedia maklum, kita berada dalam lingkungan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Justeru itu kita digalakkan untuk menghidupkan malam-malam ini dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti solat Terawikh, membaca Al-Quran, Melaksanakan solat sunat Tahajud, solat sunat hajat, solat sunat tasbih, berishtighfar, berzikir, bertasbih dan sebagainya...   

Sambil kita berkumpul bersama seisi keluarga mungkin kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah ini secara bersama-sama supaya seisi keluarga turut mendapat Fadhilatnya... Sambil tu bolehlah bancuh kopi pekat dan minum bersama-sama sambil bersembang atau sesekali bergurau senda, supaya dapat meredakan  sedikit perasaan mengantuk... ;)

Semoga ibadah kita di terima oleh Allah S.W.T.. dan Alangkah indahnya sekiranya hari raya kita disertai dengan kemanisan beribadah bersama seisi keluarga.. Selepas itu, tentu berseri-seri rasa di hati apabila nak menghantar sms ucapan hari raya kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan..

Jadi di sini saya nak kongsikan Koleksi Ucapan Hari Raya AidilAdha yang pernah singgah di kotak sms telefon bimbit saya.. (Saya percaya koleksi sms ini juga mungkin pernah anda perolehi daripada kenalan anda..) 


Sumber : Klik Di Sini

=======================================================================

"Salam Aidilfitri penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita lantas terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma... Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Halalkan segala jua makanan & Minuman.. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberi 1001 erti buat kita semua... Akhir kata SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
=======================================================================

"Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah Ramadhan kerana Keinsafan, Indah Aidilfitri kerana Kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"
=======================================================================
"Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam, Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi, Kuih Paling Keji = Taik Itik, Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek, Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka, Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap, Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk, Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang, Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam, Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet, Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit, Kuih Orang tak madi = Bau-Lu, Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur, Kuih Paling Lembap = Kuih Siput... hahaha... SELAMAT IDUL FITRI, MAAF ZAHIR N BATIN "
=======================================================================
"Rumah Dihias Bagai Istana, Buat Persiapan Di Hari Raya, Jari Ku Susun Maaf Di Pinta, SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"
=======================================================================
"Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya. Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA. Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA...*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati"
=======================================================================

"Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "
=======================================================================
"Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi"
=======================================================================

"Anak Jaws Main Gitar, Anak Sotong Main Tabla, Kad Raya Malas Nak Hantar, Send SMS Jer Sudahlah, Semoga Ingatan Tak Akan Pudar, Terimalah Ucapan Selamat hari Raya"
=======================================================================
"Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang.. Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga... SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
=======================================================================
"Gema Takbir Memuji Ilahi, Petanda Bermula Aidilfitri, SMS Dikirim Pengganti Diri, Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi, Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari, Mohon AMpun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"
=======================================================================
"1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir bergema menggegar Jiwa, Sekiranya ada Salah & Dosa, Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia, Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin"
=======================================================================

"Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "
=======================================================================
"Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "
=======================================================================
"Bila Takbir Raya Bergema, Hari Kemenangan Umat Berpuasa, Genangan Air Mata Mengusik Jiwa, Sepuluh Jari Saya Hulurkan, Ampun Maaf Di Pinta, Selamat hari Raya"
=======================================================================
"Jika Jiwa Sebening Air, Maka Jangan Keruhkan. Jika Hati Seputih Awan, Jangan Mendungkan. Raih Kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri "
=======================================================================

"Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "
=======================================================================
"Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita "
=======================================================================
"Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan sianak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "
=======================================================================

"Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
=======================================================================
"Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
=======================================================================
"Cincin disarung hati berdebar, Jarinan lembut wajah terhias, Ramadan disambut penuh sabar, Aidilfitri disambut dengan meriah... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "
=======================================================================
"Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"
=======================================================================

"Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.  "
=======================================================================
"BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa! SeLaMaT HaRì RäYe. "
=======================================================================
"Masak Lemang Sambil Berdiri, Hendak makan di Aidilfitri, Nak hantar Kad raya Posmen dah cuti, SMS sahaja dapat ku beri, Bukan Lupa Tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.. SELAMAT HARI RAYA AIDI£FITRI MAAF ZAHIR BATiN…."
=======================================================================
"Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "
=======================================================================
"Malam-malam lihat lampu jalan, tengok-tengok hantu raya, hati-hati diatas jalan, supaya selamat pulang beraya.Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "
=======================================================================
"Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi, Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah"
=======================================================================

"jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, sms ku kirimkan pengganti diri, tanda ingatan tak lupa dihati.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"
=======================================================================
"bulan ramadhan bulan yang mulia, di sambut dengan hati yang gembira, kini syawal semakin menjelma,tangan ku hulurkan maaf dipinta…  Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"
=======================================================================
"Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan. Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin."
=======================================================================

"Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso...Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"
=======================================================================

Inilah sahaja koleksi SMS terbaik yang pernah saya dapat setakat ini.. Sekiranya anda mempunyai lebih banyak koleksi SMS Ucapan Raya AidilFitri, bolehlah dikongsikan di sini dengan menulisnya pada ruangan komen yang disediakan..

Selamat Hari Raya AidilFitri.. Maaf Zahir Dan Batin




P/S : Walaupun sibuk bershopping, jangan lupa untuk meluangkan masa pada malam hari untuk beribadah dan berQiamullail... Semoga Bulan Ramadhan pada kali ini memberi keberkatan kepada kita semua...  Dan syawal yang dinanti akan menjadikan kita berada di dalam keadaan Fitrah... In Shaa Allah... 

P/S/S : Tahun ni tak sempat nak buat Kad Raya... Nak hantarSMS kepada semua rakan-rakan pun takut tak larat, Sebab dah ada ramai sangat kawan... Jadi anggaplah koleksi SMS di atas sebagai ucapan hari raya daripada saya kepada anda semua... Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir dan batin... ;)

9 ulasan:

  1. biasanya selepas dapat sms raya dari kawan, then kita pula akan foward msg2 tuh kepada rakan2 yang lain pula...kan..?? hehe...

    BalasPadam
  2. Biasanya pagi saya malam raya dan pagi raya dapat sms raya ni...

    BalasPadam
  3. dulu den rajin msj ayat ayat ni, sekarang ni just selamat hari raya, maaf zahir batin..hehee

    BalasPadam
  4. Perghh koleksi sms yg dicari2 ni.
    Skrg ni send guna wasap jer jimat skit...hehe

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

    BalasPadam
  5. SELAMAT MALAM SEMUA PENDUDUK

    BalasPadam
  6. meski dah terlewat nak ucapkan juga Taqabbalallahu minna waminkum tuan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra