Ahad, 11 Ogos 2013

Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Siapa ada membaca akhbar Kosmo! semalam... Pastinya dapat melihat tajuk berita muka depan dengan jelas sekali...  "Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal"

Sumber : Kosmo! Bertarikh 10 Ogos 2013

Kalaulah bagai di kata... Nilai anak dara berkelulusan Ijazah boleh mencecah RM50,000.. Menggigit jarilah jawabnya teruna-teruna Malaya ni nak berkahwin... Ingat sikit ker  nilai RM50,000 tu... Huh...

Sebelum ini sewaktu ditimbulkan isu tentang nilai hantaran perkahwinan anak dara berkelulusan Ijazah menjangkau RM15,000 - RM20,000 pun dah kecoh satu Malaysia... Macam-macam pandangan yang diberikan tentang isu ini... Terdapat juga seorang artis yang turut memberi pandangan... Untuk maklumat lanjut, boleh baca di entri Cerita Yang Sedang Hangat Diperkatakan pada Ketika ini tentang Isu Perkahwinan..

Inikan pula RM50,000... Apabila hantaran terlalu tinggi, perkahwinan semakin sukar berlangsung... Emak dan ayah pihak lelaki mungkin dapat menunggu sampai duit hantaran cukup baru masuk meminang... Tapi, uda dan dara sudah tentu sentiasa bertemu meluahkan perasaan rindu di hati... Bila dah kerap sangat bertemu tanpa ikatan perkahwinan yang sah-sah, macam-macam perkara boleh berlaku dengan kehadiran orang yang ke tiga... Iaitu Syaitan yang sentiasa membisikkan kata-kata hasutan kepada cucu-cucu Adam supaya membuat kemungkaran di muka bumi ini...

Bagi pendapat saya, kalaulah boleh di bawa berunding tentang wang hantaran ini, alangkah bagus... Eloklah berunding... Wang bukanlah segalanya... Tetapi ikatan perkahwinan yang sah lebih penting daripada nilai Wang Ringgit Puluhan Ribu Ringgit... Allah dah berjanji akan memberikan rezeki kepada orang yang telah berkahwin... Walaupun bakal menantu mungkin bukan terdiri daripada golongan orang yang berada, tetapi dengan meyakini janji-janji Allah dalam Al-Quran tentang pintu rezeki.... In Shaa Allah ada rezeki yang bakal menanti mereka pada kemudian hari...

Tetapi kalau ibu bapa tetap bertegas nak juga hantaran semahal itu, terpaksalah buat pinjaman... Maklumlah Iman Manusia pada akhir zaman ini senipis kulit bawang... Bila-bila masa sahaja boleh termakan pujuk rayu Iblis Laknatullah... Buktinya dah pun ada di hadapan mata.. Ada sahaja Kes zina berlaku pada setiap hari... Yang di paparkan dekat akhbar tu sudahlah tentu... Tentu banyak lagi kes Zina yang tidak dipaparkan di akhbar... Siapa yang nak tanggung semua ni?

Jadi fikirkanlah....

Jangan disebabkan hantaran yang mahal, menyebabkan kita terjerumus sama ke lembah kehinaan.... Sehingga terpaksa menanggung dosa seumur hidup.. Biarlah menanggung hutang yang besar, yang penting hubungan kita dengan Allah S.W.T terus terpelihara.... 

Harap ibu bapa di luar sana memahami keadaan semasa dunia pada hari ini... Jangan hanya memikirkan wang ringgit semata-mata, sebaliknya memikirkan yang terbaik untuk masa depan anak mereka... Wallahualam...

4 ulasan:

  1. Memanglah jika dilihat dari satu sudut ia seperti satu cara melindungi hak dan kepentingan wanita.... tapi buat yg terlibat renung2kan kembali adakah jumlah sebegitu munasabah atau relevan. Perkahwinan adalah satu pilihan yg diberi dlm Islam utk menghalalkan sesuatu perhubungan, bukan utk menyusahkan lg spt yg diperkatakan admin tu.

    P/s : saya juga pernah menerbitkan jadual wang hantaran mengikut tahap akademik di blog saya...jom terjah :)

    BalasPadam
  2. Hantaran satu hal dan majlis perlangsungan pun boleh tahan. Ada majlis bertunang sudah macam bersanding. Mahu papa kedana dek hutang.

    BalasPadam
  3. Bab hantaran, mak bapak tak masuk campur itu satu permulaan yang baik...

    BalasPadam
  4. Hehe satu masa nanti, akan jadi belas-belas ribu. Yang mahalnya apa? Virginity :) Maklumlah, ramai mudi-mudi yg tak virgin.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra